
Seperti yang aku janjikan, ini sedikit gambaran dan mungkin info apa yang ada di Tangkuban Parahu, Bandung, Indonesia.. So kalau korang ada perancangan nak pergi sana suatu hari nanti, bolehlah take note apa yang aku kongsikan ni.. Jadi bila dah kat sana nanti, kiranya semua dah ada dalam tangan.. Takde la ralat sangat..
Bayaran masuk – Dikira per orang.. Kalau tak silap, 15 ribu rupiah (sekitar RM5) seorang.. So, sediakan wang rupiah bernilai kecil untuk memudahkan urusan pembayaran.. Tapi kalau pergi sekeluarga, bagi duit nilai besar pun takpe.. Hee~ Kalau pergi ikut teksi, anda juga perlu bayar untuk kenderaan dan sudah tentulah dengan driver’nya sekali.. Kalau pergi ikut travel agensi, anda boleh tanya dengan mereka mengenai bayaran ni sebab ada yang dah masukkan dalam bayaran tempahan dan ada pula yang tidak (kena bayar sendiri bila dah sampai ke pondok pembayaran)..

Cuaca – Umumnya sejuk.. Samada sejuk sedikit atau sejuk banyak tu, bergantung pada keadaan cuaca semasa.. Waktu aku pergi, hanya sejuk sedikit dan tak perlu pun pakai baju sejuk.. Tapi untuk yang tak tahan sejuk tu dan sebagai persediaan, bawalah baju sejuk.. Taknak bawa pun takpe sebab ada jual juga kat sana dan harganya sangat murah..
Kedai & Harga Barangan – Kebanyakkan kedai di Tangkuban Parahu menjual baju terutamanya baju sejuk dan juga cenderamata.. Bila cakap pasal kedai ni, persoalan utama ialah harga.. Apa yang boleh aku katakan, anda boleh dapat harga yang sangat murah jika anda bijak melakukan proses tawar-menawar.. Untuk baju sejuk, harga buka mereka sekitar 150 ribu rupiah (+/- RM45) tapi anda boleh dapat pada separuh harga sahaja.. So pandai2lah~ Kalau mereka takmo kurangkan pada harga yang anda minta dan anda rasa dengan harga tu mereka masih dapat profit, tinggalkan saja dulu kerana masih banyak kedai untuk anda buat pilihan..

T-shirt mini begini harganya 35ribu rupiah (+/- RM11) sehelai.
Penjual Bebas – Ini anda perlu berikan perhatian.. Sebaik sahaja anda turun dari kereta, anda akan didatangi oleh penjual bebas yang menawarkan barang jualan mereka.. Dalam situasi ini, anda perlu bijak kerana silap je sket, anda mungkin akan diekori sepanjang keberadaan anda di sana sehinggalah anda rasa TERPAKSA membeli barang yang mereka jual.. Tapi jangan takut kerana mereka baik-baik belaka (berdasarkan pengalaman).. Cuma tak syoknya bila mereka mengekori terus dan terus-terusan bertanya berapa harga yang anda sanggup bayar untuk membeli barang yang mereka jual itu.. Pokoknya, ini berlaku kat aku.. Sob3.. (more…)
Diterbitkan pada 7 December '12 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Picture, Tips | Komen: Ada No Comments.

instagram
Alhamdulillah, tercapai juga hasrat yang tersimpan di hati ini untuk menjejakkan kaki ke Tangkuban Parahu yang letaknya di Bandung, Indonesia itu.. Selama ni dapat tengok gambar orang je kat sana, tapi akhirnya dapat juga melihat gambar sendiri.. Dan sekarang, aku lihatkannya pula kat korang.. Cuma tak semua la, hanya beberapa gambar yang aku rasakan ok saja.. Yang lelain tu kurang ok sebab shoot tak cantik plus bukan handsome pun korang nak tengok lebih-lebih.. Huhu..



(more…)
Diterbitkan pada 3 December '12 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Instagram, Personal, Picture | Komen: Ada No Comments.

