
Kalau nak diikutkan, semalam lagi Wan nak tulis entri ni. Tapi memandangkan Wan langsung takde mood plus sibuk buat projek secara kecil-kecilan, maka Wan pun simpan je la hajat nak menulis itu. Konon-kononya nak bagi otak ni fresh balik. Susah juga jadi blogger ni ye, nak kena ada mood dan kelapangan masa baru boleh menulis. Huhu..
Semalam, masa Wan mengusha emel Wan dan nak delete emel-emel sampah yang masuk ke peti SPAM, tiba-tiba Wan tak jadi nak delete 1 emel sampah ni bila tengok nama pengirimnya ialah CIMB Bank. Yang lain tu Wan delete je tanpa perlu membuang masa untuk membacanya. Kenapa? Sebab emel-emel itu semuanya datang dari luar Malaysia dan Wan sudah masak dengan emel-emel itu yang kononnya mereka memerlukan bantuan untuk mengeluarkan duit mereka, emel Wan menang loteri la dan tidak ketinggalan juga emel yang mempromosikan viagra. WTF? Wan langsung tak perlukan benda itu OK!
(more…)
Diterbitkan pada 25 December '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Gmail, Google, Information, Must Read | Komen: Ada 12 Comments.

Sebelum kau nak baca entri ini, Wan terlebih dahulu nak maklumkan yang entri ini adalah entri yang ntah apa-apa ntah. Huhu.. Tapi kalau kau ada masa terluang dan nak baca, apa salahnya kau baca dan komen kerana Wan sangat mengalu-alukannya. Ahakz!
Baiklah, jika kau pengguna Gmail, pastinya kau sedia maklum yang Gmail kini telah menambah satu lagi aplikasi pada perkhidmatan emel mereka dimana mereka telah menyediakan tema pada akaun penggunanya. Jika sebelum ini kau cuma nampak latar belakang yang agak membosankan, tapi sekarang kau dah boleh pilih mana-mana tema yang kau rasa menarik buat kau. Dengan adanya tema ini, pasti ianya akan memberi sedikit kelainan dalam keseronokan kau membaca serta menghantar emel. Sambil taip emel, dapatlah cuci mata. Huhu..
Kat bawah ni adalah beberapa jenis theme yang disediakan oleh Gmail untuk dipilih. So far, themes itu sangat menarik dan Wan telahpun menggunakan themes graffiti yang berlatar belakangkan warna hitam itu kerana ianya sangat cool. Hehehe.. Apa yang kau tunggu lagi, pergi la usha cepat.
(more…)

Diterbitkan pada 22 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Gmail, Information, Movie, Website | Komen: Ada 12 Comments.