Tutorial | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | World Of Mohd. Azizwan™

Hello and welcome to beautiful World Of Mohd. Azizwan™.

Archive for 'Tutorial'

Letak iklan Nuffnang cara mudah dengan Nuffnang WordPress Plugin

Cara meletakkan iklan Nuffnang pada blog Wordpress self-hosted

Setelah sekian lama blog aku ni tak memberi sebarang effort kat korang, maklumlah asyik dok update dengan entri merapu meraban je, akhirnya dapat juga aku kongsikan something yang tak seberapa kat korang yang mempunyai blog dan memasang iklan Nuffnang. Sebenarnya dah beberapa hari lepas lagi aku nak share benda ni, tapi kemalasan untuk menaip plak menjadi-jadi. Huhu..

Walau bagaimanapun, aku nak minta maaf awal-awal yer sebab apa yang aku kongsikan ni hanya untuk mereka-mereka yang menggunakan blog Wordpress self-hosted je. So, korang yang guna blogspot dan what so ever tu, jangan marah ok. Tapi tak salah rasanya kalau korang follow sebab mana ler tau kan esok lusa korang akan guna blog self-hosted juga. Jadi senang nak apply. Tak gitu?

Sebelum aku start benda ni, nak citer la sket kenapa korang perlu buat benda ni. Ok! Salah satunya adalah bagi memudahkan korang kerana dengan memasang plugin ni, korang tak perlu nak pening kepala untuk letak coding Nuffnang bagi memastikan ianya berada pada kedudukan diantara entri terkini dan entri sebelumnya seperti yang dapat korang lihat kat blog aku sekarang ni la. Ini kerana, plugin tersebut secara automatik akan melakukannya untuk anda. Sungguh menarik bukan? Kalau dulu, aku kena tampal coding Nuffnang tu dua kali dimana satu kat Main Template dan satu kat Single Post. Maklumlah, time tu noob giler seh. Huhu.. Tapi sekarang dak lagi setelah menggunakan plugin ni. Muahaha (more…)

Posted on 24 January '10 by Azizwan™, under Blog, Nuffnang, Tutorial. 17 Comments.

Personas Memang Cool

Personas for Firefox

Sila baca baik-baik yer, bukan petronas tapi personas. Takde maknanya Wan nak promosi petronas kat blog yang popular ni, bukan dapat apa-apa royalty pun. Huhu.. Ok, apa itu personas? Personas ni ialah Wan sendiri pun tak tahu apekah bendanya. Haha.. Tapi secara umum dapatlah Wan takrifkan yang ianya adalah baju kepada firefox. Yay! Sendiri bagi takrif tu bai.

Cuba korang lihat sendiri screenshot kat atas tu, Wan yakin yang korang semestinya tertanya-tanya macam mana Wan buat benda alah tu kan? Hehe.. Kepada yang dah tau tu, Wan tabik spring kat korang dan sememangnya korang adalah manusia yang sangat cool. Tapi sal korang tak bagi tahu awal-awal lagi akan kewujudan menatang ni kat Wan? Dush skali kat muka. huhu..

Nak tahu macam mana nak buat benda ni? Teruskanlah membaca. Tapi sebelum tu korang layan la dulu beberapa contoh image yang Wan screenshot kat bawah ni. Saja nak bagi korang cuci mata plus buang masa. Hehe.. Layan..

(more…)

Posted on 21 April '09 by Azizwan™, under Fun & Jokes, Miscellaneous, Tutorial. 22 Comments.

Releven Lagikah Disable Right Click?

Releven Lagikah Disable Right Click?

Apa yang korang tahu ataupun faham dengan Disable Right Click ni? Kalau tanya kat Wan, Wan pun tak tahu nak jawab apa sebabnya Wan takde jawapan khusus untuk pertanyaan itu. Huhu.. Tapi apa yang Wan faham, disable right click ni adalah salah satu aplikasi yang sering digunakan oleh pemilik blog atau website bagi melindungi hak milik atau dalam bahasa ekonominya harta intelek (ada ke?) kandungan blog atau web tersebut daripada di plagiat. Ini bermakna, penggunaan klik kanan ke atas blog atau website tersebut tidak akan berhasil. Tapi persoalannya, adakah ianya masih releven?

