Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Archive for 'Entertainment'

Gambar Que Haidar & Linda Jasmine Semasa Bersosial Bersama Rakan-Rakan

GAMBAR QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE BERSOSIAL

Malas aku nak cakap apa-apa, korang layankan je lah terus gambar-gambar Que Haidar dan isterinya, Linda Jasmine semasa bersosial bersama rakan-rakan kat bawah ni. Itupun kalau nak tengok la. Kalau tak nak tengok boleh abaikan. (more…)

Diterbitkan pada 28 April '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Entertainment | Komen: Ada 7 Comments.

Lawak terlampau Britney Spears

Britney Spears

Hahaha.. tak tahu plak Wan nak start kat mana sebab belum tulis lagi asyik tersengih-sengih je teringat lawak terlampau si Britney Spears ni. Serius, memang mengelikan hati ditambah lagi dengan aksi spontan versi ‘terkejut beruk’nya. Tak tahan wa cakap lu :lol:

Memandangkan Wan tak tahu nak mula macam mana, jadi terus sajalah kepada motif utama yer. Boleh kan? Hehe.. Ok, kat bawah ni adalah video Britney Spears yang dirakam semasa dia membuat persembahan di Mohegan Sun Arena 2 Mei (Sabtu) lepas. Dalam video itu, Britney sedang menyanyikan lagu hit’nya iaitu Womanizer. Layan..

(more…)

Diterbitkan pada 8 May '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebrity, Entertainment, Fun & Jokes, Song & Lyrics, Video | Komen: Ada 8 Comments.

Akademi Fantasia semakin hampeh!

Boikot AF MASUK

Jika korang adalah pengikut setia rancangan realiti TV Akademi Fantasia untuk musim ni ataupun sekurang-kurangnya anda melihat konsert AF7 minggu ke-8 sabtu lepas, Wan percaya yang korang pasti tahu bahawa akan ada AF MASUK setelah pengetua AF7 iaitu Tiara Jacquelina mengumumkannya di akhir konsert selepas Aishah dan Claudia diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir.

Dari awal lagi Wan serta ramai lagi mungkin dapat rasakan sememangnya akan ada AF MASUK apabila Aril yang merupakan pelajar favorite musim ini tersingkir daripada Akademi Fantasia. Jadi tidak hairanlah jika Aril yang akan diserapkan semula nanti kerana sejarah telah membuktikan bahawa pelajar favorite yang telah tersingkir pasti akan mendapat tempat apabila wujudnya AF MASUK. Entah la, apa yang hebat pada Aril pun Wan tak tahu jika benar AF MASUK ini diwujudkan semata-mata untuk memberi peluang kepada Aril.

Tapi yang tak boleh blah (sangat-sangat tak boleh blah sebenarnya), bila pengetua AF7 ‘buat-buat’ terkejut dengan penyingkiran 2 pelajar pada konsert tersebut seraya berbincang dengan orang kuat akademi fantasia yang duduk dibelakang barisan tenaga pelajar sebelum membuat kenyataan mengenai adanya AF MASUK. Kenapa Wan cakap buat-buat terkejut? Apa kata korang usya di sini, mungkin ianya dapat membantu.

Wahai Astro, cukup-cukuplah dengan kejutan bodoh korang ni walaupun Wan selalu mendengar ‘AF tak bermakna tanpa kejutan’. Jika AF2 dulu mungkin kejutan seperti ini releven dan boleh diterima bulat-bulat oleh para penonton kerana pada masa itu nama Akademi Fantasia itu sendiri masih lagi segar sebagai program realiti yang mampu membuatkan penonton teruja untuk tidak ketinggalan mengikutinya.

(more…)

Diterbitkan pada 4 May '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Entertainment, Must Read | Komen: Ada 38 Comments.

Konsert Sure Gegar @ Tawau

Konsert Sure Gegar @ Tawau

Wah! tiba-tiba plak Wan teruja nak promot benda ni walaupun dah sah-sah Wan langsung tak dapat apa-apa bayaran. Wan pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab konsert sure gegar ni buat kat sabah kot. Huhu.. Tapi sayangnya Wan tak dapat nak pergi konsert ni memandangkan Tawau ngan tempat Wan tinggal ni berjuta batu jauhnya. Lagipun Wan takde duit nak beli tiket flight walaupun “now everyone can fly”. Kenapa la penganjur tak buat konsert ni kat KK atau Labuan? Herm..

Macam yang tertulis pada “promotion banner” kat atas tu, konsert sure gegar ni akan dijayakan oleh beberapa indieband yang membuatkan Wan sangat teruja untuk menyaksikannya iaitu Meet Uncle Hussain, Hujan dan juga Harmonika. Oh ya, Aizat pun ada juga kat konsert ni nanti. Arghhh.. Rugi plak rasanya sebab tak dapat nengok indieband ni perform secara live depan mata Wan. Kepada pihak penganjur, korang tak nak jemput Wan ke sebab Wan dah promot konsert ni? Tak dapat pass VIP, pass biasa pun jadilah.

(more…)

Diterbitkan pada 31 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebrity, Entertainment, Promotion | Komen: Ada 10 Comments.

Lagu: Sujud (Mawi Feat KRU)

Sujud by Mawi Feat. KRU

Adeh, tak tahu plak nak update apa kat blog yang super duper popular ni. Yay! Maklumlah, Wan masih dalam mood Maulidur Rasul, jadi takde idea yang masuk. Serius, Wan tak tipu. Hehehe.. Actually Wan nak post pasal lagu Agnes Monica yang kononnya boleh merosakkan akidah tu tapi macam dah terlambat la pulak sebab sana sini dah tulis pasal benda ni. Jadi, kira agak mustahil la kalau korang yang ngaku kaki internet ni tak tau pasal perkara ni.

Cuma apa yang dapat Wan komen, lagu itu sebenarnya tidak bertujuan untuk memesongkan akidah umat Islam secara langsung tapi ianya adalah lagu khusus untuk agama Kristian (Katolik). Cuma penggunaan perkataan Allah sebagai kata ganti bagi tuhan adalah perkara biasa di sana, maksud Wan Indonesia. Tidak kira muslim mahupun non-muslim. Jadi, kita tidak boleh berbuat apa-apa selain memberi peringatan antara satu sama lain supaya tidak mendengar lagu tersebut. Dan Alhamdulillah, Malaysia mengharamkan penggunaan Allah dalam kitab penganut agama Kristian yang ingin diterjemahkan kedalam bahasa Melayu.

Oleh hal yang demikian, daripada korang dengar lagu Agnes Monica tu dan juga lagu-lagu dari seberang, lebih baik korang dengar lagu Sujud yang dinyanyikan oleh Mawi featuring KRU kat bawah ni dan hayatilah bait-bait lirik lagu tersebut walaupun korang tak minat sangat ngan suami Ekin tu kerana bagi Wan secara peribadi, lagu Sujud ini memberi banyak pengajaran dan peringatan yang sangat bermanfaat untuk kita semua. Jadi, jangan kasi lama.. play la

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 11 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Entertainment, Muslim, Song & Lyrics | Komen: Ada 22 Comments.