
Adeh.. makin malas plak rasanya Wan nak update blog sengal gila babeng ni. Apa taknya, start before tahun baru cina tempoh hari sampai sekarang, blog ni semakin ngengada. Sekejap OK then belum sampai 24 jam dah KO balik. Tu yang buat Wan takde semangat nak mengupdate. Ye la, Wan pepenat update tiba-tiba blog KO, jadi takde sape yang baca. Nampak sangat syok sendiri je kan? Nasib baik ada bro Fizz yang sudi tolong setelkan problem blog Wan ni, kalau tak.. rasanya dah terkubur blog ni. Tapi sampai bila Wan nak berharap even beliau kata tak kisah? Jadi Wan harap bro fizz dapat membuat tutorial seperti yang dijanjikan dengan segera. Hehehe.. Atau Wan perlu menukar hosting?
Dan setelah beberapa hari Wan menghalimunankan iklan advertlets dari blog ini, akhirnya Wan telah mendapat status glitterati daripada nuffnang dimana salah satu kelebihannya ialah kita akan mendapat bayaran yang tinggi sedikit berbanding non-exclusive dimana setiap per klik untuk mereka yang berstatus glitterati akan mendapat bayaran minimum sebanyak RM0.25 berbanding non-exclusive iaitu sebanyak RM0.15 sahaja. Untuk mengetahui lebih banyak kelebihan glitterati ni, korang boleh usha sendiri di sini. Boleh kan?
Ok. Seperti tajuk kat atas tu, sebenarnya Wan nak kongsikan 2 website yang boleh tahan hebat untuk korang bookmark (jangan lupa Ctrl+D blog ni juga) especialy untuk korang yang inginkan gambar korang kelihatan gempak dan sangat kool. Ianya sangat sesuai digunakan oleh mereka yang menggilai social network termasuk jugalah blogger yang inginkan kelainan pada gambar peribadi yang ingin dikongsikan. Dijamin cantik, menarik, tertarik kau memang debomb.
(more…)
Diterbitkan pada 8 February '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Picture, Tips, Website | Komen: Ada 6 Comments.

Tahun ini sudah tahun 2009 dan entri ini adalah entri pertama untuk tahun ini. Sebenarnya Wan masih dalam mood tahun baru dan belum ada semangat nak menulis apa-apa entri walaupun pada dasarnya Wan tak pergi pun sambutan tahun baru. Huhu.. Cukup la Wan sambut tahun baru kat rumah sambil nengok rancangan Ambang 2009 kat TV2 walaupun persembahan pentasnya entah apa-apa.
Baiklah, memandangkan Wan belum ada semangat nak mengupdate blog ini, maka entri pembukaan untuk tahun 2009 ini Wan hanya ingin menyajikan kepada kau satu teknik ringkas yang mana ianya telah Wan gunakan semenjak 3 minggu lepas iaitu teknik menambah unique visitor sekaligus menaikkan ranking alexa. Jika kau pengikut setia blog ini, kau mungkin pernah melihat link dari teknik ini berada pada live traffic kat tepi tu.
(more…)
Diterbitkan pada 2 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Tips, Website | Komen: Ada 17 Comments.

Firstly, Wan nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah meninggalkan komen salam aidiladha kepada Wan di entri salam aidiadha untuk semua. Kepada kau yang belum lagi memberikan ucapan salam aidiladha kau kepada Wan, bila lagi kau nak ucapkan? Takkan nak tunggu bila Wan sudah tiada. Ahakz!
Ok, di sini Wan ingin berkongsi sedikit tips bagaimana kau boleh meningkatkan trafik atau dalam bahasa mudahnya menambah bilangan pengunjung ke blog kau seperti yang Wan lakukan.
Terlebih dahulu Wan nak maklumkan yang entri ini hanya untuk mereka yang baru sahaja melibatkan diri ke dunia blogging seperti Wan dan juga kepada mereka yang masih lagi kabur bagaimana untuk meningkatkan trafik. So, jika blog kau sudah menerima visitor melebihi 1k sehari, rasanya tak perlulah kau membuang masa untuk membaca entri ini.
(more…)
Diterbitkan pada 10 December '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Personal, Tips | Komen: Ada 40 Comments.
Sejak Wan bertukar ke blog baru ni, semangat untuk berblogging tu nampaknya semakin membuak-buak. Apa tidaknya, Wan seperti tidak percaya bila melihat bilangan peninggalan sejarah a.k.a komen yang tidak pernah Wan terima semasa di blog versi 1 dulu. Dan yang lebih membuatkan hidung Wan ni kembang kempis apabila pro eBay.com iaitu matzis dan juga blogger pujaan semalaya menteil sudi meninggalkan komen mereka di blog World Of Mohd. Azizwan ini. Kepada yang lain, Wan juga ucapkan terima kasih kerana kau telah memberikan komen pada entry sebelum ini dan teruskanlah sokongan kau itu kerana Wan sangat-sangat memerlukannya. Ahakz!
Kepada yang belum lagi tinggalkan komen tu, tak reti-reti lagi ke nak tinggalkan komen. Penat Wan taip tapi kau tak komen. Sedih la macam ni. Hehehe.. Tapi kau kena baca dulu la sebelum tinggalkan komen sebab takut plak kalau-kalau komen kau tu takde kaitan dengan entry.
Baiklah, untuk entry kali ini Wan ingin mengajak kau (jika kau ada blog) untuk mencuba 1 kaedah meningkatkan trafik jika kau rasakan trafik blog kau nak sampai cukup-cukup makan pun susah. Kalau ini berlaku, pastinya minat kau terhadap dunia blogging akan menjadi pudar dan suram kerana apa yang cuba kau sampaikan tiada siapa yang nak ambik tahu. Maklum sajalah, kau bukannya seorang menteri mahupun artis untuk orang ambil tahu hal kau. Hahaha..
(more…)

Diterbitkan pada 1 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Tips, Website | Komen: Ada 21 Comments.