Apa itu WeChat? Bagi yang dah tahu dan dah pun install, baguslah. Bagi yang belum tahu dan pastinya tak install lagi, meh nak habaq. Secara ringkas dan mudahnya, WeChat adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk pengguna berhubung antara satu sama lain secara terus samada dalam bentuk chat (teks) ataupun komunikasi suara. Dan ianya PERCUMA!
Itu secara ringkas. Lebih jelas, korang boleh baca ni:-
WeChat is a mobile phone text and voice messaging communication service. Dibangunkan oleh Tencent. WeChat boleh didapati untuk Android, iPhone, Windows Phone dan juga platform Symbian. Bahasa yang disokong termasuk Bahasa Inggeris, Cina, Indonesia, Portugis, Thailand, Vietnam, Rusia Dan beberapa bahasa lain. WeChat disokong pada Wi-Fi, 3G, dan 4G.
WeChat menyediakan fleksibiliti komunikasi multimedia dan kemudahan dengan mesej teks, mesej suara, broadcast messaging, perkongsian gambar serta video, perkongsian lokasi, serta beberapa kemudahan lain. WeChat turut menyokong rangkaian sosial melalui suapan kandungan yang dikongsi.
Apa yang penting, data pengguna dilindungi melalui on-demand contact list backup and retrieval to/from a cloud-based service (tak reti nak translate ke BM). Ini bermakna, dengan ciri-ciri di atas, WeChat menyediakan platform rangkaian sosial yang lengkap, mantap, dan selamat yang menekankan privasi pengguna dan prestasi tindak balas yang cepat. Cubalah!
Nak cuba? Pergi ke Google Play (jika anda pengguna Android) atau App Store (pengguna iPhone) atau Windows Phone Marketplace (bagi pengguna Windows Phone) kemudian search WeChat. Aku jamin, aplikasi WeChat akan terus dipaparkan untuk korang install. Untuk puaskan hati, baca description dan review terlebih dahulu. Rasa boleh blah, bolehlah install.
Lepas install, korang diminta untuk melakukan pendaftaran. Pendaftaran boleh dibuat dengan dua cara iaitu melalui Facebook Connect dan melalui SMS dimana korang perlu memberikan nombor telefon yang korang gunakan dengan betul (supaya kod pengesahan dapat di-SMS kepada korang). Dalam hal ini, terpulang pada korang nak guna yang mana. Saya? Saya guna SMS.

Rasanya itu sahaja yang dapat aku kongsikan pasal WeChat ni sebab citer banyak-banyak pun tak guna juga kalau korang tak cuba sendiri. Betul tak? Dah install, ajak kengkawan install sama, bagi meriah. Bolehlah bermesej (SMS) atau bergayut sambil ber-face to face sampai lebam dan paling penting, FOC. Persetankan pada kos SMS telco yang mahal tu. Huhu..
Ni sket screenshot sebagai contoh:-


Chat interface yang sedap mata memandang~ (more…)
Diterbitkan pada 25 October '12 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Personal, Promo | Komen: Ada No Comments.
P/s: Tip ini sesuai untuk semua tuntutan duit yang dibayar atau dikirim mengguna Western Union. Tidak terhad untuk bayaran Google Adsense sahaja. Harap ianya membantu.
Beberapa hari lepas, aku pergi ambil duit adsense yang Google bayar kat aku. Payment dibayar menggunakan Western Union sebab aku sendiri yang pilih option tu. Nak cepat punya pasal. Huk3.. Dan ini adalah pertama kali aku menuntut duit yang dikirim menggunakan Western Union. So nak kongsikan sedikit tip jika anda baru pertama kali nak tuntut duit yang dikirim menggunakan Western Union. Kira nak share cara camne nak ambil la ni. Senang sket kerja korang. Hee~
Pertama sekali, pergi kat bank yang ada service Western Union. Paling mudah, tengok kat depan bank tu samada ada signboard Western Union ataupun takde. Kalau ada, bolehlah terus masuk dalam bank tu. Kalau takde, boleh pergi ke bank lain. Huhu.. Antara bank yang menawarkan service Western Union ni ialah BSN, RHB, CIMB dan juga Public Bank. Pejabat pos pun ada tapi make sure ada signboard Western Union la. Cuma lebih digalakkan pergi kat bank.

