
Aku pasti ramai yang mahu memiliki iPad 2 yang bakal dilancarkan tak lama lagi iaitu pada 2 Mac nanti. Yer la, sape taknak gadget yang super canggih keluaran Apple tu. Aku pun mahu. Tapi untuk memilikinya bukanlah mudah kerana harganya yang agak mahal. Hanya mereka yang benar-benar mampu je dapat merasa nikmat menggunakan gadget keluaran Apple tu sebagai hak milik. Maksudnya bukan pinjam-pinjam la tu.
Tapi ada berita baik dimana anda berpeluang untuk memiliki iPad 2 tanpa perlu mengeluarkan duit. Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah blog. Untuk lebih lanjut, teruskan membaca di sini.
Menariknya dengan iPad 2 ini, ianya lebih nipis dan ringan berbanding iPad keluaran sulung Apple. Mempunyai kamera di bahagian depan dan belakang untuk menyokong fungsi facetime (video call) seperti yang dibina pada iPhone 4. Ada port USB untuk download apa saja seperti dokumen dan foto. Bagi penggila gadget, iPad 2 pastinya lebih best kerana ia menggunakan processor yang lebih laju (dikhabarkan Dual Core).
Jadi kalau ada blog dan teringin nak memiliki iPad 2 tu, segeralah sertai contest yang dianjurkan oleh pemilik blog denaihati.com tu. Siapa tahu rezeki berpihak kepada anda? Entri contest. (more…)
Diterbitkan pada 28 February '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Promo, Review | Komen: Ada 8 Comments.

Tak sangka pulak aku yang Advertlets sungguh baik hati bagi aku produk Dashing For Men. Bagi senyap-senyap pulak tu. Nak buat surprise ke bro Josh Lim? Tapi hari jadi aku lama lagi la. Tiga bulan lagi. Ke ada maksud tersirat yang aku kena fahamkan sendiri? Huhu..
Ok lah.. Sepatutnya benda ni aku dah post’kan semalam. Tapi sebab kamera kehabisan bateri (dah tu bateri simpanan pun takde) untuk ambil gambar, terpaksalah diperam sekejap. Nasib baik tak jadi jeruk. Kui3.. Disebabkan sudah sedikit basi, nak taip entri pasal ni pun aku dah rasa malas. Jadi hanya gambar-gambar sahaja yang dapat aku tunjukkan untuk tatapan korang (beserta sedikit cadangan yang ntah bernas ke tak). Kalau rasa nak layan, silakan. Tak nak layan, boleh duk diam-diam. OK? (more…)
Diterbitkan pada 29 January '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Advertlets, Picture, Review | Komen: Ada 15 Comments.

Tiba-tiba aku teringin nak beli Blackberry Torch 9800. Nengok gambar kat atas tu je, sudah cukup buat aku teruja untuk memilikinya.

Hampir meleleh air liur aku nengok keseksian dan kelangsingan Blackberry Torch 9800 ni. Itu baru dalam gambar. Kalau depan mata, maybe boleh pengsan kot. Huhu.. Dan dengan touch screen serta QWERTY keyboard yang dibangunkan pada Blackberry Torch 9800 ni, tambah membuak-buak nafsu jantan ku nak pergi pre-register kat website Celcom sekarang. Woot!
Ya, Blackberry Torch 9800 ni adalah smartphone pertama (ulang sekali lagi, smartphone pertama) yang dibangunkan dengan touch screen dan QWERTY keyboard. So, boleh pilih sama ada nak guna touch screen ataupun keyboard. Kalau takut screen 3.2 inci Blackberry Torch 9800 yang super cun tu kotor, bolehlah guna keyboard. Senang cakap, boleh pilih ikut keselesaan. (more…)
Diterbitkan pada 27 October '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celcom, Review | Komen: Ada 10 Comments.

Rasanya ini adalah kali pertama aku buat review blog sepanjang aku menjadi blogger. Sebab bab-bab review ni aku memang lemau sket. Kalau review biasa-biasa tu boleh la, maksudnya dari apa yang aku nampak dan tahu sahaja. Tapi kalau nak review dari semua aspek terutamanya bab SEO, memang aku failed. Lagipun apa la taraf aku ni nak review blog orang? Blog sendiri pun ntah apa-apa ntah, inikan pula nak review blog orang. Sebab tu aku tak join contest review blog Red Mummy (sorry takde link) sebab dah sah-sah aku takkan menang. Huhu..
OK! Berikut adalah review aku mengenai blog dauspozi.com tu. Dan nak bagi tahu awal-awal la yer yang review ni review biasa-biasa je sebab tak harap pun menang. Just nak share apa yang aku nampak selama aku mengikuti blog Ingat Hijau Ingat Daus tu. Hee (more…)
Diterbitkan pada 18 October '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest, Review | Komen: Ada 23 Comments.

Buat yang masih tak tahu, ManggaAd ni adalah sebuah syarikat pengiklanan yang mana konsepnya sama seperti Nuffnang, Advertlets dan juga Innity (sekadar memberi beberapa contoh) iaitu mereka menyiarkan iklan melalui laman-laman blog. Untuk lebih lanjut mengenai ManggaAd ni, korang boleh usya website diorang KAT SINI.
OK! Aku tulis entri ni sebab nak share sedikit pengalaman aku selama meletakkan ManggaAd kat salah satu blog aku. So, entri ni mungkin dapat membantu korang untuk membuat pilihan yang bijak. Kalau nak baca, teruskan. Kalau tak, Aiman cakap dia tak kisah.
1. Untuk pengetahuan, ManggaAd hanya memberi earning berdasarkan impression dan tidak mengambil kira sebarang klik. Ini bagus untuk blog yang mempunyai ramai pelawat kerana semakin ramai pelawat, semakin tinggilah impression. Tapi untuk blog yang hanya mempunyai trafik ciput, ianya sangat tidak berbaloi. (more…)

Diterbitkan pada 8 October '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Review | Komen: Ada 21 Comments.