Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Archive for 'Contest'

2 Sebab Kenapa Aku Nak Kamera DSLR?

CONTEST GADGET IMPIAN DENAIHATI

Jujur cakap, aku segan sebenarnya nak bagi tahu kat umum lebih-lebih lagi kat blog ni kenapa aku ingin mempunyai sebuah kamera DSLR. Tapi disebabkan aku tersenarai sebagai peserta dalam contest gadget impian yang dianjurkan oleh blog denaihati.com menerusi entri yang aku tuliskan sebelum ini iaitu Gadget Impian Aku (Part 1) maka aku perlu menyelesaikan tugas yang seterusnya. So, nak tak nak aku terpaksa bagi tahu juga.

Baiklah, berikut 2 sebab kenapa aku nak kamera DSLR:

1) Ingin berjinak-jinak dengan bidang photography – Seperti yang aku bagi tahu kat entri sebelum ini, dah lama sebenarnya aku nak beli kamera DSLR ni tapi disebabkan kekurangan bajet, aku terpaksa melupakannya seketika dan sampai sekarang aku masih belum mampu memilikinya. Huhuhu.. Aku nak beli sebab aku ingin berjinak-jinak dengan bidang photography sebab bila tengok orang yang ada DSLR ambil gambar dengan DSLR diorang tu, macam seronok je. Hohoho..

(more…)

Diterbitkan pada 19 November '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Personal | Komen: Ada 37 Comments.

Gadget Impian Aku (Part 1)

Gadget impian aku, banyak.. Tapi untuk entri ni aku hanya senaraikan satu sahaja yang mana ianya merupakan gadget yang menduduki carta teratas yang mahu aku miliki terlebih dahulu berbanding yang lain. Dan untuk pengetahuan, dah lama sebenarnya aku ingin memiliki gadget tersebut, tapi apa kan daya, kocek ni manjang je kering. Faham kan maksud aku? Huhu..

Dan gadget yang aku maksudkan itu adalah sebuah kamera DSLR. Ya, kamera DSLR. Tapi model apa, masih belum diputuskan. Cuma dalam perancangan, nak beli Canon EOS 1100D sahaja sebab harganya yang murah. Kalau ikutkan, memang nak beli yang mahal dengan lens yang superb, tapi bak kata orang, sebagai beginner, Canon EOS 1100D sudah cukup memadai.

CANON EOS 1100D
Dapat angkat Canon EOS 1100D ni pun jadilah.

CANON EOS 1100D

Tapi kalau ada bajet lebih, serius aku akan angkat Nikon D90 terus even ilmu photography aku masih zero. Boleh berlajar perlahan-lahan sampai pandai. Jadi bila dah pandai, takdelah menyesal dikemudian hari cakap ‘kenapalah aku tak beli Nikon D90 je dulu‘. Huhu.. Jadi hal plak nak cari buyer untuk let go Canon EOS 1100D tu. Belum masuk lagi bab nak letak harga. Ha3..

NIKON D90

(more…)

Diterbitkan pada 8 November '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Personal, Promo | Komen: Ada 11 Comments.

Samsung Galaxy Sll Untuk Dimenangi

Fuh! Dah hampir 2 bulan rupanya blog ni tak berupdate. Patutlah dah bersawang. Kui3.. Jangan tak tahu, sepanjang tempoh hampir 2 bulan tu jugalah aku tak pernah login blog ni sampai password pun boleh lupa. Dahsyat kan? Nasib baik semua password ada rekod kat ‘buku rahsia’. Huhu.. Dan maaf kat sape-sape yang tinggalkan komen tu sebab baru approve. Duit Nuffnang plak tak payah cakap la, memang RM0 je manjang. Hee..

Baiklah, ini update pertama setelah sekian lama blog kesayangan ramai ni (kesayangan ramai la sangat.. Kui3) tak berupdate dimana aku nak kongsikan kat korang satu giveaway dari Mynewshub (portal yang menghimpunkan berita dan informasi semasa) yang mana hadiah yang ditawarkan untuk giveaway tersebut adalah sebuah telefon pintar (smartphone) Samsung Galaxy Sll seperti gambar kat bawah ni.

