Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Archive for 'Information'

Disebalik pemprosesan udang geragau yang sungguh bluwek

Udang Geragau
*typo: pengemar penggemar

Tadi masa nengok-nengok emel, dapatlah satu emel dari si penghantar tegar emel santai dengan tajuk emelnya INDUSTRI GERAGAU … tgok jgn tak tgok!. Selalunya memang aku tengok pun emel yang dia hantarkan walaupun takde tulis tengok jangan tak tengok tu sebab ianya hanya koleksi gambar-gambar santai. So, bolehlah cuci mata sket.

Tapi dengan tajuk yang dia bagi kali ni buat aku semakin excited nak nengok sebab geragau tu sendiri aku tak tahu apa ke bendanya ditambah lagi dengan ayat tengok jangan tak tengok. Mestilah kamu pun teruja nak nengok kan?

Dan bila aku nengok je gambar-gambar tu, terus naik mual aku dibuatnya. Apa taknya, sungguh menjijikkan wa cakap lu. Serius! Ok, malas aku nak cakap banyak, apa kata kamu usya sendiri gambar-gambar tu kat bawah ni. Oh ya, jika kamu adalah penggemar geragau, Wan sangat menggalakkan (YA, sangat menggalakkan) kamu melihatnya sendiri. Boleh kan? (more…)

Diterbitkan pada 25 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Must Read, Picture | Komen: Ada 20 Comments.

Beware! Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sedang disiasat oleh BNM

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd

Ermmm.. Kamu tahu tak akan kewujudan Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd kat Malaysia ni? Kalau tahu baguslah. Tapi kalau tak tahu tu, rajin-rajinkanlah diri kamu untuk meng’google ye sebab aku pun malas nak explain latar belakang syarikat ni since aku tak join pun perniagaan diorang. Huhu.. Yer la, aku promote pun bukan aku dapat apa-apa even apa yang aku buat tak pernah minta dibalas. Tapi kata orang, nak buat baik tu pun agak-agak juga la kan. Hehe..

Ok la. Actually aku tulis entri ni sebab aku baru je dengar dari orang dalam Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd (lepas ni aku tulis Asia Ceramic je la ye) sendiri yang Asia Ceramic sekarang ni dalam siasatan Bank Negara Malaysia (BNM). Tapi aku tak sure samada apa yang aku dengar ni betul atau cuma khabar angin semata-mata sebab sebelum aku taip entri ni, aku dah cari kat Berita Harian dan juga Kosmo tapi tak jumpa berita pasal ni. So, anggap je la yang aku tulis entri ni macam cerita kat kedai kopi je atau mungkin ianya kes terpencil macam siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap minuman kesihatan Goji Guarana (nak baca? klik di sini).

Dan aku juga tak pasti sebab apa BNM perlu membuat siasatan keatas Asia Ceramic ni since perniagaan’nya berasaskan trading dan franchise (tolong betulkan kalau aku silap). Tapi sedari awal lagi aku dah agak ada something yang tak kena dengan perniagaan Asia Ceramic ni atau lebih mudah aku cakap sama seperi pelaburan. Sebab tu aku tak join since aku dah 2 kali ter’kantoi dengan ‘pelaburan-pelaburan celaka’ ni walaupun aku agak tertarik dengan konsep perniagaan Asia Ceramic ni. (more…)

Diterbitkan pada 23 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Information, Must Read | Komen: Ada 88 Comments.

Jom Undi Pulau Sipadan Untuk ‘New 7 Wonders’

Pulau Sipadan

Cuma update ringkas untuk memberitahu korang supaya jangan lupa untuk mengundi Pulau Sipadan bagi melayakkannya tersenarai sebagai New 7 Wonder. Lupakan seketika pasal undi SMS program realiti seperti OIAM dan AF tu kerana ianya hanya membuang duit korang malah langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada negara jika mereka menang sekalipun.

Untuk membuat undian, korang boleh terus pergi ke sini dan klik pada vote. Sesudah itu, isi borang dan lengkapkan tujuh pilihan korang sebelum klik submit. Pilihlah yang mana korang suka atau dalam bahasa mudahnya ‘belasah je’ asalkan Pulau Sipadan adalah pilihan pertama korang.

(more…)

Diterbitkan pada 26 April '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information | Komen: Ada 10 Comments.

5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia

5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia

Dah join contest yang Wan buat kat entri sebelum ni? Jika sudah, bagus la dan semoga tekaan yang korang bagi tu mengena dengan tepatnya. Jadi boleh la korang menyarung t-shirt percuma dari Wan itu. Huhu.. Kepada yang belum sertai lagi tu, jangan sia-siakan peluang yang ada kerana siapa tahu t-shirt yang ingin Wan hadiahkan itu akan menjadi milik kamu. Boleh la bawa waktu main futsal buat lap peluh. Untuk join, korang boleh klik di sini.

Ok, kali ni Wan nak share sedikit pengetahuan am kat korang bagi mengetahui 5 tempat yang paling tercemar di dunia. Walaupun entri nampak sangat tak best, tapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi sedikit input. Dan sebelum tu, Wan percaya setiap orang pasti dan sentiasa mengimpikan tempat aman, selamat serta bersih untuk meneruskan survival hidup di dunia ini. Tetapi tahukah korang yang dunia ini sebenarnya sudah jauh binasa dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. So sad.

1. Chernobyl, Ukraine

Chernobyl, Ukraine

(more…)

Diterbitkan pada 23 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Information | Komen: Ada 24 Comments.

Hukum Valentine’s Day

Hukuk Valentine's Day

Adeh.. Wan tak tahu nak update apa kat blog kesayangan korang ni (sayang ke?). Dah 2 hari Wan fikir dan mencari idea tapi asyik kebuntuan je. Langsung takde sebarang idea best yang sangkut. Takkan nak update pasal ubat gigi yang dah habis atau yang sewaktu dengannya, nanti tak pasal-pasal keluar 1 entri khas kat blog Gadis Lonely dengan tajuk ubat gigi habis di blog blablabla.. Bukankah parah jadinya. Huhu..

Bercakap pasal blog kesayangan, pastinya korang tahu esok adalah hari apa kan? Ya, esok adalah Valentine’s Day atau disebut juga sebagai hari kekasih oleh kebanyakan budak-budak yang baru akil baligh nak belajar bercouple. Jadi tak hairanlah jika kita sebenarnya… (pi baca sendiri). Dan valentine day tak sah kalau tak disambut oleh pasangan kekasih. Betul ke? Seriously, kalau kau beragama Islam, Wan akan muntah depan kau kalau kau cakap macam tu sebagai tanda kau memang seorang yang vunguks.

Wan bukanlah seorang yang terlalu arif dalam bab agama untuk membincangkan mengenai hukum valentine day ini. Tetapi telah banyak sumber yang Wan baca menyatakan yang menyambut valentine day dalam kalangan kita yang beragama Islam (diulang sekali lagi.. yang beragama Islam) adalah haram. Dan jika difikirkan secara rasional, memang ada kebenarannya even ianya sahih atau sebaliknya kerana hukum couple dalam Islam juga adalah haram. See, baru couple sahaja sudah haram inikan pula meraikan hari kekasih.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 13 February '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Muslim, Must Read, Religion | Komen: Ada 21 Comments.