Gadget impian aku, banyak.. Tapi untuk entri ni aku hanya senaraikan satu sahaja yang mana ianya merupakan gadget yang menduduki carta teratas yang mahu aku miliki terlebih dahulu berbanding yang lain. Dan untuk pengetahuan, dah lama sebenarnya aku ingin memiliki gadget tersebut, tapi apa kan daya, kocek ni manjang je kering. Faham kan maksud aku? Huhu..
Dan gadget yang aku maksudkan itu adalah sebuah kamera DSLR. Ya, kamera DSLR. Tapi model apa, masih belum diputuskan. Cuma dalam perancangan, nak beli Canon EOS 1100D sahaja sebab harganya yang murah. Kalau ikutkan, memang nak beli yang mahal dengan lens yang superb, tapi bak kata orang, sebagai beginner, Canon EOS 1100D sudah cukup memadai.

Dapat angkat Canon EOS 1100D ni pun jadilah.

Tapi kalau ada bajet lebih, serius aku akan angkat Nikon D90 terus even ilmu photography aku masih zero. Boleh berlajar perlahan-lahan sampai pandai. Jadi bila dah pandai, takdelah menyesal dikemudian hari cakap ‘kenapalah aku tak beli Nikon D90 je dulu‘. Huhu.. Jadi hal plak nak cari buyer untuk let go Canon EOS 1100D tu. Belum masuk lagi bab nak letak harga. Ha3..

(more…)
Diterbitkan pada 8 November '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Personal, Promo | Komen: Ada 11 Comments.
Fuh! Dah hampir 2 bulan rupanya blog ni tak berupdate. Patutlah dah bersawang. Kui3.. Jangan tak tahu, sepanjang tempoh hampir 2 bulan tu jugalah aku tak pernah login blog ni sampai password pun boleh lupa. Dahsyat kan? Nasib baik semua password ada rekod kat ‘buku rahsia’. Huhu.. Dan maaf kat sape-sape yang tinggalkan komen tu sebab baru approve. Duit Nuffnang plak tak payah cakap la, memang RM0 je manjang. Hee..
Baiklah, ini update pertama setelah sekian lama blog kesayangan ramai ni (kesayangan ramai la sangat.. Kui3) tak berupdate dimana aku nak kongsikan kat korang satu giveaway dari Mynewshub (portal yang menghimpunkan berita dan informasi semasa) yang mana hadiah yang ditawarkan untuk giveaway tersebut adalah sebuah telefon pintar (smartphone) Samsung Galaxy Sll seperti gambar kat bawah ni.

Untuk peluang memenangi hadiah dari giveaway tersebut, apa yang perlu korang lakukan ialah baca artikel ini kemudian kongsikannya. Tapi sebelum kongsi, ada beberapa langkah yang korang perlu ikuti untuk melayakkan anda tersenarai dalam giveaway tersebut. Untuk lebih lanjut, anda boleh pergi terus ke laman ini. Giveaway tersebut akan tamat pada hujung bulan ini, 31 Oktober 2011. Jadi, tunggu apa lagi? Sertai sekarang!
Kalau tak faham macam mana nak sertai atau ada sebarang kemusykilan, boleh tanya kat ruang komen bawah ni dan insyaAllah aku akan jawab ASAP. Atau korang tanya terus kat pihak Mynewshub sebab diorang yang anjurkan giveaway tu. Huhu.. Jangan risau, penyertaan giveaway tersebut adalah percuma. Maksudnya, korang tak perlu keluarkan sebarang sen pun. Hanya tunggu dan lihat adakah anda pemenangnya. (more…)
Diterbitkan pada 22 October '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Advertorial, Contest, Promo | Komen: Ada 1 Comment.