SAMSUNG GALAXY Sll UNTUK DIMENANGI

Untuk peluang memenangi hadiah dari giveaway tersebut, apa yang perlu korang lakukan ialah baca artikel ini kemudian kongsikannya. Tapi sebelum kongsi, ada beberapa langkah yang korang perlu ikuti untuk melayakkan anda tersenarai dalam giveaway tersebut. Untuk lebih lanjut, anda boleh pergi terus ke laman ini. Giveaway tersebut akan tamat pada hujung bulan ini, 31 Oktober 2011. Jadi, tunggu apa lagi? Sertai sekarang!

Kalau tak faham macam mana nak sertai atau ada sebarang kemusykilan, boleh tanya kat ruang komen bawah ni dan insyaAllah aku akan jawab ASAP. Atau korang tanya terus kat pihak Mynewshub sebab diorang yang anjurkan giveaway tu. Huhu.. Jangan risau, penyertaan giveaway tersebut adalah percuma. Maksudnya, korang tak perlu keluarkan sebarang sen pun. Hanya tunggu dan lihat adakah anda pemenangnya. (more…)

Diterbitkan pada 22 October '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Advertorial, Contest, Promo | Komen: Ada 1 Comment.

Duit Raya RM1000 Dari Blog Denaihati 2011

DUIT RAYA DARI BLOG DENAIHATI DAN AZIZWAN
*Sekadar gambar hiasan

Kepada yang ada blog tu, jangan tak tahu yang Blog Denaihati ada menyediakan duit raya RM1000 untuk direbut oleh semua. Tapi nak dapat duit raya tu tak la semudah seperti makan kuih raya, ada tugas yang perlu dibuat tetapi taklah sesusah mana. Semua rakan setia Blog Denaihati dari Malaysia sampai ke Russia dan dari Indonesia hingga ke Kanada layak untuk ikut serta cabaran Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger tersebut.

Tugasan yang perlu dibuat mudah sahaja iaitu anda hanya perlu memilih satu entri di Blog Denaihati (mana-mana entri, tak kira baru atau lama) kemudian klik entri lain di Related Post dan klik entri lain di Related Post sehingga anda tidak melihat tajuk entri pertama yang anda pilih tadi dalam senarai Related Post pada entri terakhir yang anda pilih. Faham kan? Ala, senang je kot. Mustahil la tak faham. Untuk lebih lanjut, anda klik saja di sini.

Hasil tugasan, ini yang saya perolehi: (more…)

Diterbitkan pada 27 August '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest, Information | Komen: Ada 2 Comments.

Siapa Lagi Nak Tiket Menyaksikan Perlawanan Liverpool VS Malaysia?

TIKET PERCUMA MENYAKSIKAN PERLAWAN LIVERPOOL VS MALAYSIA

Rasanya korang semua dah tahu lebih-lebih lagi jika korang kipas susah mati Liverpool bahawasanya Kelab Bola Sepak Liverpool (Liverpool FC) akan datang ke Malaysia dalam siri jelajah Asia mereka dan pada 16 Julai nanti akan berlangsung satu perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Liverpool yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dah dapatkan tiket belum? Kalau dah, bagus! Huhu..

Bagi korang yang tak berapa nak cukup bajet tu tapi teringin sangat nak menyaksikan perlawanan tersebut, jangan risau sebab Standard Chartered yang merupakan bank terbesar di Asia yang juga merupakan penaja rasmi Liverpool FC dan perlawan ini telah menawarkan dua tiket untuk dimenangi (untuk 1 pemenang) dan ianya pula untuk 10 pemenang. Pergh! Takkan korang tak nak kot?

Apa yang perlu korang lakukan untuk peluang memenangi dua tiket daripada Standard Chartered itu ialah dengan hanya meninggalkan (lebih tepat memberikan) mesej yang menunjukkan betapa tingginya sokongan korang kepada pasukan Liverpool. Tak kisah sama ada kepada pasukan Liverpool umumnya atau kepada pemain khususnya.

Cepatlah tunjuk macam mana cara untuk memenangi tiket tu?

Benda free, cepat je korang kan? Hahaha.. Ok! ikut langkah-langkah mudah yang aku tunjukkan kat bawah ni.

LANGKAH 1:

Pergi ke website LFC tour dengan KLIK DI SINI

Lepas dah klik, korang akan nampak website tu macam ni.

TIKET PERCUMA MENYAKSIKAN PERLAWAN LIVERPOOL VS MALAYSIA

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 6 July '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Promo | Komen: Ada 2 Comments.