*Contoh signboard Western Union sebagai rujukan
Dah masuk kat bank tu, boleh la cari borang yang ada cop Western Union dengan ayat penerimaan wang. Borang tu bersaiz A4 dan ada warna kuning kat header yang aku rasa sama je kat semua bank. Kalau tak jumpa, jangan panik. Sila jumpa dengan customer service dan cakap kat beliau nak minta borang ambil duit Western Union. InsyaAllah customer service tu akan bagi anda borang yang sepatutnya. Hee.. Kat bawah ni contoh borang Western Union untuk Public Bank.

Abaikan tulisan sebijik2 yang hodoh tu
Isi borang tu selengkapnya especially kat bahagian penerima. Kat bahagian pengirim pula, isi mana yang patut je antaranya nama pertama pengirim (aku isi Google Inc), negara kiriman wang dibuat dan nombor kawalan pindahan wang (rujuk 10 digit yang Google bagi). Dah siap isi, boleh la pergi ke kaunter khas Western Union. Itupun kalau ada la. Kalau takde, ambik nombor cam biasa dan tunggu. Hee.. Oh ya, jangan lupa bawa photocopy IC siap-siap yer sekali dengan original. Wajib! Dan kalau boleh, bawa sekali photocopy ‘Statement of Earning’ yang Google bagi. (more…)
Diterbitkan pada 11 August '12 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Tips, Tutorial | Komen: Ada 3 Comments.
Serius cakap, aku tak pernah pun terfikir nak beli fon Android sebab… sebab… Aku noob bab2 teknologi ni plus aku pengguna tegar Symbian. LOL. Tapi ntah kenapa, tiba-tiba hati ni terbuka untuk mencuba Android fon dan dengan tidak semena-mena terbeli sebijik Samsung Galaxy S Advance. Oh!

Mungkin ada yang nak tahu (yang tak nak tahu tu dok dendiam), aku beli Samsung Galaxy S Advance ni kat superbuy.my dengan harga yang tak berapa nak murah dan tak berapa nak mahal iaitu RM889 sahaja.
Kenapa Samsung Galaxy S Advance menjadi pilihan? Entah ler, aku pun tak tahu kenapa aku pilih telefon ni berbanding yang lain sebab tujuan aku beli pun just nak mencuba sendiri android fon. Tapi apa yang aku tertarik dengan fon ni ialah dia punya design yang nampak cool dan kamera 5MP. Bolehlah untuk Instagram.
Seperti yang aku beritahu, ini merupakan telefon Android pertama aku dan aku membelinya sebab nak cuba bermain-main dengan Android. Nak juga tahu apa bezanya dengan iOS yang dah sebati dengan diri ini. Eh?

Aku baru je guna tak sampai 2 minggu dan dari penggunaan yang tak sampai 2 minggu ni, apa yang boleh aku katakan, Android ni sungguh simple dan mudah. Walaupun baru je guna, tapi dah macam pro aku rasa sampai aku rasa percubaan pertama ini mungkin akan membuatkan aku menjadi pengguna tegar Android.
Walaupun dah rasa macam pro guna fon Android ni, tapi banyak lagi yang perlu diexplore sebab macam yang aku tulis kat atas tadi, aku ni noob bab-bab teknologi ni. Hehehee.. Tapi dengan adanya encik Google, aku yakin ke-noob-an aku ini dapat diatasi. Well, di mana ada kemahuan, di situ ada highway. Yay! (more…)

Diterbitkan pada 13 July '12 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Gadget, Personal | Komen: Ada 1 Comment.