Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Archive for 'Information'

Duit Raya RM1000 Dari Blog Denaihati 2011

DUIT RAYA DARI BLOG DENAIHATI DAN AZIZWAN
*Sekadar gambar hiasan

Kepada yang ada blog tu, jangan tak tahu yang Blog Denaihati ada menyediakan duit raya RM1000 untuk direbut oleh semua. Tapi nak dapat duit raya tu tak la semudah seperti makan kuih raya, ada tugas yang perlu dibuat tetapi taklah sesusah mana. Semua rakan setia Blog Denaihati dari Malaysia sampai ke Russia dan dari Indonesia hingga ke Kanada layak untuk ikut serta cabaran Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger tersebut.

Tugasan yang perlu dibuat mudah sahaja iaitu anda hanya perlu memilih satu entri di Blog Denaihati (mana-mana entri, tak kira baru atau lama) kemudian klik entri lain di Related Post dan klik entri lain di Related Post sehingga anda tidak melihat tajuk entri pertama yang anda pilih tadi dalam senarai Related Post pada entri terakhir yang anda pilih. Faham kan? Ala, senang je kot. Mustahil la tak faham. Untuk lebih lanjut, anda klik saja di sini.

Hasil tugasan, ini yang saya perolehi: (more…)

Diterbitkan pada 27 August '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest, Information | Komen: Ada 2 Comments.

(Gambar) Perbezaan Kicap Cap Kipas Udang Yang Asli Dan Tiruan

GAMBAR PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG

Sape-sape pengemar Kicap Cap Kipas Udang tu, korang kena tengok perbezaan antara yang asli dengan yang tiruan kat bawah ni supaya lepas ni korang tidak terbeli yang tiruan punya. Nanti tak pasal-pasal anda terus boikot Kicap Cap Kipas Udang sebab rasa yang asli dan tiruan sangat jauh bezanya. Maklumlah, ramuan yang digunakan serta cara pembuatannya kan berbeza. Haruslah segala-galanya berbeza.

GAMBAR PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG

Lagi gambar (more…)

Diterbitkan pada 16 December '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Must Read | Komen: Ada 10 Comments.

Blogger – Kenapa anda harus pilih Nuffnang berbanding yang lain

TIPS DAN CARA MENDAPATKAN PENDAPATAN YANG BANYAK DENGAN NUFFNANG

Nak bagi tahu awal-awal yang entri ni hanya sesuai dibaca oleh para blogger yang baru nak berjinak-jinak dengan pengiklanan blog (blog advertising) sahaja. So, yang dah lama tu atau memang tak pernah teringin nak pasang mana-mana iklan kat blog, boleh abaikan. Tapi kalau nak baca juga, lagi bagus kot. Hee..

Ok! Ni aku nak tulis sket kenapa anda harus memilih Nuffnang berbanding blog advertising yang lain yang ada kat Malaysia ni.

Pertama: Aku dah buat perbandingan mengenai tarikh penubuhan antara beberapa buah syarikat blog advertising yang ada kat Malaysia ni dan nyata Nuffnang adalah yang terlebih dahulu wujud iaitu pada tahun 2006 dan sehingga kini masih menjalankan operasinya. So, dari tarikh penubuhan tu jelas yang Nuffnang adalah syarikat yang berjaya. Yer la, kalau tak berjaya takkan boleh bertahan sampai sekarang kan?

Tambahan pula, sepanjang aku kenal dengan Nuffnang, tidak pernah aku dengar komen-komen negatif mengenai mereka. Cuma yang ada, komen-komen positif serta pujian yang melambung-melambung. So, adakah masih sukar untuk membuat pilihan yang bijak?

Kedua: Pembayaran yang agak konsisten dan sangat memuaskan hati. Ada la beberapa kali aku cash out pendapatan Nuffnang aku dan seperti yang dijanjikan mereka (berdasarkan terma – rujuk di sini), bayaran diterima dengan jayanya. Tidak pernah ada bayaran yang tertangguh serta bayaran tidak diterima. (more…)

Diterbitkan pada 3 December '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Nuffnang | Komen: Ada 25 Comments.

Apa Yang Korang Perlu Tahu Mengenai ManggaAd?

ManggaAd

Buat yang masih tak tahu, ManggaAd ni adalah sebuah syarikat pengiklanan yang mana konsepnya sama seperti Nuffnang, Advertlets dan juga Innity (sekadar memberi beberapa contoh) iaitu mereka menyiarkan iklan melalui laman-laman blog. Untuk lebih lanjut mengenai ManggaAd ni, korang boleh usya website diorang KAT SINI.

OK! Aku tulis entri ni sebab nak share sedikit pengalaman aku selama meletakkan ManggaAd kat salah satu blog aku. So, entri ni mungkin dapat membantu korang untuk membuat pilihan yang bijak. Kalau nak baca, teruskan. Kalau tak, Aiman cakap dia tak kisah.

1. Untuk pengetahuan, ManggaAd hanya memberi earning berdasarkan impression dan tidak mengambil kira sebarang klik. Ini bagus untuk blog yang mempunyai ramai pelawat kerana semakin ramai pelawat, semakin tinggilah impression. Tapi untuk blog yang hanya mempunyai trafik ciput, ianya sangat tidak berbaloi. (more…)

Diterbitkan pada 8 October '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Review | Komen: Ada 21 Comments.

Apa yang korang perlu tahu mengenai Facebook

Ada apa dengan Facebook?

Cakap saja Facebook, Wan gerenti kamu semua especially yang sedang membaca entri ni tahu apakah menatang’nya Facebook tu malah Wan juga percaya ada diantara kamu yang sudahpun mempunyai akaun Facebook. Betul tak? Yang belum ada akaun Facebook tu, sila angkat tangan yer. Jadi senang sket Jabatan Perangkaan nak buat bancian nanti. Hahaha.. Gurau je.

Tapi bila ditanya mengenai latar belakang dan motif Facebook ni diwujudkan, sekali lagi Wan gerenti hampir semua user Facebook terutamanya daripada Malaysia tidak mengetahuinya. Dan tidak ‘terlebih sudah’ jika Wan katakan yang mereka tak pernah pun nak ambik tahu. Yang mereka tahu hanyalah add friend, approve request, main farmville dan segala macam yang ada kat FB tu.

Oleh itu, saja Wan tuliskan entri ni untuk berkongsi kepada kamu semua lagi-lagi buat kamu yang masih tak tahu mengenai Facebook ni dengan membaca apa yang Wan sertakan kat bawah ni. Boleh kan? (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 19 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Must Read | Komen: Ada 22 Comments.