Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Archive for 'Muslim'

Lagi blog yang boleh merosakkan akidah

Mana Tuhan Allah?

Just nak mention kat kamu semua.. Semalam Wan jumpa satu blog dengan title yang penuh kontroversi seperti yang kamu lihat kat atas tu. 1st impression, Wan percaya kamu sendiri akan memberi tanggapan negatif terhadap blog tersebut. Itupun kalau kamu masih Islam sejati. Sekali imbas, Wan dapati kandungan’nya sangat meragukan dan dikhuatiri boleh memesongkan akidah buat mereka-mereka yang kurang ilmu agama termasuklah Wan sendiri. Misalnya seperti gambar yang Wan letakkan kat bawah ni.

Mana Tuhan Allah?
Apa komen anda?

So, serius Wan tak berani nak baca lanjut kandungan blog tersebut kerana Wan takut terpengaruh dengan apa yang cuba disampaikan since ilmu agama Wan masih ditahap yang ‘sangat rendah’. Maka, takde review untuk blog tersebut dan hanya entri pendek ini sahaja yang dapat Wan tuliskan untuk memaklumkan kepada kamu semua akan kewujudan blog tersebut. Jika kamu tidak keberatan, sebar-sebarkanlah yer untuk kebaikan bersama. (more…)

Diterbitkan pada 28 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Must Read | Komen: Ada 54 Comments.

Jom sama-sama kita tambah pahala puasa.

Jom sama-sama amalkan perkara sunat Ramadhan

Entah ler, makin hari makin blur plak Wan nak tulis apa kat blog super popular ni. Ada gak terfikir nak tulis personal entri tapi takut plak kamu muntah hijau je nanti. Oh, adakah ini bermakna yang Wan perlu resign dari kerja-kerja memblogging ni tambahan lagi tarikh nak bayar sewa hosting untuk seconde year dah hampir walaupun rasanya dalam 2 bulan lagi kot. Huhu.. Kat mana ler si penganggur ni Wan nak cekau duit ni? Ada sesiapa nak belanja? Hehe..

Ok la, entri kali ni sekali lagi entri ringkas dari Wan namun ianya mungkin agak berbaloi (tak banyak, sikit pun OK ler kan?) untuk kita-kita yang sedang menyambut bulan Ramadhan ni lagi-lagi kat mereka yang berpuasa (puasa ke?) dimana Wan nak share kat kamu akan perkara-perkara sunat yang perlu dilakukan dalam menambah ganjaran puasa. Kalau rajin, sila ler baca yer. Kalau tak rajin, Wan no comment. Huhu..

Antara perkara-perkara sunat dalam puasa: (more…)

Diterbitkan pada 23 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Must Read | Komen: Ada 11 Comments.

8C yang buat suami benci pada isteri

Apakah?

Mak ai.. Dah makin jarang rupanya aku update blog ni. Yo la, takde benda nak tulis. Huhu.. Nanti aku tulis entri ‘daily crap’ ala-ala personal diary, takut korang muntah kedarah plak nk baca. Haha. Maka dengan itu, Wan copy paste 1 artikel yang dihantar ke emel Wan untuk bacaan korang. Sekurang-kurangnya, taklah korang tanya bila Wan nak update blog ni kan. Hehe..

Oh ya, artikel ni mungkin betul dan mungkin juga tidak. Tapi bagi Wan sebagai seorang lelaki dan bakal menjadi suami kelak (tapi tak tahu bila? hehe), entri sangat releven dan memang kena pada tempatnya. Jadi, kepada akak-akak yang dah bergelar atau bakal bergelar isteri tu, Wan rasa artikel ni ‘wajib’ untuk bacaan kalian. Nak tahu kenapa? Bacalah. Haha..

Ok, berikut adalah senarai 8C yang bisa membuatkan seorang suami naik feedup kat Isteri. Samada nak terima ataupun tidak, terpulang. Apa-apa pun, jom baca. Boleh kan?

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.

(more…)

Diterbitkan pada 7 May '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Miscellaneous, Muslim | Komen: Ada 14 Comments.

Mari Kita Renungkan Sejenak

Mari Kita Renungkan Bersama..

Sekadar update ringkas dikala online menggunakan dial-up yang kelajuannya memang ‘superb’ mengalahkan kura-kura malah siput juga mungkin.

Tadi Wan dapat mesej dari bro fizz yang dihantar melalui YM. Baca punya baca, nampaknya bolehlah Wan buat satu entri kat blog dengan mesej tersebut walaupun ianya agak ringkas. Tapi itu tak penting kerana apa yang penting ialah kandungan mesej tersebut. Panjang berjela pun tak guna juga kalau langsung takde input macam kebanyakkan entri yang ada kat blog ni. Huhu..

Ok, tak nak buang masa korang yang sangat berharga itu dengan opening yang ntah apa-apa plus ke utara, timur, selatan dan barat mungkin.. Korang teruskanlah bacaan sehingga kenoktah yang terakhir pada entri ini kerana seriously Wan katakan yang ianya sangat penting dan sungguh bermanfaat untuk kau ambil kisah. Percayalah!

(more…)

Diterbitkan pada 17 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Religion | Komen: Ada 7 Comments.

Lagu: Sujud (Mawi Feat KRU)

Sujud by Mawi Feat. KRU

Adeh, tak tahu plak nak update apa kat blog yang super duper popular ni. Yay! Maklumlah, Wan masih dalam mood Maulidur Rasul, jadi takde idea yang masuk. Serius, Wan tak tipu. Hehehe.. Actually Wan nak post pasal lagu Agnes Monica yang kononnya boleh merosakkan akidah tu tapi macam dah terlambat la pulak sebab sana sini dah tulis pasal benda ni. Jadi, kira agak mustahil la kalau korang yang ngaku kaki internet ni tak tau pasal perkara ni.

Cuma apa yang dapat Wan komen, lagu itu sebenarnya tidak bertujuan untuk memesongkan akidah umat Islam secara langsung tapi ianya adalah lagu khusus untuk agama Kristian (Katolik). Cuma penggunaan perkataan Allah sebagai kata ganti bagi tuhan adalah perkara biasa di sana, maksud Wan Indonesia. Tidak kira muslim mahupun non-muslim. Jadi, kita tidak boleh berbuat apa-apa selain memberi peringatan antara satu sama lain supaya tidak mendengar lagu tersebut. Dan Alhamdulillah, Malaysia mengharamkan penggunaan Allah dalam kitab penganut agama Kristian yang ingin diterjemahkan kedalam bahasa Melayu.

Oleh hal yang demikian, daripada korang dengar lagu Agnes Monica tu dan juga lagu-lagu dari seberang, lebih baik korang dengar lagu Sujud yang dinyanyikan oleh Mawi featuring KRU kat bawah ni dan hayatilah bait-bait lirik lagu tersebut walaupun korang tak minat sangat ngan suami Ekin tu kerana bagi Wan secara peribadi, lagu Sujud ini memberi banyak pengajaran dan peringatan yang sangat bermanfaat untuk kita semua. Jadi, jangan kasi lama.. play la

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 11 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Entertainment, Muslim, Song & Lyrics | Komen: Ada 22 Comments.