
Ada yang tanya adakah 3 entri sebelum ini iaitu DiGi iPhone 4 Me, DiGi iPhone 4 Play dan DiGi iPhone 4 Real merupakan entri penyertaan untuk contest DiGi iPhone 4 the Win yang dianjurkan oleh Nuffnang (semestinya dengan kerjasama DiGi)? Jadi, kat entri ni secara ekslusif aku bagi tahu.. YA! Itu adalah entri penyertaan untuk contest tersebut dan entri ini pula adalah entri terakhir bagi melengkapkan syarat penyertaan.
Ok! Back to topic.. Mungkin ada antara korang yang tertanya-tanya (tapi tak rajin nak tulis kat kotak komen tu) kenapa aku nak sangat memiliki iPhone 4 tu. So, ini jawapan ringkas aku. (more…)
Diterbitkan pada 28 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: DiGi, Nuffnang, Review | Komen: Ada 15 Comments.

Rasanya korang semua pun dah tahu yang DiGi telah melancarkan iPhone 4 dengan plan iDiGi mereka pada Jumaat lepas (24. September 2010). Begitu juga dengan encik M (bukan nama sebenar). Dan setelah membuat perbandingan antara plan DiGi dan encik M, nyata DiGi tetap menjadi pilihan hati aku yang ada taman ni. Kui3.. Nak tahu kenapa? Korang baca la apa yang aku tuliskan kat bawah ni..

*klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas
Plan iDiGi agak affordable sebab macam aku cakap kat entri sebelum ni, aku yang hanya dapat duit hasil dari blogging ni pun rasa nak angkat je. Yer la, RM88 RM63 je sebulan. Kira masih murah lagi tu. Kalau ada kad kredit lagi cun sebab selepas auto billing dapat lagi rebat RM5. So, hanya RM58 dikenakan. Malah plan yang DiGi tawarkan juga adalah yang paling rendah di pasaran (maksudnya lebih rendah dari encik M la tu). Kalau korang tak percaya, korang nengok sendiri perbandingan kat bawah ni. (more…)
Diterbitkan pada 26 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: DiGi, Nuffnang, Review | Komen: Ada 9 Comments.

Ok! Sebelum ni aku ada bagi tahu kat korang kenapa aku nak sangat memiliki iPhone 4 kan? (yang semestinyalah dengan plan iDigi). Jadi untuk entri kali ini aku nak share pula beberapa apps yang memang aku akan download punya bila dah ada iPhone 4 nanti (nanti tu tak tau la bila. Kui3).
Antara Apps yang memang dah ada dalam list aku sekarang ni ialah:
iPhone 4 Social Networking Apps
*Semestinyalah ini App pertama sekali yang ‘wajib’ aku download. Kata nak layan social network via iPhone. Hee.. Antara iPhone 4 Social Networking Apps yang menjadi pilihan tu ialah.
1. Facebook – Bila dah ada apps ni, bolehlah aku ber’Facebook pada bila-bila masa dengan lebih mudah tanpa perlu membuka Encik Apple. Yer la, takkan 24 jam aku nak bawak Encik Apple aku tu untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan Facebook, update status dan chat ngan kawan-kawan kan? So, Apps inilah penyelesaian’nya. (more…)
Diterbitkan pada 25 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: DiGi, Nuffnang, Review | Komen: Ada 10 Comments.

Yeah! DiGi telahpun melancarkan iPhone 4.. Memang terbaiklah. That’s why lah I love you so much DiGi. Hehehe.. Dan bila nengok plan dan harga yang DiGi tawarkan untuk iPhone 4 ni, rasa nak angkat je satu sebab ianya sungguh affordable (berpatutan) dan masih dalam kategori ‘mampu milik’ bagi aku yang hanya dapat duit dari blogging ni. Yang memang dah banyak duit tu tak payah cakap la sebab aku jamin diorang pastinya akan senyum sampai ke telinga dengan plan dan harga yang ditawarkan oleh DiGi ni sebab murah sangat. Huhu..
Kalau tak percaya, korang nengok la sendiri betapa murahnya plan yang DiGi tawarkan kat bawah ni. Dengan bayaran serendah RM88 RM58 sebulan, korang dapat 200 minit masa bual percuma, 200 SMS percuma, 20 MMS percuma ke semua rangkaian. Menarik tak menarik?

*klik pada gambar untuk tumbesaran berganda
Untuk lebih lanjut, korang usya kat iDiGi Postpaid Plans
Ok! Ok! Sebelum melalut ntah apa-apa ntah, mesti korang nak tahu kenapa aku nak iPhone 4 ni kan lebih-lebih lagi daripada DiGi dan bukannya M (bukan nama sebenar). (more…)
Diterbitkan pada 24 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: DiGi, Nuffnang, Review | Komen: Ada 10 Comments.

Sejak aku buka perkhidmatan pendaftaran Celcom Broadband, ramai yang hantar emel kat aku tanya OK ke Celcom Broadband ni? Laju ke surf internet? Antara Celcom Broadband, Digi Broadband dan Maxis Broadband, yang mana lebih baik? Jadi, memandangkan ramai yang tanya maka aku merajinkan diri buat sedikit review mengenai Celcom Broadband ni based on experience setelah 4 bulan menggunakannya.
Sedikit ringkasan yang perlu korang tahu sebelum membaca review aku.
Pakej Celcom Broadband: Pakej basic (D68)
Modem yang digunakan: Huawei (model: E1550) *seperti gambar di atas
Lokasi: Sebuah pekan kecil di Sabah yang jauh daripada Kota Kinabalu.
Ok! Dari aspek kelajuan melayari internet, secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan Celcom Broadband ni sebab kat tempat aku ni dapat liputan HSDPA malah line full bar. Satu kelebihan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan Broadband. So, setakat layan YouTube tu memang no hal lah. Takdenyer nak berjanggut tunggu video buffering malah lebih laju lagi dari Streamyx 512Kbps. Ini serius! (more…)

Diterbitkan pada 23 August '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celcom Broadband, Review | Komen: Ada 44 Comments.