Sekadar untuk renungan bersama

Bloh oh blog, kenapa la sakit kau tak elok-elok lagi? Kau tak kasihan ke kat tuan kau yang handsome plus perfect but not at all ni. Atau kau memang dah nak tinggalkan kitorang? Kau tahu tak blog, sejak kau sakit tempoh hari, dah tak ramai yang datang menjenguk kau. Tapi kau tak boleh salahkan mereka sebab kau sendiri yang taknak mereka datang menjenguk kau apabila kau meninggalkan pesanan yang kau sedang sakit. Tapi kau jangan sedih blog sebab mereka sentiasa mendoakan agar kau cepat sembuh. Sungguh terharu rasanya blog. Ah sudah, apa aku merepek ni? Huhu..
Sila abaikan sesi luahan perasaan di atas kerana ianya langsung tiada kaitan dengan entri ini. Ahakz! Entri kali ini pula agak ringkas dan dengan jujur Wan katakan yang ianya adalah entri copy paste kerana Wan masih dalam mood yang takde mood (apakah?). Oleh itu, kredit yang tidak terhingga diberikan kepada cikgu senior. Entah kenapa Wan sangat tertarik dengan post itu sehinggakan Wan rasa terpanggil untuk mengklonnya disini. Seriously, ianya suatu yang menarik untuk kau baca.
(more…)
Diterbitkan pada 10 February '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Must Read, Religion | Komen: Ada 16 Comments.

Sebenarnya Wan agak sibuk untuk meluangkan masa menulis di blog ini dan mungkin ianya akan berlanjutan sehingga ke hujung bulan nanti kerana Wan terpaksa memberi komitmen yang lebih kepada sumber rezeki baru Wan supaya proses suai kenal dan pembelajaran itu berjalan dengan lancar. Tapi itu tidak bermakna yang Wan akan membiarkan blog ini begitu sahaja kerana Wan masih boleh meluangkan masa untuk membaca dan juga membalas komen kau. Cuma Wan agak kekurangan masa untuk menulis entri baru. Itu saja. Jadi, Wan harap agar kau jangan berasa pelik plus hairan jika entri-entri selepas ini agak ringkas dan langsung tak boleh blah. Huhu..
Baiklah, seperti yang kau sedia maklum, semenjak dua menjak tiga menjak ini kita sentiasa disajikan dengan berita peperangan yang berlaku di bumi Gaza yang mana ianya meragut berpuluh-puluh malah sehingga beratus-ratus nyawa dalam sehari. Dan apa yang pasti, semua itu adalah angkara tentera zionis Yahudi Israel.
Dari kematian demi kematian itu, Wan sering tertanya-tanya bagaimana seorang kanak-kanak yang masih mentah akan meneruskan kehidupannya jika ibu bapa mereka merupakan antara yang terkorban? Jawapannya hanya mereka yang tahu. Oleh itu, Wan bernasib baik kerana sekarang ini berada di bumi Malaysia yang tidak berlaku peperangan walaupun kes bunuh berlaku hampir setiap hari. Tapi siapa tahu suatu hari nanti Malaysia akan menerima nasib yang sama seperti apa yang sedang dialami oleh Gaza sekarang. Allahualam.
(more…)
Diterbitkan pada 8 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Must Read, Religion | Komen: Ada 30 Comments.

Sudahkah kau membaca entri sebelum ini? Jika belum, Wan sarankan agar kau membacanya kerana ada sesuatu yang sangat penting untuk kau sebagai seorang yang beragam Islam. Seriously, Wan sendiri pun baru sahaja mengetahui akan perkara tersebut. Jadi, tak salah jika kau meluangkan masa untuk membacanya kerana siapa tahu kau juga sama seperti Wan. Selain itu, kau juga berpeluang untuk menjana pendapatan dengan menyertai program pay per lead yang Wan promosikan di dalam entri itu. Hehehe.. Sambil menyelam minum air nampak.
Ok, berbalik kepada entri kali ini. Semasa Wan berlegar-legar di laman forum tempat Wan selalu lepak, tiba-tiba Wan terlihat satu thread yang tajuknya sangat menarik minat Wan untuk meng-kliknya. Pandai tuan tanah tu bagi tajuk yer. Hehehe.. Dan kandungan thread itu adalah mengenai buku yang ingin Wan kongsikan pada entri ini. Jom tengok kandungan buku cerita itu.
(more…)
Diterbitkan pada 23 December '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Muslim, Must Read, Religion | Komen: Ada 6 Comments.

Semasa Wan lepak kat salah sebuah forum kegemaran Wan, tiba-tiba Wan tertarik dengan satu thread yang bertajuk “Jersi Baru Malaysia“. Dan dengan rasa yang sangat teruja Wan pun klik la thread tu sebab Wan pun nak juga tengok cun ke tak jersi baru Malaysia ni. Kot-kot boleh rembat sepasang kat pasar malam. Ahakz!
*Ada ke jersi Malaysia jual kat pasar malam? Huhu..
Walau bagaimanapun, apa yang lebih mengujakan Wan ialah apabila melihat design terbaru jersi tersebut mempunyai lambang salib (palang secara sopannya) sehingga Wan sekali lagi teruja untuk mepublishkannya di sini. Oh, what the f*ck? Jika kau juga ingin melihat rekaan yang Wan maksudkan itu, kau klik saja continue reading di bawah ini dan berikan pandangan, komen serta pendapat kau mengenainya walaupun kau langsung tidak minat akan bola sepak.
(more…)
Diterbitkan pada 18 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Information, Must Read, Picture, Religion | Komen: Ada 37 Comments.

Saja Wan nak update blog ni cecepat walaupun kau sedia maklum yang Wan ni agak lembab dalam bab update meng-update ni. Sebabnya mestilah Wan tak nak biarkan entri sebelum ni lelama. Malu wei lagi-lagi bila ada yang cakap Wan ni budak lepas UPSR. Fuh, terbakar juga! Takpe-takpe, sabar itu separuh daripada iman.
Ok, kita lupakan itu semua dan kita berbalik kepada entri kali ini. Terlebih dahulu Wan nak minta maaf sesangat sebab letak topik dalam bahasa inggeris dan ianya sedikit kasar. Walau bagaimanapun, topik itu adalah sangat sesuai untuk entri ini.
(more…)

Diterbitkan pada 14 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Must Read, Religion, Video | Komen: Ada 22 Comments.