
Cakap saja Facebook, Wan gerenti kamu semua especially yang sedang membaca entri ni tahu apakah menatang’nya Facebook tu malah Wan juga percaya ada diantara kamu yang sudahpun mempunyai akaun Facebook. Betul tak? Yang belum ada akaun Facebook tu, sila angkat tangan yer. Jadi senang sket Jabatan Perangkaan nak buat bancian nanti. Hahaha.. Gurau je.
Tapi bila ditanya mengenai latar belakang dan motif Facebook ni diwujudkan, sekali lagi Wan gerenti hampir semua user Facebook terutamanya daripada Malaysia tidak mengetahuinya. Dan tidak ‘terlebih sudah’ jika Wan katakan yang mereka tak pernah pun nak ambik tahu. Yang mereka tahu hanyalah add friend, approve request, main farmville dan segala macam yang ada kat FB tu.
Oleh itu, saja Wan tuliskan entri ni untuk berkongsi kepada kamu semua lagi-lagi buat kamu yang masih tak tahu mengenai Facebook ni dengan membaca apa yang Wan sertakan kat bawah ni. Boleh kan? (more…)
Diterbitkan pada 19 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Must Read | Komen: Ada 22 Comments.

Pejam celik, login logout, rupanya hari ini (10. Oktober) sudah genap setahun blog www.azizwan.com ini bertapak kat alam maya ini dengan hosting dan domain’nya sendiri walaupun banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sepanjang tempoh tersebut.
Pernah sekali blog ini seperti sudah tidak wujud lagi bila ianya mengalami kehilangan yang benar-benar mengerikan. Kalau kamu pengikut blog ini sedari awal kewujudannya, Wan yakin kamu tahu apa yang Wan maksudkan. Dan hari ini, Wan rasa terharu plus happy sesangat sebab tak sangka plak blog picisan macam ni boleh bertahan sampai ke hari ini. Oleh itu, saja Wan tuliskan entri ini untuk meraikan 1st anniversary’nya. Yay!

Sejak setahun kewujudan blog ini, ianya sudah mempunyai 149 entri (alahai, sket’nya) yang mana kebanyakkannya (hampir keseluruhan actually) entri yang Wan tuliskan adalah entri tak boleh blah dimana ianya langsung tidak memberi sebarang effort. Kalau ada sekerat dua entri yang ‘baik punya’ tu, Wan harap ianya memberi manfaat kat kamu. Tak banyak, sikit pun jadilah. Boleh gitu?
Dan bila Wan baca balik entri-entri yang pernah Wan tuliskan kat blog ni lagi-lagi entri diawal kemunculan’nya, rasa lawak sangat la pulak. Sengih sorang-sorang dibuatnya. Heee.. Ye la, dah nama pun baru berjinak-jinak untuk jadi blogger popular (konon je), so tak hairan ler kalau kebanyakkan entri nampak sekadar tangkap muat je. Asal blog ber’update kekdahnya. Huhu.. (more…)
Diterbitkan pada 10 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Must Read | Komen: Ada 18 Comments.

Rasanya kamu pun dah sedia maklum yang negara jiran kita iaitu Indonesia baru sahaja mengalami bencana alam yang sangat dahsyat (terutamanya di Bandara Minangkabau, Padang) sehingga mengorbankan banyak nyawa serta merosakkan harta-benda. Keadaan ini telah menyebabkan Indonesia ‘terpaksa’ meminta bantuan luar untuk meringankan beban mangsa dan Malaysia telah bersedia untuk memberikan bantuan.
Namun begitu, atas ketegangan yang berlaku baru-baru ini terutamanya mengenai isu Tarian Pendet yang digunakan Discovery Channel untuk siri dokumentari Enigmatic Malaysia sehingga menyebabkan Jalur Gemilang (bendera Malaysia) dibakar dan wujudnya skuad “Sweeping Malaysia” di Indonesia, banyak pendapat yang mengatakan bahawa Malaysia tidak sepatutnya menghantar bantuan kepada Indonesia.
Berikut adalah antara pendapat tersebut:
buang masa jer tolong….. skuad sweeping malaysia yg pakai buluh runcing tu mana? mana 200 juta rakyat indon? bawakla batik banyak-banyak kat situ… leh buat tarian pendet skali… hiburkan mangsa gempa bumi tu…. 200 juta org pon mau mintak bantuan luar ke?
bagai bagi susu tapi di balas tuba, umpama melepaskan anjing yg tersepit, duri dalam daging, musut dalam selimut, gunting dalam lipatan – sesuai untuk orang2 indon…tak payah tolong la…dia orang bakar bendera Malaysia tanpa berfikir panjang mengenai sensitiviti rakyat Malaysia (more…)
Diterbitkan pada 3 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Freedom Talk, Must Read | Komen: Ada 17 Comments.

Just nak mention kat kamu semua.. Semalam Wan jumpa satu blog dengan title yang penuh kontroversi seperti yang kamu lihat kat atas tu. 1st impression, Wan percaya kamu sendiri akan memberi tanggapan negatif terhadap blog tersebut. Itupun kalau kamu masih Islam sejati. Sekali imbas, Wan dapati kandungan’nya sangat meragukan dan dikhuatiri boleh memesongkan akidah buat mereka-mereka yang kurang ilmu agama termasuklah Wan sendiri. Misalnya seperti gambar yang Wan letakkan kat bawah ni.

Apa komen anda?
So, serius Wan tak berani nak baca lanjut kandungan blog tersebut kerana Wan takut terpengaruh dengan apa yang cuba disampaikan since ilmu agama Wan masih ditahap yang ‘sangat rendah’. Maka, takde review untuk blog tersebut dan hanya entri pendek ini sahaja yang dapat Wan tuliskan untuk memaklumkan kepada kamu semua akan kewujudan blog tersebut. Jika kamu tidak keberatan, sebar-sebarkanlah yer untuk kebaikan bersama. (more…)
Diterbitkan pada 28 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Must Read | Komen: Ada 54 Comments.

Entah ler, makin hari makin blur plak Wan nak tulis apa kat blog super popular ni. Ada gak terfikir nak tulis personal entri tapi takut plak kamu muntah hijau je nanti. Oh, adakah ini bermakna yang Wan perlu resign dari kerja-kerja memblogging ni tambahan lagi tarikh nak bayar sewa hosting untuk seconde year dah hampir walaupun rasanya dalam 2 bulan lagi kot. Huhu.. Kat mana ler si penganggur ni Wan nak cekau duit ni? Ada sesiapa nak belanja? Hehe..
Ok la, entri kali ni sekali lagi entri ringkas dari Wan namun ianya mungkin agak berbaloi (tak banyak, sikit pun OK ler kan?) untuk kita-kita yang sedang menyambut bulan Ramadhan ni lagi-lagi kat mereka yang berpuasa (puasa ke?) dimana Wan nak share kat kamu akan perkara-perkara sunat yang perlu dilakukan dalam menambah ganjaran puasa. Kalau rajin, sila ler baca yer. Kalau tak rajin, Wan no comment. Huhu..
Antara perkara-perkara sunat dalam puasa: (more…)

Diterbitkan pada 23 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Must Read | Komen: Ada 11 Comments.