Archive for 'Fun & Jokes'

Sebelum Wan menulis entri ini, Wan baru sahaja selesai memohon kad tune money secara online untuk keperluan perniagaan Wan di eBay. Sebenarnya Wan mahu membuat kad debit di Public Bank saja tapi jika ada yang mudah kenapa perlu buat yang susah. Ye tak? Lagipun bayaran untuk kad tune money ni taklah mahal sangat, cuma RM9 saja setahun. Ala, apa sangat la RM9 setahun tu berbanding kau topup prepaid kau RM30 sebulan tiap-tiap bulan. Dan apa yang menarik lagi tentang kad tune money ni ialah kita tak boleh guna kad tu kalau takde kredit. Macam prepaid yang kau guna tu. Huhu.. Jadi, kepada sesiapa yang memerlukan kad debit tu, bolehlah apply kad tune money ni dengan syarat kau sudah berumur 18 tahun dan ke atas.
Sebenarnya, Wan masih kekurangan mood untuk menulis di blog ini tambahan pula tiada apa yang penting untuk Wan kongsikan. Dan semenjak Wan buat bisnes eBay ni juga, Wan macam malas pula nak update blog yang sememangnya kekurangan pembaca ini walaupun Wan teringin sangat untuk mengupdatenya. Tambahan lagi Wan sangat ketandusan idea dan tiada informasi baru yang dapat dikongsikan. Tapi demi menghargai kau sebagai pembaca setia yang selalu bertandang ke blog ini (bajet ada pembaca setia), Wan update jugalah blog ini walaupun isinya ntah apa-apa. Huhu..
(more…)
Diterbitkan pada 14 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Entertainment, Fun & Jokes, Video | Komen: Ada 14 Comments.

Jika kau seorang lelaki, sila jangan terkejut jika ramai mengatakan yang sikap kau sama dengan kucing jantan. Maklum sajalah kan, siapa nak sikapnya disamakan dengan haiwan. Tapi pada entri ini Wan akan senaraikan 10 persamaan antara kucing jantan dengan lelaki. So, kepada wanita-wanita di luar sana yang ingin memahami lelaki, Wan sangat menggalakkan supaya kau membaca entri ini sehingga habis. Boleh kan?
1. Kucing jantan suka dibelai
Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke even ibu yang melahirkan. Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembutlah dengan lelaki kerana mereka tidak suka dengan wanita yang kasar.
(more…)
Diterbitkan pada 4 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fun & Jokes, Information, Website | Komen: Ada 20 Comments.

Pertama sekali Wan nak minta maaf kat abang yang kat gambar tu sebab Wan telah menggunakan gambar anda yang sedang tidur itu tanpa izin. Manalah tau anda tersesat ke blog ini. Dan jika anda diberi amaran keras atau dibuang kerja gara-gara bos anda sedang membaca blog ini mungkin, Wan mohon sesangat agar anda tidak mengeluarkan saman kepada Wan. Nanti blog ni tidak berupdate. Hehehe..
Dan gara-gara Wan menggunakan ayat jika benar MLM itu kotor, pasti anda akan mendiamkan diri bukan? di salah sebuah forum, tak semena-mena yang ayat ini dikatakan sebagai ayat provokasi untuk mendapatkan publisiti murahan. Tapi tak mengapalah, benda dah jadi. Mungkin salah Wan juga. Tapi jujur Wan cakap yang ayat itu hanyalah untuk menarik penggiat MLM agar memberi pandangan mereka untuk entri ini. Tiada niat untuk mendapatkan publisiti murahan ok!
(more…)
Diterbitkan pada 15 December '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fun & Jokes, Personal, Tagged | Komen: Ada 11 Comments.

Sebenarnya Wan dah rancang nak update blog ni dengan cerita a.k.a punca mengapa Streamyx Wan tak dapat connect selama 4 hari seperti yang Wan maklumkan pada entri sebelum ini sehingga Wan terpaksa online menggunakan dail-up. Walau bagaimanapun, perancangan itu terpaksa Wan tunda kerana otak Wan sedang berkarat sekarang.
Baiklah, entri kali ini Wan ingin mengajak kau untuk sama-sama membongkar rahsia beberapa keistimewaan motosikal berbanding kenderaan lain. So, jika kau beranggapan bahawa penggunaan motosikal itu sangat terhad dan tidak boleh menandingi kenderaan lain, maka seriously Wan katakan yang kau sebenarnya silap besar.
Jika kau masih tidak percaya dengan apa yang Wan katakan, terpulanglah kepada kau kerana lain padang lain belalang. Sebagai bukti, kau lihat saja gambar-gambar di bawah ini dimana terdapat segelintir pengguna motosikal yang sangat kreatif dan berinovasi tinggi sehingga mampu menjadikannya setanding dengan kenderaan lain.
(more…)
Diterbitkan pada 2 December '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fun & Jokes, Picture | Komen: Ada 18 Comments.

Alhamdulillah, akhirnya streamyx Wan sudah pulih seperti biasa lebih kurang pada jam 4:00 petang tadi setelah 4 hari mengalami sakit yang sukar untuk Wan ubati. Maklum sajalah, Wan ni jenis yang tahu pakai je. Tapi nak godek sana godek sini tu lembab sket. Hehehe..
Sebenarnya masalah ini berpunca daripada ketidaktahuan Wan sehingga menyebabkan ianya sakit. Kalau ada masa, nanti Wan buat entri ringkas apakah punca yang Wan maksudkan. Walau bagaimanapun, Wan masih dengan pendirian Wan bahawa pihak TM yang sebenarnya salah kerana tidak memaklumkannya kepada Wan terlebih dahulu mengenai perkara tersebut.
Baiklah, entri kali ini adalah cerita kosong Wan mengenai Pesta Nelayan yang Wan pergi semalam. Jika kau nak tahu apa itu Pesta Nelayan, bolehlah kau klik di sini kerana Wan kurang arif untuk menjelaskannya. Sebelum kau teruskan membaca, Wan nak maklumkan bahawa di entri ini Wan hanya tuliskan mengenai apa yang tak best dan apa yang best mengenai semalam (satu malam) Wan di Pesta Nelayan tersebut.. Kalau kau nak baca silakan. Kalau tak, Wan tak kisah..
(more…)

Diterbitkan pada 30 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fun & Jokes, Personal, Video | Komen: Ada 17 Comments.