
Saja nak tolong sebarkan mengenai Program Wakaf Al-Quran yang diusahakan oleh Percetakan Saufi ni. Lagi pun benda baik kan? Tak salah dan tak rugi sebarkan. Mana tau lepas baca ni korang berminat nak buat amal jariah, kan dah dapat pahala tu. Tapi kena ikhlas la, jangan macam lirik lagu 2 kali 5 (Ahli Fiqir) ni ”Ada orang suka menderma, tapi diharap dibalikkan semula”.
Baiklah, berikut sedikit keterangan mengenai Program Wakaf Al-Quran tu:
PERCETAKAN SAUFI, telah mengadakan PROGRAM WAKAF AL-QURAN DAN PELUPUSAN AL-QURAN LAMA bagi membantu serta menggantikan AL-QURAN LAMA kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, rendah, maahad tahfiz, masjid, surau, dan pondok.
Program amal jariah ini bertujuan bagi membantu kepada mereka yang memerlukan AL-QURAN yang baru. Khususnya pelajar sekolah pondok, dan pusat tahfiz. Disebabkan bilangan pelajar semakin hari bertambah. Adakalanya diantara pelajar tersebut menggunakan AL-QURAN yang lama dan uzur. Dengan cara ini, kita dapat membantu serta meringankan beban mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli naskah AL-QURAN yang baru untuk dibaca. (more…)
Diterbitkan pada 25 October '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Religion | Komen: Ada 6 Comments.
Diterbitkan pada 6 November '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Religion, Video | Komen: Ada 17 Comments.

Sejenak melayan laman hiburan Zon Artis, aku terjumpa satu komen yang ditulis agak panjang. Pada mulanya aku tak berapa nak layan komen tersebut ditambah lagi ianya ditulis tanpa perenggan. Tapi bila aku baca dari awal sehinggalah ke titik (noktah) yang terakhir, rupa-rupanya ianya komen yang mahu menyatakan bahawa Michael Jackson sememangnya sudah memeluk agama Islam. Dan daripada pembacaan aku itu juga, aku dapat rasakan seperti apa yang disampaikan oleh nora aziz (Nora Bridal Creation) itu ada benarnya.
Oleh kerana itu, aku tertarik untuk menyalin semula dan meletakkannya di sini untuk bacaan kita semua. Kalau korang ada masa terluang tu, aku sangat syorkan agar korang turut sama membacanya. Namun jika sebaliknya, apa kata korang bookmark dulu entri ini dan bacanya bila anda lapang nanti. Boleh kan? Berikut adalah apa yang dituliskan itu: (more…)
Diterbitkan pada 9 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Must Read, Religion | Komen: Ada 30 Comments.

Sekadar update ringkas dikala online menggunakan dial-up yang kelajuannya memang ‘superb’ mengalahkan kura-kura malah siput juga mungkin.
Tadi Wan dapat mesej dari bro fizz yang dihantar melalui YM. Baca punya baca, nampaknya bolehlah Wan buat satu entri kat blog dengan mesej tersebut walaupun ianya agak ringkas. Tapi itu tak penting kerana apa yang penting ialah kandungan mesej tersebut. Panjang berjela pun tak guna juga kalau langsung takde input macam kebanyakkan entri yang ada kat blog ni. Huhu..
Ok, tak nak buang masa korang yang sangat berharga itu dengan opening yang ntah apa-apa plus ke utara, timur, selatan dan barat mungkin.. Korang teruskanlah bacaan sehingga kenoktah yang terakhir pada entri ini kerana seriously Wan katakan yang ianya sangat penting dan sungguh bermanfaat untuk kau ambil kisah. Percayalah!
(more…)
Diterbitkan pada 17 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Religion | Komen: Ada 7 Comments.

Adeh.. Wan tak tahu nak update apa kat blog kesayangan korang ni (sayang ke?). Dah 2 hari Wan fikir dan mencari idea tapi asyik kebuntuan je. Langsung takde sebarang idea best yang sangkut. Takkan nak update pasal ubat gigi yang dah habis atau yang sewaktu dengannya, nanti tak pasal-pasal keluar 1 entri khas kat blog Gadis Lonely dengan tajuk ubat gigi habis di blog blablabla.. Bukankah parah jadinya. Huhu..
Bercakap pasal blog kesayangan, pastinya korang tahu esok adalah hari apa kan? Ya, esok adalah Valentine’s Day atau disebut juga sebagai hari kekasih oleh kebanyakan budak-budak yang baru akil baligh nak belajar bercouple. Jadi tak hairanlah jika kita sebenarnya… (pi baca sendiri). Dan valentine day tak sah kalau tak disambut oleh pasangan kekasih. Betul ke? Seriously, kalau kau beragama Islam, Wan akan muntah depan kau kalau kau cakap macam tu sebagai tanda kau memang seorang yang vunguks.
Wan bukanlah seorang yang terlalu arif dalam bab agama untuk membincangkan mengenai hukum valentine day ini. Tetapi telah banyak sumber yang Wan baca menyatakan yang menyambut valentine day dalam kalangan kita yang beragama Islam (diulang sekali lagi.. yang beragama Islam) adalah haram. Dan jika difikirkan secara rasional, memang ada kebenarannya even ianya sahih atau sebaliknya kerana hukum couple dalam Islam juga adalah haram. See, baru couple sahaja sudah haram inikan pula meraikan hari kekasih.
(more…)

Diterbitkan pada 13 February '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Muslim, Must Read, Religion | Komen: Ada 21 Comments.