Archive for 'Entertainment'
Selepas melompat keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), kini Adun Changkat Jering iaitu YB Kapten (B) Mohd Osman Jailu telahpun menjadi kaya. Ya, menjadi kaya! Fakta ini dikukuhkan lagi dengan terjumpanya kain rentang seperti di bawah.

Hahaha.. lawak-lawak. Boleh pula ada kain rentang alah tu siap dengan ayat SEKARANG AKU SUDAH KAYA!!. Tak boleh blah langsung.. Walau bagaimanapun, Wan percaya dan yakin bahawa banner itu dibuat bukan atas kehendak beliau tetapi ianya dibuat oleh ‘musuh’ beliau semata-mata untuk menjatuhkan air muka dan juga reputasi beliau akibat tindakannya keluar dari PKR itu. That’s why tertulis sekali adun lompat changkat jering kat banner tu.
Sebenarnya tiada apa yang ingin Wan tuliskan pada entri ini lagi-lagi mengenai politikus yang semakin ntah apa-apa ntah. Cuma gambar kat atas tu aje yang dapat Wan sajikan sebagai hidangan pencuci mata korang. Jadi, layan je la ye dan jangan lupa tinggalkan komen walaupun hanya 1 perkataan sahaja. Hehe..
Oh ya, cakap pasal menjatuhkan reputasi.. tetiba Wan teringat kat lagu dari Bunkface iaitu situasi. Jadi, Wan sertakan sekali lagu situasi di bawah ini dan ianya Wan tujukan khas kepada YB. Jom layan sesama.. (ada lirik juga tau)
(more…)
Diterbitkan pada 15 February '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Entertainment, Fun & Jokes, Picture | Komen: Ada 21 Comments.

Oh tidak! Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Wan selepas melihat akaun eBay Wan di suspend petang semalam. Apa tidaknya, perjalanan eBay Wan sejak kebelakangan ini nampak agak baik dan lancar dengan adanya pembida untuk item yang Wan senaraikan. Dan sebelum akaun Wan di suspend, sudah ada 4 item yang dibida dan bakal terjual. Tapi apakan daya, mungkin bukan rezeki Wan kerana item yang mereka bida itu telah dibatalkan oleh eBay. LOL
Semua ini gara-gara Wan menyenaraikan item yang mempunyai imej superman di mana imej-imej itu merupakan hak mutlak syarikat perfileman gergasi dunia iaitu Warner Bros. Apa punya warner bros, baru gambar pun dah kecoh. Dah imej-imej tu ada kat internet, mestilah orang akan guna. Lain kali simpan elok-elok kat kocek kau sudah la. Huhu..
eBay pun satu gak, tak patut suspend akaun Wan secara mengejut. Sepatutnya bagi la peluang terlebih dahulu untuk Wan padam saja item-item itu. Rujuk polisi? Dah kau tulis dalam bahasa inggeris, manalah Wan rajin nak baca. Lagipun Wan bukan faham sangat bahasa inggeris ni. Kalau setakat yes, no, first, second tu Wan tau la. Hahaha..
(more…)
Diterbitkan pada 19 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: eBay, Entertainment, Personal, Video | Komen: Ada 22 Comments.

Sebelum Wan menulis entri ini, Wan baru sahaja selesai memohon kad tune money secara online untuk keperluan perniagaan Wan di eBay. Sebenarnya Wan mahu membuat kad debit di Public Bank saja tapi jika ada yang mudah kenapa perlu buat yang susah. Ye tak? Lagipun bayaran untuk kad tune money ni taklah mahal sangat, cuma RM9 saja setahun. Ala, apa sangat la RM9 setahun tu berbanding kau topup prepaid kau RM30 sebulan tiap-tiap bulan. Dan apa yang menarik lagi tentang kad tune money ni ialah kita tak boleh guna kad tu kalau takde kredit. Macam prepaid yang kau guna tu. Huhu.. Jadi, kepada sesiapa yang memerlukan kad debit tu, bolehlah apply kad tune money ni dengan syarat kau sudah berumur 18 tahun dan ke atas.
Sebenarnya, Wan masih kekurangan mood untuk menulis di blog ini tambahan pula tiada apa yang penting untuk Wan kongsikan. Dan semenjak Wan buat bisnes eBay ni juga, Wan macam malas pula nak update blog yang sememangnya kekurangan pembaca ini walaupun Wan teringin sangat untuk mengupdatenya. Tambahan lagi Wan sangat ketandusan idea dan tiada informasi baru yang dapat dikongsikan. Tapi demi menghargai kau sebagai pembaca setia yang selalu bertandang ke blog ini (bajet ada pembaca setia), Wan update jugalah blog ini walaupun isinya ntah apa-apa. Huhu..
(more…)
Diterbitkan pada 14 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Entertainment, Fun & Jokes, Video | Komen: Ada 14 Comments.
Terlebih dahulu Wan nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi semua pelajar yang sedang dan akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi terutama kepada pelajar SPM. Wan doakan semoga kalian berjaya. InsyaAllah.
Sejak 2, 3, 4 hari kebelakangan ini, entah kenapa tiba-tiba pula Wan suka dengar lagu dari sang juara Akademi Fantasia musim ke-4. Siapa lagi kalau bukan Faisal Faizal. Sebelum ni Wan dengar juga lagu beliau tapi tidaklah sekerap kebelakangan ini. Asal je masuk youtube, mesti Wan akan taip perkataan datanglah pada kotak search. Dah tu, boleh pula dengar berkali-kali. Tapi Wan minta maaf banyak-banyak sebab Wan takkan beli album beliau walaupun yang cetak rompak. Lainlah kalau beliau sudi memberinya kepada Wan secara PERCUMA.
Dengar punya dengar, sedap juga suara si Faizal ni walaupun Wan tak makan pun suara beliau itu. Ahakz! Handsome pun boleh tahan cuma ada sedikit kerosakan pada muka beliau dengan bekas jerawat. Muka beliau berlubang-lubang. Huhu.. Sorry la ye Faizal sebab Wan cakap macam tu.
(more…)

Diterbitkan pada 6 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebrity, Entertainment, Video | Komen: Ada 3 Comments.