
Sebenarnya Wan sudah bercadang untuk menulis entri ini pada malam semalam tetapi ianya terpaksa Wan batalkan kerana terlalu banyak perkara yang perlu Wan selesaikan ditambah lagi dengan mood yang sangat takde mood. Dan sekarang ini pun Wan masih juga takde mood tapi melihatkan blog yang masih tak berupdate, Wan keluarkan jugalah saki-baki mood yang ada untuk menekan keyboard laptop acer aspire 4315 Wan ni. Damn! Dan sebelum tu, kalau kau nak merasa duit free, apa kata kau klik di sini.
Ok.. Berbalik kepada entri ini dan merujuk kepada tajuk kat atas tu, Wan nak bagi tau yang berkemungkinan besar Wan tidak lagi akan berniaga di eBay kerana buat sekian kalinya akaun eBay Wan disuspend lagi dan kini atas sebab yang lebih serius. Ini bermakna, Wan mungkin akan disenaraihitamkan dari mempunyai sebarang akaun di eBay. Oh, so sad. Nak je Wan menangis sekuat-kuatnya. Arghhh.. Tapi kata orang, walau apa jua yang berlaku, hidup mesti diteruskan. Semangat kena kuat beb.
Tapi korang tahu tak.. Dalam 2 bulan Wan menjalankan perniagaan eBay dengan teknik yang diajar oleh Sifu Lan melalui ebooknya iaitu Panduan & Teknik Rahsia eBay, Wan telahpun memperolehi pendapatan melebihi RM2 ribu (ya, melebihi RM2 ribu) walaupun ianya Wan lakukan secara suka-suka saja. Baru 2 bulan pertama saja Wan sudah memperolehi lebih RM2 ribu, cuba bayangkan jika Wan mampu bertahan lebih lama lagi, pastinya Wan sudah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan otai-otai eBay yang ada sekarang (impian kena besar bai). Tapi apakan daya, impian hanya tinggal impian kerana eBay telahpun menghalau Wan keluar dari rumahnya.
(more…)
Diterbitkan pada 2 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Business, eBay, Personal | Komen: Ada 30 Comments.

Kau perasan tak yang blog ini tidak berupdate dalam tempoh yang agak lama? Bukan Wan sengaja untuk tidak mengupdatenya tetapi blog ini dilanda sedikit masalah teknikal. Jika kau pernah masuk ke blog ni sebelum ini, kau mesti perasan yang blog ini memaparkan ayat Error establishing a database connection. Sebenarnya, ianya hanyalah masalah kecil buat kau tapi tidak bagi Wan yang masih tidak tahu akan selok-belok cPanel ni. Jika tidak kerana masalah yang melanda, pastinya blog ini sudah mempunyai beberapa entri untuk kau baca. Dan kerana masalah ini jugalah, Wan seakan-akan tidak berminat lagi untuk berblogging dan bercadang akan hanya menumpukan kepada bisnes di eBay. LOL
Ok, kita tinggalkan masalah yang melanda itu dalam lipatan kenangan yang sungguh indah walaupun ianya adalah sebaliknya. huhu.. Berbalik kepada entri kali ini, Wan sekali lagi ingin membuktikan kepada kau betapa seronoknya berniaga di eBay kerana hasil yang kita perolehi kadangkala sangat di luar jangkaan. Dan ini adalah buktinya dimana dengan mousepad yang harganya tidak pun sampai RM10 dipasaran Malaysia, tetapi di eBay harganya mampu melambung sehingga lebih dari RM50. WOW!
Apa, kau tak percaya? Percaya atau tidak itu terpulang kepada kau kerana di sini Wan ada menyediakan 2 screenshot yang Wan ambil dari akaun eBay Wan untuk kau lihat. Sila klik continue reading jika kau ingin melihatnya.
(more…)
Diterbitkan pada 31 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: eBay, Personal | Komen: Ada 30 Comments.

Oh tidak! Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Wan selepas melihat akaun eBay Wan di suspend petang semalam. Apa tidaknya, perjalanan eBay Wan sejak kebelakangan ini nampak agak baik dan lancar dengan adanya pembida untuk item yang Wan senaraikan. Dan sebelum akaun Wan di suspend, sudah ada 4 item yang dibida dan bakal terjual. Tapi apakan daya, mungkin bukan rezeki Wan kerana item yang mereka bida itu telah dibatalkan oleh eBay. LOL
Semua ini gara-gara Wan menyenaraikan item yang mempunyai imej superman di mana imej-imej itu merupakan hak mutlak syarikat perfileman gergasi dunia iaitu Warner Bros. Apa punya warner bros, baru gambar pun dah kecoh. Dah imej-imej tu ada kat internet, mestilah orang akan guna. Lain kali simpan elok-elok kat kocek kau sudah la. Huhu..
eBay pun satu gak, tak patut suspend akaun Wan secara mengejut. Sepatutnya bagi la peluang terlebih dahulu untuk Wan padam saja item-item itu. Rujuk polisi? Dah kau tulis dalam bahasa inggeris, manalah Wan rajin nak baca. Lagipun Wan bukan faham sangat bahasa inggeris ni. Kalau setakat yes, no, first, second tu Wan tau la. Hahaha..
(more…)
Diterbitkan pada 19 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: eBay, Entertainment, Personal, Video | Komen: Ada 22 Comments.

Jika kau pernah membaca entri bermulanya perjuangan di eBay, Wan percaya yang kau pastinya tertanya-tanya bagaimana dengan hasil yang telah Wan perolehi setelah hampir 2 minggu Wan berurusniaga di eBay itu kan? Kalau member YM pula, hampir tiap hari je diorang buzz Wan dan tanya dah berapa income yang Wan dapat sehingga Wan rasa malas nak menjawab. Huhu.. Tapi terima kasih bebanyak la sebab korang juga yang bagi semangat kat Wan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. Nah, 1USD untuk korang. Hahaha..
Memandangkan korang sudah tertanya-tanya dan tak sabar nak tahu berapa sen yang telah Wan dapat, jadi buat pertama kalinya Wan kongsikan kepada kau hasil yang Wan perolehi dari perniagaan eBay ini yang mana ianya bolehlah dikatakan sebagai rezeki permulaan Wan. Alhamdulillah.. Dibawah ini adalah screengrab akaun paypal Wan setelah menerima bayaran dari para pembeli yang mana sebelum ini ianya sentiasa berangka 0. Hehehe..
(more…)

Diterbitkan pada 16 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: eBay, Personal, Tutorial | Komen: Ada 16 Comments.