Archive for 'Breaking News'

Semasa Wan lepak kat salah sebuah forum kegemaran Wan, tiba-tiba Wan tertarik dengan satu thread yang bertajuk “Jersi Baru Malaysia“. Dan dengan rasa yang sangat teruja Wan pun klik la thread tu sebab Wan pun nak juga tengok cun ke tak jersi baru Malaysia ni. Kot-kot boleh rembat sepasang kat pasar malam. Ahakz!
*Ada ke jersi Malaysia jual kat pasar malam? Huhu..
Walau bagaimanapun, apa yang lebih mengujakan Wan ialah apabila melihat design terbaru jersi tersebut mempunyai lambang salib (palang secara sopannya) sehingga Wan sekali lagi teruja untuk mepublishkannya di sini. Oh, what the f*ck? Jika kau juga ingin melihat rekaan yang Wan maksudkan itu, kau klik saja continue reading di bawah ini dan berikan pandangan, komen serta pendapat kau mengenainya walaupun kau langsung tidak minat akan bola sepak.
(more…)
Diterbitkan pada 18 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Information, Must Read, Picture, Religion | Komen: Ada 37 Comments.

Saja Wan nak update blog ni cecepat walaupun kau sedia maklum yang Wan ni agak lembab dalam bab update meng-update ni. Sebabnya mestilah Wan tak nak biarkan entri sebelum ni lelama. Malu wei lagi-lagi bila ada yang cakap Wan ni budak lepas UPSR. Fuh, terbakar juga! Takpe-takpe, sabar itu separuh daripada iman.
Ok, kita lupakan itu semua dan kita berbalik kepada entri kali ini. Terlebih dahulu Wan nak minta maaf sesangat sebab letak topik dalam bahasa inggeris dan ianya sedikit kasar. Walau bagaimanapun, topik itu adalah sangat sesuai untuk entri ini.
(more…)
Diterbitkan pada 14 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Must Read, Religion, Video | Komen: Ada 22 Comments.
Ini merupakan entry fast update Wan yang pertama. Wan pun tak tahu kenapa tiba-tiba plak tergerak hati nak posting benda ni. Ahakz! Walaupun ianya adalah entry fast update, Wan harap agar kau membacanya juga.
Pagi tadi masa Wan usha blog kawan-kawan sambil menjenguk blog sendiri, sempatlah Wan pasang TV dan tengok Hot Fm am krew. Ala, radio yang selalu buat panggilan hangit tu. Dengar punya dengar rupanya si Faizal dan si Fara itu minta pendapat pendengar mengenai peraturan larangan merokok di kawasan kaki 3+2=5 kompleks membeli-belah. Best jugalah dengar pelbagai pendapat yang diutarakan. Ada yang setuju dan tak lepas juga yang tidak setuju. Tapi rata-rata bersetuju mengenainya.
Jika kau tanya pendapat Wan mengenai peraturan yang telah diwartakan ini, pastinya Wan juga akan bersetuju. Hal ini kerana, Wan bukanlah seorang perokok sambilan apatah lagi sebagai perokok sepenuh masa. Jadi Wan tak perlu mencari alasan untuk tidak bersetuju akan peraturan ini. Ahakz!
(more…)

Diterbitkan pada 30 October '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Fast Update | Komen: Ada 11 Comments.