Rasanya korang semua dah tahu lebih-lebih lagi jika korang kipas susah mati Liverpool bahawasanya Kelab Bola Sepak Liverpool (Liverpool FC) akan datang ke Malaysia dalam siri jelajah Asia mereka dan pada 16 Julai nanti akan berlangsung satu perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Liverpool yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dah dapatkan tiket belum? Kalau dah, bagus! Huhu..
Bagi korang yang tak berapa nak cukup bajet tu tapi teringin sangat nak menyaksikan perlawanan tersebut, jangan risau sebab Standard Chartered yang merupakan bank terbesar di Asia yang juga merupakan penaja rasmi Liverpool FC dan perlawan ini telah menawarkan dua tiket untuk dimenangi (untuk 1 pemenang) dan ianya pula untuk 10 pemenang. Pergh! Takkan korang tak nak kot?
Apa yang perlu korang lakukan untuk peluang memenangi dua tiket daripada Standard Chartered itu ialah dengan hanya meninggalkan (lebih tepat memberikan) mesej yang menunjukkan betapa tingginya sokongan korang kepada pasukan Liverpool. Tak kisah sama ada kepada pasukan Liverpool umumnya atau kepada pemain khususnya.
Cepatlah tunjuk macam mana cara untuk memenangi tiket tu?
Benda free, cepat je korang kan? Hahaha.. Ok! ikut langkah-langkah mudah yang aku tunjukkan kat bawah ni.
LANGKAH 1:
Pergi ke website LFC tour dengan KLIK DI SINI
Lepas dah klik, korang akan nampak website tu macam ni.

(more…)
Diterbitkan pada 6 July '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Promo | Komen: Ada 2 Comments.

Aku pasti ramai yang mahu memiliki iPad 2 yang bakal dilancarkan tak lama lagi iaitu pada 2 Mac nanti. Yer la, sape taknak gadget yang super canggih keluaran Apple tu. Aku pun mahu. Tapi untuk memilikinya bukanlah mudah kerana harganya yang agak mahal. Hanya mereka yang benar-benar mampu je dapat merasa nikmat menggunakan gadget keluaran Apple tu sebagai hak milik. Maksudnya bukan pinjam-pinjam la tu.
Tapi ada berita baik dimana anda berpeluang untuk memiliki iPad 2 tanpa perlu mengeluarkan duit. Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah blog. Untuk lebih lanjut, teruskan membaca di sini.
Menariknya dengan iPad 2 ini, ianya lebih nipis dan ringan berbanding iPad keluaran sulung Apple. Mempunyai kamera di bahagian depan dan belakang untuk menyokong fungsi facetime (video call) seperti yang dibina pada iPhone 4. Ada port USB untuk download apa saja seperti dokumen dan foto. Bagi penggila gadget, iPad 2 pastinya lebih best kerana ia menggunakan processor yang lebih laju (dikhabarkan Dual Core).
Jadi kalau ada blog dan teringin nak memiliki iPad 2 tu, segeralah sertai contest yang dianjurkan oleh pemilik blog denaihati.com tu. Siapa tahu rezeki berpihak kepada anda? Entri contest. (more…)
Diterbitkan pada 28 February '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Promo, Review | Komen: Ada 8 Comments.
48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entry.

