Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Archive for 'Muslim'

Program Wakaf Al-Quran, Sumbangan Anda Diperlukan

PROGRAM WAKAF AL-QURAN

Saja nak tolong sebarkan mengenai Program Wakaf Al-Quran yang diusahakan oleh Percetakan Saufi ni. Lagi pun benda baik kan? Tak salah dan tak rugi sebarkan. Mana tau lepas baca ni korang berminat nak buat amal jariah, kan dah dapat pahala tu. Tapi kena ikhlas la, jangan macam lirik lagu 2 kali 5 (Ahli Fiqir) ni ”Ada orang suka menderma, tapi diharap dibalikkan semula”.

Baiklah, berikut sedikit keterangan mengenai Program Wakaf Al-Quran tu:

PERCETAKAN SAUFI, telah mengadakan PROGRAM WAKAF AL-QURAN DAN PELUPUSAN AL-QURAN LAMA bagi membantu serta menggantikan AL-QURAN LAMA kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, rendah, maahad tahfiz, masjid, surau, dan pondok.

Program amal jariah ini bertujuan bagi membantu kepada mereka yang memerlukan AL-QURAN yang baru. Khususnya pelajar sekolah pondok, dan pusat tahfiz. Disebabkan bilangan pelajar semakin hari bertambah. Adakalanya diantara pelajar tersebut menggunakan AL-QURAN yang lama dan uzur. Dengan cara ini, kita dapat membantu serta meringankan beban mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli naskah AL-QURAN yang baru untuk dibaca. (more…)

Diterbitkan pada 25 October '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Religion | Komen: Ada 6 Comments.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

KAD HARI RAYA ONLINE

Assalamu’alaikum W.B.T

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan sesudah itu seluruh umat Islam terutamanya kat Malaysia ni akan menyambut 1 Syawal yang dijangkakan akan jatuh pada hari Jumaat (10. September 2010). Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Syawal tahun ini akan jatuh pada hari Khamis. Entah la, dengar pengumuman dari penyimpan mohor-mohor besar sudah. Lagipun aku tak kisah bila raya sebab baju raya aku untuk tahun ni tak siap lagi. Sob3.

Baiklah, aku tulis entri ni bukan nak melalut tapi cuma ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua yang membaca ataupun terbaca entri ini. Aku juga dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf daripada anda semua andainya aku pernah melakukan kesilapan. Maklumlah, aku hanya manusia biasa yang pastinya tak pernah lepas dari melakukan kesilapan samada ianya secara sengaja ataupun tidak. So, harap dimaafkan. (more…)

Diterbitkan pada 7 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Muslim, Personal | Komen: Ada 19 Comments.

Pengajaran yang aku dapat dari Rafiqin Darwisy

Rafiqin Darwisy, facebook kutuk Din Beramboi
*Screenshot penuh boleh lihat KAT SINI

Aku gerenti sekarang ni ramai yang bengang dan marah dengan Rafiqin Darwisy diatas keterlanjurannya menulis post yang boleh dikatakan agak kurang ajar dan sungguh biadap. Yer la, orang dah meninggal dunia tapi boleh plak dia pergi kutuk-kutuk lagi. Nak ikut jejak Aduka Taruna ke?

Walau bagaimanapun, dari satu sudut yang lain, aku sebenarnya berterima kasih kat budak mentah tu sebab dari post panas bak pisang goreng dia tu telah memberi pengajaran yang begitu besar kat aku. Tapi korang jangan silap yer, walaupun aku ucap t/kasih tak bermaksud aku menyokong apa yg dia buat tu.

Baiklah, pengajaran yang aku maksudkan ialah.. (more…)

Diterbitkan pada 6 April '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Must Read, Personal | Komen: Ada 33 Comments.

Sebab Kristian kat Malaysia tak boleh guna ‘Allah’

Sebab Kristian tak boleh guna 'Allah'

Rasanya semua pun dah sedia maklum mengenai isu penggunaan ‘Allah’ ni, jadi tak perlulah aku nak ulas pepanjang yer. Tapi daripada isu tersebut, aku percaya masih ramai antara kita yang tak berapa nak ambil tahu sangat mengapa penggunaan ‘Allah’ oleh penganut agama Kristian sebagai kata ganti nama bagi tuhan perlu ‘diharamkan’ penggunaan’nya kat Malaysia ni. Betul kan?

Oleh itu, saja aku kongsikan satu artikel yang ditulis oleh seorang pelajar Malaysia yang belajar kat Indonesia berkaitan isu ni kot-kot ianya dapat memberi jawapan kepada korang. Jadi, apa tunggu lagi? Jom baca. (more…)

Diterbitkan pada 17 January '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Must Read | Komen: Ada 32 Comments.

Korang, jom layari Oh! Islam

Muslim Forever
Awesome pic created by: kaela16

Wan tak tahu nak mula kat mana plus tak tahu nak tulis apa sebab la ni serius Wan buntu gila babeng. Idea pun susah nak keluar even otak dah diperah-perah. Huhu.. Cuma apa yang mahu Wan kongsikan kat entri kali ni ialah Wan nak ajak kamu untuk melayari Oh Islam. Boleh kan?

URL: http://ohislam.com

Sedikit info mengenai Oh Islam ni. Seperti namanya, ianya adalah sebuah blog ‘khas’ untuk kita yang beragama Islam ni dimana blog ini akan diupdate dengan artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam. Kandungannya lebih kepada memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Dan yang lebih penting, artikel yang terkandung kat Oh Islam tu adalah artikel yang telah disahkan kesahihan’nya. Ini bermakna, ianya bukan blog yang cuba untuk memesongkan akidah seperti yang pernah Wan sajikan sebelum ni (nak lihat? klik sini yer).

So, kamu sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer. Dengan melayarinya, Wan janji kamu takkan rugi walau satu sen pun malah Wan jamin kamu akan memperolehi sesuatu yang lebih bermakna untuk bekalan kat dunia ni dan di akhirat kelak. InsyaAllah. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 15 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim | Komen: Ada 11 Comments.