Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Archive for 'Blog'

Letak iklan Nuffnang cara mudah dengan Nuffnang WordPress Plugin

Cara meletakkan iklan Nuffnang pada blog WordPress self-hosted

Setelah sekian lama blog aku ni tak memberi sebarang effort kat korang, maklumlah asyik dok update dengan entri merapu meraban je, akhirnya dapat juga aku kongsikan something yang tak seberapa kat korang yang mempunyai blog dan memasang iklan Nuffnang. Sebenarnya dah beberapa hari lepas lagi aku nak share benda ni, tapi kemalasan untuk menaip plak menjadi-jadi. Huhu..

Walau bagaimanapun, aku nak minta maaf awal-awal yer sebab apa yang aku kongsikan ni hanya untuk mereka-mereka yang menggunakan blog WordPress self-hosted je. So, korang yang guna blogspot dan what so ever tu, jangan marah ok. Tapi tak salah rasanya kalau korang follow sebab mana ler tau kan esok lusa korang akan guna blog self-hosted juga. Jadi senang nak apply. Tak gitu?

Sebelum aku start benda ni, nak citer la sket kenapa korang perlu buat benda ni. Ok! Salah satunya adalah bagi memudahkan korang kerana dengan memasang plugin ni, korang tak perlu nak pening kepala untuk letak coding Nuffnang bagi memastikan ianya berada pada kedudukan diantara entri terkini dan entri sebelumnya seperti yang dapat korang lihat kat blog aku sekarang ni la. Ini kerana, plugin tersebut secara automatik akan melakukannya untuk anda. Sungguh menarik bukan? Kalau dulu, aku kena tampal coding Nuffnang tu dua kali dimana satu kat Main Template dan satu kat Single Post. Maklumlah, time tu noob giler seh. Huhu.. Tapi sekarang dak lagi setelah menggunakan plugin ni. Muahaha (more…)

Diterbitkan pada 24 January '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Nuffnang, Tutorial | Komen: Ada 37 Comments.

Contest Lekat & Menang untuk korang sertai

CONTEST CLOSED

Duit RM50 percuma

Setelah berfikir bagai nak rak apa aku nak update kat blog ni, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuat contest sebagai entri permulaan di tahun 2010 ni dengan harapan ianya dapat membuka mood aku untuk terus mencurahkan keringat kat blog ni (yo yo oh je) dan mood korang juga supaya dapat terus melayan blog aku yang ntah apa-apa ntah ni. Hehe..

Ok! Contest yang aku buat ni aku namakan sebagai “Contest Lekat & Menang” dan ianya sungguh mudah. Kenapa Contest Lekat & Menang? Teruskan membaca untuk lebih lanjut.

Sebelum apa-apa, aku nak bagi tahu yang syarat utama untuk sertai contest ni ialah korang perlulah mempunyai blog yang berusia sekurang-kurangnya 2 minggu sebab aku tak nak ler korang buka blog baru semata-mata nak join contest ni je then tinggal camtu je. Tak berbaloi la kan? Korang yang takde blog tu, sorry bebanyak yer. Huhu.. (more…)

Diterbitkan pada 7 January '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest, Make Money | Komen: Ada 148 Comments.

Misi gagal dan selamat tinggal 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Hanya tinggal kurang dari 48 jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2010. Ini bermakna, entri ini mungkin adalah entri yang terakhir untuk tahun ni atau dalam bahasa mudahnya entri penutup untuk tahun 2009.

Straight to the point. Misi gagal yang aku maksudkan di sini adalah mengenai cabaran buat duit melalui blog yang pernah aku canangkan sebelum ini. Kalau korang mengikuti blog aku ni sejak 6 bulan lepas, rasanya korang tahu kot mengenai cabaran tersebut.

Ok, kenapa gagal? Sebabnya target untuk mendapatkan RM3k dalam tempoh 6 bulan tidak berjaya kerana semasa entri ini ditulis, aku hanya berjaya mengumpul RM1368.05. Itupun selepas aku cashout earning Nuffnang aku. Kalau tak, memang tak merasa la boleh dapat jumlah tu. Huhu.. (more…)

Diterbitkan pada 30 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 34 Comments.

Hilangnya sebuah semangat seorang blogger picisan

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Aduh, entri ko hilang la.. terlupa nak backup database” Dush! Rasa nak gugur je jantung aku lepas baca ayat tu. Mulanya aku harap apa yang aku baca tu hanyalah gurauan semata-mata tapi bila aku nengok dengan mata aku sendiri, nyata apa yang dikatakan itu benar belaka. Terus je aku jadi tak bermaya dan hampir-hampir sahaja mahu menitiskan air mata. Serius, aku tak tipu.

Bila dah jadi benda-benda macam ni, aku pun dah hilang semangat nak berblogging dan sampai sekarang ni aku masih takde mood nak nengok semua blog aku yang turut sama menerima tempiasnya. Nak update, toksah cakap la. Memang aku dah rasa malas lagi-lagi kat blog aku yang satu tu sebab entri yang hilang adalah entri selama sebulan termasuk komen-komen’nya sekali.

Paling aku terkesan adalah kehilangan komen-komen yang telah diberikan. Bukan apa, aku risau mereka (dan korang juga) yang rajin meluangkan masa memberi komen tu akan fedup untuk terus memberikan komen. Ye la, korang dah banyak luangkan masa dan tenaga also, tup-tup komen korang tu hilang macam tu saja. Mesti korang akan rasa komen yang korang bagi tu sia-sia kan? Namun aku sangat berharap agar korang tak ler macam tu sebab aku percaya yang korang adalah member blogger aku yang ter’best. Betul kan? (more…)

Diterbitkan pada 10 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 27 Comments.

azizwan(dot)com dah berpindah hosting. Yay!

Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

New Hosting

Huh.. Dah lama rupanya Wan tak ngupdate blog ni. Mesti kamu dah bosan masuk blog ni kan? Huhu.. Biasalah, Wan pun tak tahu kenapa boleh jadi lagu tu. Nak kata bz tak juga sebab ada je masa lapang Wan sampai tak tahu nak buat apa dengan masa yang ada tu. Hurm.. Maybe sebab takde benda yang boleh Wan tulis kot. Tu yang buat-buat ingat tak ingat kat blog ni. Huhu.. Kesian kau blog dapat owner yang hampeh.

Okeh! Macam title kat atas tu, Wan nak maklumkan kat korang semua yang Wan sudah berpindah hosting. Ya, berpindah hosting. Jika sebelum ini Wan menggunakan My Online Hoster, tapi kini Wan dah menggunakan Sepaku Hosting. Ini bermakna, blog picisan Wan ni dah dok under Sepaku Hosting. Yeah!

Kenapa Wan pilih Sepaku Hosting? Serius, soalan ni agar sukar untuk dijawab (buat masa sekarang) kerana Wan pun baru je guna hosting ni. Belum pun sampai 3 hari semasa entri ni ditulis. Tak masuk akal la kan kalau Wan cakap hosting ni bagus dan blablabla. Tapi dari review yang pernah Wan baca dari pelanggan yang dah menggunakan Sepaku Hosting ni, Wan percaya bahawa Sepaku Hosting ni adalah antara yang terbaik dalam kelompok terbaik. Faham kan? Oh ya, kalau nak baca review tersebut, kamu boleh baca di sini yer. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Review | Komen: Ada 6 Comments.