Sekadar update suka-suka since takde benda ‘penting’ yang mampu aku kongsikan dengan kamu semua. Huhu.. Tapi aku rasa la kan, entri ni mungkin penting juga kot untuk kamu ambil tahu walaupun entri ni hanyalah entri suka-suka. Tak percaya? Cubalah baca dulu..
Actually, aku baru je beli sepasang One Drop Perfumes versi Celebritie’s Special Set beberapa hari lepas (maybe hari selasa kot) dan dah pun selamat aku terima pada petang semalam sekali ngan hadiah top 1st commentator yang aku menangi kat blog Denaihati (serius, murah rezeki aku kat blog ni) iaitu sebotol Minyak SaudaCare. Thanks kat bro @Zul sebab service yang boleh tahan tip top. Tak sampai 5 hari dah boleh merasa bau One Drop Perfumes. Huhu.. Dan thanks juga kat bro Ilham (dah tau dah nama bro) diatas hadiah Minyak SaudaCare tu. Kalau bermurah hati, hadiah’kan lah lagi yer
Aku beli One Drop Perfumes ni pun just suka-suka je atau dalam erti kata lain sekadar ingin mencuba. Lagipun aku dapat special price, tu yang terus je beli tu. Huhu.. So, saja nak kongsi sket ngan kamu semua apa yang hebat dengan One Drop Perfumes dan Minyak SaudaCare ni, maka lahirlah entri suka-suka ini.
Ada apa dengan One Drop Perfumes?
One Drop Perfumes dihasilkan menggunakan pati minyak wangi tanpa campuran alkohol dan juga air. Ini bermakna, One Drop Perfumes boleh digunakan untuk solat tanpa rasa was-was. Penghasilan kesemua minyak wangi dari One Drop Perfumes ini pula di’inspirasikan daripada jenama antarabangsa dimana setiap kotak mempunyai 8 jenis wangian yang berbeza. One Drop Perfumes menggunakan botol ‘miniture roll on’ bersaiz comel bagi memudahkan minyak wangi dibawa kemana sahaja dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Berikut adalah ringkasan mengenai One Drop Perfumes yang aku salin dari brochure yang disertakan kepada aku: (more…)
Diterbitkan pada 8 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan? Kategori: Health, Promotion | Komen: Ada 23 Comments.
Sekadar update ringkas.. Selepas Wan membaca blog ondscene di entri ini, maka mulai saat ini Wan dengan kacaknya menegah korang daripada meminum GOJI yang kononnya bisa membuatkan si burung kesayangan menjadi kuat dan gagah perkasa.
Ini kerana, daripada apa yang Wan baca dari blog ondscene itu ada menyatakan bahawa serbuk GOJI yang telah diproses itu mengandungi ‘sildenafil’ yang mana ianya adalah bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin iaitu Viagra. What the fish? Patut ler pakcik-pakcik kat kedai kopi cakap benda ni boleh membangunkan si burung yang sedang tidur. Alahai..
Dan untuk makluman, penggunaan dan pengambilan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor adalah sangat bahaya kerana ianya boleh menurunkan tekanan darah serta menyebabkan masalah pernafasan tertahan. Malah ianya juga boleh membawa kesan yang sangat serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut.
Firstly, kepada kaum Hawa yang sedang berada di blog copy paste dan cilok idea orang ni, Wan nak bagi tahu yang entri ini langsung tiada kaitan buat kalian kerana ianya ditujukan khas kepada kaum Adam sahaja. Hahaha.. Tapi kalau akak-akak dan makcik-makcik dah berumahtangga atau bakal mendirikan rumahtangga, apa kata bagitahu kat suami atau bakal suami supaya nengok video kat bawah ni. Tak rugi tau. Hehehe..
Kepada abang-abang dan juga pakcik-pakcik pula, tak kisah la kalian sudah kahwin atau belum, kalian wajib tekan play kat video tu dan cuba lakukan senaman yang abang power tu buat. Wan gerenti ke’power’an kalian yang selama ini tersimpan akan terserlah dengan jayanya. Hehehe.. Tapi persoalannya, mampukah kalian melakukannya? Apa-apa pun, layan la dulu video ni yer..