Sungguh gembira hati ini kerana ERA fm yang sentiasa menemani aku dikala online telahpun berada di Kota Kinabalu Sabah dengan frekuensi 102.04 FM. Sebenarnya sudah lama aku menunggu ‘keajaiban’ ini, akhirnya ia menjadi kenyataan juga. Terima kasih ERA fm kerana memahami isi hati ini walaupun aku tidak pernah meluahkannya. Huhu..
Seperti yang aku tahu, program utama ERA fm Kota Kinabalu (KK) ni adalah Sepuluh Satu Era yang akan ke udara dari pukul 10 pagi hingga pukul 1 petang. Ianya pula terbahagi kepada 3 segmen iaitu 10 Hit ERA, Dedikasi ERA dan Pilihanmu ERA. Untuk gambaran lebih jelas dan sedikit keterangan mengenai ketiga-tiga segmen, rujuk info kat bawah ni.
(10:00am) Hit ERA – Dalam segmen ini, penyampai akan memainkan lagu-lagu hits terbaik dari KK berdasarkan undian pendengar.
(11:00am) Dedikasi ERA – Segmen ini memberi peluang kepada pendengar untuk mendedikasikan lagu kepada sesiapa sahaja yang berada di Sabah.
(12:00nn) Pilihanmu ERA – Pendengar boleh membuat permintaan lagu hits terbaik untuk disajikan kepada pendengar ERA fm Kota Kinabalu.
Senarai program dah tahu, sure korang nak tahu penyampai’nya juga kan? Jadi jangan buang masa lagi, jom kita berkenalan dengan dua orang penyampai ERA fm KK yang pada pandangan mata kami diorang sangat cantik. No wonder la diorang boleh terpilih sebagai penyampai ERA fm KK. Ada pakej orang cakap. Hee.. Kat bawah ni gambar dan biodata mereka.
Full Name: Shaidattul Izwanna Ismail
On-air Name: Beebey
AGE: 18
DOB: 6th June 1992
PLACE OF BIRTH: Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah
HOMETOWN: Papar, Sabah
HEIGHT: 149 cm
EDUCATIONAL BACKGROUND: SPM
WORK EXPERIENCE: A banquet part-timer
FAMILY BACKGROUND: Middle child from three siblings. I have an elder brother and a younger sister.
INTEREST: Singing and gosip–mongering
FAVOURITE SPORT ACTIVITY: Football and motor race
FAVOURITE COLOUR: White and purple
FAVOURITE FOOD: Anything that is good to eat
FAVOURITE PLACE: Manukan and Mabul Island
FAVOURITE ARTIS/CELEBRITY: Lady Gaga
BRIEFLY DESCRIBE YOURSELF: I cry when I get scolded, I like the entertainment world, enjoy singing and take pleasure in knowing the latest gossips in town
EXCITEMENT AND EXPECTATION FOR JOINING THIS INDUSTRY: I’m so eager to learn something new, things I have never dreamt of knowing before. Hopefully the experience will turn me into a more independent person and act more like a grown-up than I do now
Full Name: Ily Lia Affiqah
On-air Name: ILY
AGE: 20 years old
DOB: 16 July 1990
PLACE OF BIRTH: Kota Kinabalu, Sabah
HOMETOWN: Kota Kinabalu
HEIGHT: 162 CM
EDUCATIONAL BACKGROUND: Currently studying at UiTM Sabah in 2nd year at Faculty of Science and Policy Studies
WORK EXPERIENCE: NONE
FAMILY BACKGROUND: I have 5 siblings. I’m the third child.
INTEREST: Reading and shopping
FAVOURITE SPORT ACTIVITY: Netball
FAVOURITE COLOUR: Pink and white
FAVOURITE FOOD: Sushi, chocolates and vanilla ice cream with caramel on top
FAVOURITE PLACE: I’ve been to many places but nothing beats home
FAVOURITE ARTIS/CELEBRITY: Female – Paris Hilton and Miranda Kerr. Male – I adore Zac Efron but he’s taken
BRIEFLY DESCRIBE YOURSELF: I am a very outgoing person. Others might find it hard to get close to me and get to know me well but once they do, they will find that I’m a nut head! Family is my first priority and the rest comes second. I believe in karma, If you treat me nice, I will treat you extra nice but if u treat me bad, you don’t know what you’re getting yourself into.
EXCITEMENT AND EXPECTATION FOR JOINING THIS INDUSTRY: I never expect myself to be involved in this industry because I planned to be a lawyer when I finish my studies but when I get this offer to be an announcer, everything shifted. Its like my future have been revoked. My expectations joining this industry are to be more exposed to the entertainment biz especially Malaysian entertainment since I am working with a Malay radio station now which is ERA.
Kalau korang nak tahu lebih-lebih mengenai penyampai ERA fm KK yang cantik ni, korang boleh baca profil diorang di website ERA fm Kota Kinabalu dan klik pada profil.
Program dah tahu, penyampai pun dah tahu.. So, kepada orang Sabah, jom ramai-ramai kita ‘Aramaiti’ bersama ERA fm KK di frekuansi 102.4 FM. Bagi tau kat kawan-kawan yer.
Oh ya, kalau nak call konti ERA fm KK atau nak ikut ERA fm kat Facebook dan Twitter, boleh rujuk kat bawah ni:
ERA fm KK Studio Phone: 088 – 485 024
Website: www.era.fm (utama) | http://www.era.fm/kk/ (ERA fm KK)
Facebook: http://fb.era.fm
Twitter: http://twitter.era.fm

Diterbitkan pada 28 December '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Advertorial, Promo | Komen: Ada 2 Comments.