Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Archive for 'Personal'

Kenapa Saya Upgrade Ke Pakej Streamyx Blockbuster Deals?

STREAMYX BLOCKBUSTER DEALS

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Kalau korang follow aku kat Twitter, mesti korang dah tahu yang aku sudahpun mengupgrade Streamyx 512 Kbps aku ke pakej Streamyx Blockbuster (BB) Deals 1 Mbps. So, dalam minggu depan bolehlah mula merasa speed 1 Mbps tu sebab kena tunggu technician datang rumah dalam tempoh 3 hingga 7 hari untuk buat apa yang patut. Kalau ikutkan, nak je aku upgrade terus ke 4 Mbps tapi bila fikir pasal keperluan, 1 Mbps sudah mencukupi malah lebih daripada cukup. Yer la, aku kan bukan kaki download cam korang. Huhu..

Seperti tajuk entri ni, kenapa aku upgrade ke pakej Streamyx BB Deals? Actually dah lama aku nak upgrade, sejak TM bagi percuma selama 4 bulan tu lagi, tapi belum sampai seru orang cakap. Tapi hari rabu lepas tak semena-mena staff TM Kuala Lumpur call aku dimana dia cadangkan supaya aku upgrade pakej Streamyx yang aku guna sekarang ni ke pakej BB Deals memandangkan bil yang aku bayar setiap bulan lebih kurang je dengan harga langganan BB Deals 1 Mbps tu. So, aku pun ambil keputusan untuk upgrade.

Sebab lain yang buat aku tak perlu fikir panjang untuk upgrade ke pakej BB Deals ni ialah kelajuan yang ditawarkan. Walaupun aku hanya upgrade kepada pakej BB Deals 1 Mbps, aku rasa ianya sudah cukup laju memandangkan speed 512 Kbps yang aku gunakan sekarang pun dah memuaskan hati aku (tapi kadang-kadang tu bikin panas jugalah). So, adalah sangat berbaloi aku bayar RM110 untuk speed 1 Mbps berbanding aku bayar lebih RM110 untuk speed 512 Kbps. Kalau korang di tempat aku, rasanya korang pun akan upgrade kot. (more…)

Diterbitkan pada 15 April '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Streamyx | Komen: Ada 12 Comments.

6 Trivia Untuk Anda Ketahui

Perghhh.. Lama giler blog aku ni tak berupdate rupanya. Patutlah dah bersawang aku tengok. Kui3.. Nak kata sibuk, tak juga sibuk. Nak kata takde benda nak update, tak juga sebab banyak je benda yang boleh aku tulis. Tapi itulah, bila fikir pasal ‘pembaca’ terus tak jadi. Maklumlah, tulis sket yang tak ngam dengan bacaan pembaca terutamanya para blogger mulalah nak dijadikan bahan kat blog mereka (tak pun kat twitter). Padahal benda tu boleh je di’ignore. Pelik aku?

Baiklah. Seperti tajuk kat atas tu, aku nak share kat korang 6 trivia sebagai bacaan santai korang yang singgah kat blog yang dah macam hidup segan mati tak mahu ni. Huhu.. Disamping itu, trivia-trivia ni juga sebenarnya boleh tambah sket pengetahuan am. So, tak rugi pun baca.

MTV Music Television

1) Buat pertama kalinya program muzik terkenal, MTV bersiaran pada 1 Ogos 1981, jam 12.01 pagi. Klip video pertama yang ditayangkan melalui program itu pula ialah “Killed The Radio Star” nyanyian The Buggles.

Golden Gate Bridge

2) Golden Gate Bridge (more…)

Diterbitkan pada 17 February '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Trivia | Komen: Ada 11 Comments.

Aku Frust Sekarang Ni Sebab Tak Menang iPhone 4 Dari DiGi

IPHONE 4

Sekarang ni aku rasa macam nak terjun dari bangunan 10 tingkat je sebab aku tak menang iPhone 4 daripada DiGi. Penat-penat aku tulis entri sehabis baik semata-mata nak suruh kipas susah mati iPhone supaya apply iPhone 4 kat DiGi, tapi sampai hati DiGi tak pilih aku sebagai pemenang. Paling tak pun, masukkanlah aku dalam shortlisted yang bakal memenangi iPhone 4 tu. Tak la aku frust menonggeng macam sekarang ni. Sob3..

Hahahaa.. Gila sadis luahan perasaan. Tapi bila nengok antara 5 yang disenarai pendekkan tu, kiranya memang layak la diorang menang kalau nak compare ngan entri aku sebab diorang memang kreatif. Aku apa la sangat, entri je yang panjang berjela. Bosan nak baca. Cuma, ada juga entri yang aku rasa macam ntah apa-apa ntah dan tak patut disenarai pendek. Yang ni tak nak komen lebih-lebih, nanti ada yang cakap aku jeles pulak.

Apa2 pun, tahniah kepada mereka yang telah disenarai-pendek kat bawah ni

PEMENANG IPHONE 4 DIGI

Kita tengok, siapa yang kena.

Psstt: Lepas ni takmo la aku join contest Nuffnang lagi sebab aku sangat noob bab photo editing ni. Takde point untuk tarik perhatian juri. Kalau tulis panjang-panjang pun, bukan diorang pandang. Malah boleh jadi, diorang tak baca kot T_T (more…)

Diterbitkan pada 26 October '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fast Update, Personal | Komen: Ada 17 Comments.

Antara sebab kenapa aku jarang update blog ni

BLOG

Ok! Ini adalah entri suka-suka je (walaupun korang dah sedia maklum yang kebanyakkan entri kat blog ni memang entri suka-suka, tetap nak bagi tahu juga. Huhu). Saja nak ‘bongkar rahsia’ kenapa aku dah jarang update blog ni. So, bila korang nengok blog ni tak berupdate untuk satu tempoh yang agak lama, automatik korang pun tahu apa sebabnya. Ok lah, kalau korang rajin nak baca, silakanlah. Kalau tak, Aiman kata dia tak kisah.

Berikut antara sebab kenapa aku dah jarang meng’update blog ni.

Idea selalu stuck – Well, ini adalah perkara normal yang sentiasa dialami oleh kebanyakkan blogger dan aku tak terlepas dari mengalaminya. Bila idea dah stuck tu, memang susah nak update blog walaupun banyak je benda yang nak dibloggingkan. Baru taip tak sampai 3 baris, idea dah hilang entah ke mana. Jadi, dari aku buang masa nengok dashboard tu, better aku padam je dan log out. Habis cerita. (more…)

Diterbitkan pada 23 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 13 Comments.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

KAD HARI RAYA ONLINE

Assalamu’alaikum W.B.T

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan sesudah itu seluruh umat Islam terutamanya kat Malaysia ni akan menyambut 1 Syawal yang dijangkakan akan jatuh pada hari Jumaat (10. September 2010). Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Syawal tahun ini akan jatuh pada hari Khamis. Entah la, dengar pengumuman dari penyimpan mohor-mohor besar sudah. Lagipun aku tak kisah bila raya sebab baju raya aku untuk tahun ni tak siap lagi. Sob3.

Baiklah, aku tulis entri ni bukan nak melalut tapi cuma ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua yang membaca ataupun terbaca entri ini. Aku juga dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf daripada anda semua andainya aku pernah melakukan kesilapan. Maklumlah, aku hanya manusia biasa yang pastinya tak pernah lepas dari melakukan kesilapan samada ianya secara sengaja ataupun tidak. So, harap dimaafkan. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 7 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Muslim, Personal | Komen: Ada 19 Comments.