Ya, disable right click masih releven tetapi ianya masih tidak menjamin kandungan blog atau website korang 100% bebas dari aktiviti plagiat atau secara mudahnya di copy paste malah Wan sendiri percaya yang disable right click hanya membantu 20% dari berlakunya proses plagiat. Dan lebih menyedihkan lagi, disable right click ini sebenarnya langsung tidak memberi sebarang kesan atau efek kepada para plagiat terutamanya yang sudah berstatus profesional untuk melakukan aktiviti copy paste keatas mana-mana artikel mahupun ‘mencuri’ image yang ada di Oh! Tidak mungkin.

(more…)

Posted on 7 March '09 by Azizwan™, under Fast Update, Must Read, Tips, Tutorial. 18 Comments.

Jom Ringkaskan Permalink Korang

Ringkaskan Permalink Anda

Seriously, sejak kebelakangan ini Wan sangat kekeringan sumber dan juga idea untuk meng-update blog. Ianya ditambah lagi dengan fikiran Wan yang semakin bercelaru dengan pelbagai perkara yang bertimbun-timbun yang perlu Wan fikirkan. Nasib baiklah tak gila dan harapnya ler takkan gila. Huhu..

Ok, straight to the point. Entri kali ini agak ringkas dimana Wan akan memberi sedikit tutorial yang sangat-sangat mudah iaitu cara untuk meringkaskan permalink entri korang sebab Wan nengok masih banyak blog yang permalinknya panjang berjela dan termasuk juga blog kau mungkin.

Dan untuk makluman, tutorial ini hanya untuk mereka yang menggunakan pelantar wordpress sahaja. Jadi, Wan nak minta maaf bebanyak kepada korang yang menggunakan blogspot kerana entri ini langsung tidak berkaitan buat korang. Walau bagaimanapun, Wan rasa tak salah jika korang baca sampai habis sebab siapa tahu esok lusa korang juga akan beralih kepada wordpress. Hehehe..

Sebelum itu Wan nak ingatkan yang tutorial ini hanyalah untuk beginner seperti Wan sahaja. Maka, jika kau sudah berada pada aras profesional, bolehlah kiranya kau tinggalkan entri ini untuk membaca entri lain yang mungkin boleh untuk kau berikan maklum balas kerana blog ini sangat memerlukan komen dan pendapat daripada pengunjungnya. Boleh kan?

(more…)

Posted on 18 February '09 by Azizwan™, under Fast Update, Tutorial. 18 Comments.

Pendapatan Awalku Di eBay

Pendapatan Awalku Di eBay

Jika kau pernah membaca entri bermulanya perjuangan di eBay, Wan percaya yang kau pastinya tertanya-tanya bagaimana dengan hasil yang telah Wan perolehi setelah hampir 2 minggu Wan berurusniaga di eBay itu kan? Kalau member YM pula, hampir tiap hari je diorang buzz Wan dan tanya dah berapa income yang Wan dapat sehingga Wan rasa malas nak menjawab. Huhu.. Tapi terima kasih bebanyak la sebab korang juga yang bagi semangat kat Wan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. Nah, 1USD untuk korang. Hahaha..

Memandangkan korang sudah tertanya-tanya dan tak sabar nak tahu berapa sen yang telah Wan dapat, jadi buat pertama kalinya Wan kongsikan kepada kau hasil yang Wan perolehi dari perniagaan eBay ini yang mana ianya bolehlah dikatakan sebagai rezeki permulaan Wan. Alhamdulillah.. Dibawah ini adalah screengrab akaun paypal Wan setelah menerima bayaran dari para pembeli yang mana sebelum ini ianya sentiasa berangka 0. Hehehe..

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Posted on 16 January '09 by Azizwan™, under Personal, Tutorial, eBay. 15 Comments.