Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Archive for 'Movie'

Gmail New Theme & Cicakman 2

Sebelum kau nak baca entri ini, Wan terlebih dahulu nak maklumkan yang entri ini adalah entri yang ntah apa-apa ntah. Huhu.. Tapi kalau kau ada masa terluang dan nak baca, apa salahnya kau baca dan komen kerana Wan sangat mengalu-alukannya. Ahakz!

Baiklah, jika kau pengguna Gmail, pastinya kau sedia maklum yang Gmail kini telah menambah satu lagi aplikasi pada perkhidmatan emel mereka dimana mereka telah menyediakan tema pada akaun penggunanya. Jika sebelum ini kau cuma nampak latar belakang yang agak membosankan, tapi sekarang kau dah boleh pilih mana-mana tema yang kau rasa menarik buat kau. Dengan adanya tema ini, pasti ianya akan memberi sedikit kelainan dalam keseronokan kau membaca serta menghantar emel. Sambil taip emel, dapatlah cuci mata. Huhu..

Kat bawah ni adalah beberapa jenis theme yang disediakan oleh Gmail untuk dipilih. So far, themes itu sangat menarik dan Wan telahpun menggunakan themes graffiti yang berlatar belakangkan warna hitam itu kerana ianya sangat cool. Hehehe.. Apa yang kau tunggu lagi, pergi la usha cepat.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 22 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Gmail, Information, Movie, Website | Komen: Ada 12 Comments.