
*Sekadar gambar hiasan
Kepada yang ada blog tu, jangan tak tahu yang Blog Denaihati ada menyediakan duit raya RM1000 untuk direbut oleh semua. Tapi nak dapat duit raya tu tak la semudah seperti makan kuih raya, ada tugas yang perlu dibuat tetapi taklah sesusah mana. Semua rakan setia Blog Denaihati dari Malaysia sampai ke Russia dan dari Indonesia hingga ke Kanada layak untuk ikut serta cabaran Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger tersebut.
Tugasan yang perlu dibuat mudah sahaja iaitu anda hanya perlu memilih satu entri di Blog Denaihati (mana-mana entri, tak kira baru atau lama) kemudian klik entri lain di Related Post dan klik entri lain di Related Post sehingga anda tidak melihat tajuk entri pertama yang anda pilih tadi dalam senarai Related Post pada entri terakhir yang anda pilih. Faham kan? Ala, senang je kot. Mustahil la tak faham. Untuk lebih lanjut, anda klik saja di sini.
Hasil tugasan, ini yang saya perolehi: (more…)
Diterbitkan pada 27 August '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest, Information | Komen: Ada 2 Comments.
Kalau korang follow blog ni, confirm korang perasan yang blog ni sudah lama tak berupdate. Kali terakhir aku update sebelum beberapa entri sebelum ini adalah pada 28 Februari 2011. Kalau dihitung kasar, lebih kurang sebulan juga blog ni tak berupdate. Bapak lama tu dan pastinya satu rekod baru untuk blog cap ayam ni. Tapi rekod buruk la. Huhu..
Baiklah, untuk entri ni, saja nak share statistik blog ni sepanjang sebulan tak berupdate tu. Paling tepat, statistik untuk bulan Mac 2011. Kalau sudi, meh la layan. Kalau tak sudi, sudi-sudikan je la yer. Hee..
Statistik 18/03 hingga 24/03 berdasarkan Nuffnang analytics

Statistik 25/03 hingga 31/03 berdasarkan Nuffnang analytics (more…)
Diterbitkan pada 3 April '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog | Komen: Ada 4 Comments.

Rasanya ini adalah kali pertama aku buat review blog sepanjang aku menjadi blogger. Sebab bab-bab review ni aku memang lemau sket. Kalau review biasa-biasa tu boleh la, maksudnya dari apa yang aku nampak dan tahu sahaja. Tapi kalau nak review dari semua aspek terutamanya bab SEO, memang aku failed. Lagipun apa la taraf aku ni nak review blog orang? Blog sendiri pun ntah apa-apa ntah, inikan pula nak review blog orang. Sebab tu aku tak join contest review blog Red Mummy (sorry takde link) sebab dah sah-sah aku takkan menang. Huhu..
OK! Berikut adalah review aku mengenai blog dauspozi.com tu. Dan nak bagi tahu awal-awal la yer yang review ni review biasa-biasa je sebab tak harap pun menang. Just nak share apa yang aku nampak selama aku mengikuti blog Ingat Hijau Ingat Daus tu. Hee (more…)
Diterbitkan pada 18 October '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest, Review | Komen: Ada 23 Comments.

Ok! Ini adalah entri suka-suka je (walaupun korang dah sedia maklum yang kebanyakkan entri kat blog ni memang entri suka-suka, tetap nak bagi tahu juga. Huhu). Saja nak ‘bongkar rahsia’ kenapa aku dah jarang update blog ni. So, bila korang nengok blog ni tak berupdate untuk satu tempoh yang agak lama, automatik korang pun tahu apa sebabnya. Ok lah, kalau korang rajin nak baca, silakanlah. Kalau tak, Aiman kata dia tak kisah.
Berikut antara sebab kenapa aku dah jarang meng’update blog ni.
Idea selalu stuck – Well, ini adalah perkara normal yang sentiasa dialami oleh kebanyakkan blogger dan aku tak terlepas dari mengalaminya. Bila idea dah stuck tu, memang susah nak update blog walaupun banyak je benda yang nak dibloggingkan. Baru taip tak sampai 3 baris, idea dah hilang entah ke mana. Jadi, dari aku buang masa nengok dashboard tu, better aku padam je dan log out. Habis cerita. (more…)
Diterbitkan pada 23 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 13 Comments.

Wah! Lama blog ni tak berupdate yer. Huhu.. Jadi bagi mengelak ianya terus dibiarkan tanpa sebarang update dan sebelum ianya bersawang, ni aku update sket dimana aku nak bagi tahu kat korang 4 sebab kenapa aku suka sertai blog contest. Yer la, kalau korang nengok sendiri kat blog ni, rasanya tak terkira kot dah berapa banyak blog contest yang aku sertai. So, inilah masanya nak bagi tahu kat korang kenapa aku join contest-contest tu. Kalau rajin, jom la baca yer. Hee..
1. Aku nak menang hadiah
Ok! Jujur aku cakap yang point utama aku sertai mana-mana blog contest adalah sebab aku nak menang hadiah. Yer la, siapa tak mahu menang hadiah lagi-lagi kalau hadiah tu baik punya. Misalnya macam contest ni dimana hadiah yang ditawarkan berupa sebuah laptop. Bila dah hadiah gempak macam tu, mestilah nak sertai punya. Sama ada dapat atau tak tu, itu belakang kira.
Dan nak bagi tahu la yang sepanjang aku menyertai blog contest, ada beberapa kali jugalah aku menang hadiah yang besar punya antaranya contest ni dan juga contest ni. Kedua-dua hadiah tu aku dapat dari contest yang dianjurkan oleh tuan punya blog yang semakin hebat dan mantap sekarang ni, siapa lagi kalau bukan DENAIHATI. Makaseh yer bro. (more…)

Diterbitkan pada 17 May '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 32 Comments.