Streamyx Problem Update

Akhirnya terlaksana juga hajat Wan untuk update mengenai benda ni setelah dibantutkan oleh 2 entri sebelum ini iaitu istimewanya motosikal dan promosi akhir tahun mastereload. Kalau kau belum lagi mengusha entri2 tu, boleh la kau usha lepas baca entri ni k. Ingat, jika kau adalah pemilik akaun Streamyx, kau WAJIB membaca entri ini.
Sebelum kita bermula Wan nak bagi tahu kat kau yang Wan ada menerima tawaran belajar di peringkat degree kat Kolej Legenda dan Wan bercadang nak ambil kos Bachelor of Science (Hons) in Business Information Systems. Walau bagaimanapun, mungkin belum rezeki Wan lagi untuk menjejakkan kaki ke sana memandangkan Wan perlu menyediakan lagi duit sebanyak RM10,000 untuk melengkapkan pembiayaan pengajian Wan itu.


