Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Archive for 'Breaking News'

Pendedahan ekslusif mengenai Rosmah Mansor

Makin jarang plak aku update blog ni yer.. Masa blog down tempoh hari, sebok tanya bila OK balik. Tapi bila dah sihat balik ni, takde juga updatenya. Huhu.. Entah la, aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kena badi kehilangan mood kot gara-gara blog down tempoh hari tu sampai nak update blog pun kena perah otak bagai. Apa kes?

OK la, malas aku nak tulis panjang-panjang sebab entri ni pun sekadar entri tangkap muat je. Yer la, asalkan blog ber’update katanya. Lagipun, kalau aku tulis panjang2 nanti, entah apa pulak jadinya kan. Korang pun tentulah malas nak baca. So, tanpa membuang masa, korang kena layan video penuh kotroversi kat bawah ni.

(more…)

Diterbitkan pada 14 June '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Must Read, Video | Komen: Ada 20 Comments.

Berhenti Minum GOJI Sekarang!

Goji Guarana

Sekadar update ringkas.. Selepas Wan membaca blog ondscene di entri ini, maka mulai saat ini Wan dengan kacaknya menegah korang daripada meminum GOJI yang kononnya bisa membuatkan si burung kesayangan menjadi kuat dan gagah perkasa.

Ini kerana, daripada apa yang Wan baca dari blog ondscene itu ada menyatakan bahawa serbuk GOJI yang telah diproses itu mengandungi ‘sildenafil’ yang mana ianya adalah bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin iaitu Viagra. What the fish? Patut ler pakcik-pakcik kat kedai kopi cakap benda ni boleh membangunkan si burung yang sedang tidur. Alahai..

Dan untuk makluman, penggunaan dan pengambilan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor adalah sangat bahaya kerana ianya boleh menurunkan tekanan darah serta menyebabkan masalah pernafasan tertahan. Malah ianya juga boleh membawa kesan yang sangat serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut.

(more…)

Diterbitkan pada 18 April '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Health, Must Read | Komen: Ada 41 Comments.

Inikah Anak Gadis Datuk Yusof Haslam?

Anak Datuk Yusof Haslam 01

Sebut saja nama Datuk Yusof Haslam, Wan percaya yang korang pasti akan terbayangkan Gerak Khas. Maklum sajalah kan, nama beliau sangat sinonim dengan siri drama itu. Namun begitu, bukan Wan mahu bercerita mengenai Datuk Yusof Haslam sebaliknya Wan mahu kongsikan beberapa keping gambar anak gadis beliau yang agak “alamak! terlebih sudah” walaupun Wan tau sudah banyak blog yang mem’publish’kan gambar-gambar ini antaranya zon artis dan juga oh artis. So, korang lihat dan pandai-pandai la nilaikan sendiri ye..

Anak Datuk Yusof Haslam 02

(more…)

Diterbitkan pada 4 April '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Celebrity, Picture | Komen: Ada 12 Comments.

5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia

5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia

Dah join contest yang Wan buat kat entri sebelum ni? Jika sudah, bagus la dan semoga tekaan yang korang bagi tu mengena dengan tepatnya. Jadi boleh la korang menyarung t-shirt percuma dari Wan itu. Huhu.. Kepada yang belum sertai lagi tu, jangan sia-siakan peluang yang ada kerana siapa tahu t-shirt yang ingin Wan hadiahkan itu akan menjadi milik kamu. Boleh la bawa waktu main futsal buat lap peluh. Untuk join, korang boleh klik di sini.

Ok, kali ni Wan nak share sedikit pengetahuan am kat korang bagi mengetahui 5 tempat yang paling tercemar di dunia. Walaupun entri nampak sangat tak best, tapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi sedikit input. Dan sebelum tu, Wan percaya setiap orang pasti dan sentiasa mengimpikan tempat aman, selamat serta bersih untuk meneruskan survival hidup di dunia ini. Tetapi tahukah korang yang dunia ini sebenarnya sudah jauh binasa dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. So sad.

1. Chernobyl, Ukraine

Chernobyl, Ukraine

(more…)

Diterbitkan pada 23 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Information | Komen: Ada 24 Comments.

Salam Aidiladha Untuk Semua

Hari ini sudah 7hb.Disember 2008 bersamaan dengan 9 Zulhijjah tahun 1429H. Ini bermakna, hanya sehari sahaja lagi sebelum semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih familiar dipanggil Hari Raya Korban. Oleh hal yang demikian, Wan terlebih dahulu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang beragama Islam. Takut tak sempat. Huhu..

Bila cakap saja mengenai hari raya korban, pastinya ramai diantara kita yang akan melakukan ibadah korban especially mereka yang berkemampuan kerana ibadah ini adalah dituntut dalam Islam disamping memperingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. So, jika kau berkemampuan, masih ada masa untuk kau membeli seekor lembu sebelum tibanya hari esok. Ahakz! Tapi bukankah ibadah korban sah sehingga 13 Zulhijjah. Hehehe..

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 7 December '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Celebration, Muslim, Picture | Komen: Ada 14 Comments.