Tadi masa nengok-nengok emel, dapatlah satu emel dari si penghantar tegar emel santai dengan tajuk emelnya INDUSTRI GERAGAU … tgok jgn tak tgok!. Selalunya memang aku tengok pun emel yang dia hantarkan walaupun takde tulis tengok jangan tak tengok tu sebab ianya hanya koleksi gambar-gambar santai. So, bolehlah cuci mata sket.
Tapi dengan tajuk yang dia bagi kali ni buat aku semakin excited nak nengok sebab geragau tu sendiri aku tak tahu apa ke bendanya ditambah lagi dengan ayat tengok jangan tak tengok. Mestilah kamu pun teruja nak nengok kan?
Dan bila aku nengok je gambar-gambar tu, terus naik mual aku dibuatnya. Apa taknya, sungguh menjijikkan wa cakap lu. Serius! Ok, malas aku nak cakap banyak, apa kata kamu usya sendiri gambar-gambar tu kat bawah ni. Oh ya, jika kamu adalah penggemar geragau, Wan sangat menggalakkan (YA, sangat menggalakkan) kamu melihatnya sendiri. Boleh kan? (more…)
Ermmm.. Kamu tahu tak akan kewujudan Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd kat Malaysia ni? Kalau tahu baguslah. Tapi kalau tak tahu tu, rajin-rajinkanlah diri kamu untuk meng’google ye sebab aku pun malas nak explain latar belakang syarikat ni since aku tak join pun perniagaan diorang. Huhu.. Yer la, aku promote pun bukan aku dapat apa-apa even apa yang aku buat tak pernah minta dibalas. Tapi kata orang, nak buat baik tu pun agak-agak juga la kan. Hehe..
Ok la. Actually aku tulis entri ni sebab aku baru je dengar dari orang dalam Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd (lepas ni aku tulis Asia Ceramic je la ye) sendiri yang Asia Ceramic sekarang ni dalam siasatan Bank Negara Malaysia (BNM). Tapi aku tak sure samada apa yang aku dengar ni betul atau cuma khabar angin semata-mata sebab sebelum aku taip entri ni, aku dah cari kat Berita Harian dan juga Kosmo tapi tak jumpa berita pasal ni. So, anggap je la yang aku tulis entri ni macam cerita kat kedai kopi je atau mungkin ianya kes terpencil macam siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap minuman kesihatan Goji Guarana (nak baca? klik di sini).
Dan aku juga tak pasti sebab apa BNM perlu membuat siasatan keatas Asia Ceramic ni since perniagaan’nya berasaskan trading dan franchise (tolong betulkan kalau aku silap). Tapi sedari awal lagi aku dah agak ada something yang tak kena dengan perniagaan Asia Ceramic ni atau lebih mudah aku cakap sama seperi pelaburan. Sebab tu aku tak join since aku dah 2 kali ter’kantoi dengan ‘pelaburan-pelaburan celaka’ ni walaupun aku agak tertarik dengan konsep perniagaan Asia Ceramic ni. (more…)
Sejenak melayan laman hiburan Zon Artis, aku terjumpa satu komen yang ditulis agak panjang. Pada mulanya aku tak berapa nak layan komen tersebut ditambah lagi ianya ditulis tanpa perenggan. Tapi bila aku baca dari awal sehinggalah ke titik (noktah) yang terakhir, rupa-rupanya ianya komen yang mahu menyatakan bahawa Michael Jackson sememangnya sudah memeluk agama Islam. Dan daripada pembacaan aku itu juga, aku dapat rasakan seperti apa yang disampaikan oleh nora aziz (Nora Bridal Creation) itu ada benarnya.
Oleh kerana itu, aku tertarik untuk menyalin semula dan meletakkannya di sini untuk bacaan kita semua. Kalau korang ada masa terluang tu, aku sangat syorkan agar korang turut sama membacanya. Namun jika sebaliknya, apa kata korang bookmark dulu entri ini dan bacanya bila anda lapang nanti. Boleh kan? Berikut adalah apa yang dituliskan itu: (more…)
Makin jarang plak aku update blog ni yer.. Masa blog down tempoh hari, sebok tanya bila OK balik. Tapi bila dah sihat balik ni, takde juga updatenya. Huhu.. Entah la, aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kena badi kehilangan mood kot gara-gara blog down tempoh hari tu sampai nak update blog pun kena perah otak bagai. Apa kes?
OK la, malas aku nak tulis panjang-panjang sebab entri ni pun sekadar entri tangkap muat je. Yer la, asalkan blog ber’update katanya. Lagipun, kalau aku tulis panjang2 nanti, entah apa pulak jadinya kan. Korang pun tentulah malas nak baca. So, tanpa membuang masa, korang kena layan video penuh kotroversi kat bawah ni.
Firstly, sempena Hari Ibu ini, Wan nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu especially yang berada kat Malaysia ni sebab Malaysia sambut hari ibu pada hari ini. Huhu.. Memandangkan Wan takde cerita untuk dikongsikan sempena hari ibu ni, apa kata korang ikuti sedikit cerita di bawah dan lihat betapa besar dan hebatnya jasa serta pengorbanan seorang ibu buat anaknya walaupun pada dasarnya pengorbanan itu nampak kecil di mana kita. Layan..
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata: “Makanlah nak, ibu tak lapar.”
Ketika saya mulai besar, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.”