
Tag datang lagi.. Huhu.. Actually Wan dah pernah buat announcement kat entri tag terdahulu (kalau rajin search ler) yang Wan sebolehnya taknak dah buat benda tag ni. Bukan apa, saja malas nak perah otak plus beberapa sebab yang biarlah mereka yang ‘anti tag’ sahaja yang mengetahuinya. Boleh kan? Huhu.. Takpe, kalau ada masa nanti Wan write down kenapa Wan tak nak buat tag ni secara total. Tapi itupun kalau Wan rajin nak taip ler. yay!
Tapi memandangkan tag ini sekali lagi datangnya daripada cik tashabella, maka Wan pun dengan rela hatinya membuat tag ni walaupun terpaksa mengadai prinsip ‘no more tag’ kat blog ni. Ala, sekali-sekala apa salahnya kan? Huhu.. Lagipun blog ni dah lengang tanpa entri baru. Kesian pula kat korang yang selalu masuk blog ni tapi asyik nengok benda yang sama je. Bosan la kan? Jadi, daripada takde benda nak update.. apa salahnya Wan buat tag ni untuk korang layan. Huhu..
(more…)
Diterbitkan pada 20 May '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Tagged | Komen: Ada 16 Comments.

Sebelum ni Wan pernah cakap yang Wan takkan buat mana-mana tag yang diberikan kepada Wan sebab secara jujurnya bukan senang nak jawab tag ni walaupun ianya nampak sangat mudah. Tapi entah kenapa tetiba Wan nak pula buat tag yang diberikan oleh cik peanut ni walaupun sudah lama terperap. Mungkinkah kerana hadiah yang ditawarkan oleh beliau? Semestinya tidak kerana tag ini dibuat setelah tawaran beliau itu tamat. Atau mungkin juga Wan telah jatuh hati dengan beliau? Ops! Apa aku merepek ni? Hahaha.. Jangan marah ye cik peanut, abang kau ni gurau je.. Jangan plak ngigaukan aku tiap malam ye.
Oh ya, cakap pasal hadiah Wan nengok sana-sini ada je peraduan a.k.a contest walaupun hadiah yang ditawarkan oleh mereka tak lumayan mana pun (statement saja nak bagi panas! Hehehe). Tapi best juga layan contest-contest tu, siapa tahu rezeki.. Jimat juga duit beli topup. Huhu.. So, kalau korang rasa korang tengah mengalami kegawatan ekonomi yang agak serius, jom ler layan dua contest ni iaitu Duit Free Dari Jerung Perkasa dan juga Pertandingan Teka Choki-Choki. Pergi usha sekarang sebelum korang menggigit jari. Dan kalau korang menang jangan lupakan aku yer.
Ok, berbalik kepada tagged yang diberikan oleh cik peanut. Berikut adalah soalannya: Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda. konon kreatif la tu!).
(more…)
Diterbitkan pada 27 February '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Tagged | Komen: Ada 15 Comments.

Pertama sekali Wan nak minta maaf kat abang yang kat gambar tu sebab Wan telah menggunakan gambar anda yang sedang tidur itu tanpa izin. Manalah tau anda tersesat ke blog ini. Dan jika anda diberi amaran keras atau dibuang kerja gara-gara bos anda sedang membaca blog ini mungkin, Wan mohon sesangat agar anda tidak mengeluarkan saman kepada Wan. Nanti blog ni tidak berupdate. Hehehe..
Dan gara-gara Wan menggunakan ayat jika benar MLM itu kotor, pasti anda akan mendiamkan diri bukan? di salah sebuah forum, tak semena-mena yang ayat ini dikatakan sebagai ayat provokasi untuk mendapatkan publisiti murahan. Tapi tak mengapalah, benda dah jadi. Mungkin salah Wan juga. Tapi jujur Wan cakap yang ayat itu hanyalah untuk menarik penggiat MLM agar memberi pandangan mereka untuk entri ini. Tiada niat untuk mendapatkan publisiti murahan ok!
(more…)
Diterbitkan pada 15 December '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fun & Jokes, Personal, Tagged | Komen: Ada 11 Comments.

Hari ini sudah masuk 2 hari Wan tak dapat online lelama (+/- 8 jam kebiasaannya) kerana Streamyx Wan tak dapat nak connect dan masalah ini telah menyebabkan Wan hanya mampu untuk online dalam masa kurang 1 jam kerana Wan menggunakan dail-up. Oh, what the f*ck?
Rasanya kau sendiri pun faham mengapa Wan tak nak online lelama menggunakan dail-up. Selain kelajuan yang hanya 52.0 Kbps itu, pastinya Wan juga terpaksa mengeluarkan lagi duit untuk membayar penggunaan dail-up tersebut. Arghh, mengapa Streamyx (TM secara tepatnya) sangat bengang? Kalau perkhidmatan korang ni percuma, Wan tak kisah walaupun seminggu tak dapat online.
Oh, Wan sudah keluar tajuk. Huhu.. Baiklah, kita kembali kepada tujuan asal entri ini dimana Wan ingin menyelesaikan tag yang diberikan oleh Amirull dan juga Sabri. Sebelum tu Wan nak minta maaf kat korang berdua sebab Wan lambat nak siapkan tag korang ni atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Korang tak kisah kan? Ahakz!
(more…)
Diterbitkan pada 27 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Picture, Tagged | Komen: Ada 10 Comments.

Entri kali ini adalah entri khas yang Wan tujukan juga secara khas kepada saudara alif-dal-mim a.k.a adam af2 kerana beliau telah mengetag (perkataan ciptaan sendiri) Wan. Tag yang beliau berikan pula tak pernah dibuat dek orang sehingga Wan terpaksa mengeluarkan bajet sebanyak RM1.50 untuk membeli marker pen. Oh! tidak, duit Wan kurang lagi. Hehehe..
Actually, tag ini sudahpun Wan siapkan kelmarin dan sudah ready untuk dipublishkan. Walau bagaimanapun, tulisan Wan agak tidak jelas kelihatan kerana Wan menulisnya dengan menggunakan pen biasa dan disnap pula menggunakan handphone -tut- yang hanya mempunyai 2 megapixel itu. Jadi, Wan pun terpaksalah menundanya sehingga Wan membeli marker pen. Jika kau ingin juga melihat tulisan Wan yang agak tidak jelas itu, bolehlah kau klik di sini.
(more…)

Diterbitkan pada 25 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Tagged | Komen: Ada 9 Comments.