
*Gambar ini saimatkong yang punya
Seteleh lebih kurang 2 bulan menunggu hasil open case mengenai Advertlets yang pernah Wan tuliskan suatu ketika dulu (adeh.. macam lama sangat la pulak bunyinya. Huhu..), akhirnya Wan terima juga bayaran daripada mereka dan bayaran tersebut terus masuk ke akaun bank Wan. Yeah! Terima kasih ya Advertlets sebab korang dah mudahkan kerja Wan. Hehe..
Sebenarnya hari Jumaat tu lagi Wan nak share berita gembira ni (gembira ke?) sebab Wan dah dapat emel daripada mereka yang memaklumkan mereka dah buat bayaran terus ke akaun Wan. Tapi since bayaran yang mereka buat tu belum dibersihkan a.k.a clearance, maka Wan tak berani tak lebih-lebih. Mana ler tau kan kot-kot cakap tak serupa bikin. Huhu..
Bila dah dapat payment dari Advertlets ni Wan pun hairan kenapa ramai yang cakap Advertlets ni tak bayar dan wajib diboikot sampai Wan sendiri pun naik takut dibuatnya. Tapi Wan rasa la kan, mesti ada something yang tak kena sebab tu Advertlets tak nak bayar. Yang ni kena tanya sendiri kat Advertlets sebab Wan takde jawapan untuk persoalan itu.
Atau mungkin juga disebabkan mereka dah kutuk-kutuk Advertlets sebelum bayaran boleh dibuat since Advertlets dah letakkan syarat yang bayaran hanya akan dibuat dalam tempoh 30-45 hari selepas cash out yang dikira bermula dari awal bulan selepas bulan cash-out (faham ke apa yang Wan tulis ni? Huhu). So alang-alang dah kena kutuk, Advertlets pun dah tawar hati nak bayar. Yer la, kalau kena kat Wan pun opkos Wan akan buat benda yang sama. Sape suruh tak berbudi bahasa. Kan budi bahasa itu budaya kita. (more…)
Diterbitkan pada 20 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Advertlets, Make Money | Komen: Ada 20 Comments.

Setelah sekian lama (tak ler lama mana pun) Wan meletakkan iklan Advertlets kat salah satu blog Wan yang tak berapa nak tinggi page impression’nya, akhirnya semalam tercapai juga nilai minimum untuk Wan membuat cash out. Mulanya Wan ingat nak kumpul dulu duit tu sampai beratus-ratus (dapat ke?) baru cash out tapi memandangkan ini kali pertama (YA! kali pertama) Wan boleh cash out duit iklan dari local advertising network ditambah lagi dengan khabar angin yang kurang enak mengenai Advertelats ni, so Wan fikir ada baiknya Wan cash out’kan saja hasil yang Wan dapat tu untuk nengok sejauh mana Advertlets jujur dengan perkhidmatannya. Dan tanpa membuang masa, Wan telahpun membuat cash out sebentar tadi.

tak banyak pun kan?
Berbalik kepada persoalan samada Advertlets membuat bayaran ataupun tak, Wan masih belum ada jawapannya. Tapi sejak Wan mengikuti perkembangan Advertlets ni, terlalu banyak blog (nak tahu blog mana? google ler) yang menulis dan menyatakan bahawa Advertlest adalah scam dimana mereka tidak menerima sebarang bayaran yang sepatutnya mereka terima. Oleh itu, saja Wan tulis entri open case ini untuk melihat sejauh mana kebenaran tersebut. Adakah ianya fakta atau auta semata-mata kerana kalau kita just dengar dan lihat tapi tak mengalaminya sendiri, sungguh tak adil bukan untuk judge yang Advertlets ni adalah scam. So, kita tunggu hasilnya dalam tempoh 2 bulan ini untuk mengetahui apakah jawapannya.
Release tension jap. Antara Nuffnang dan Advertlets, mana yang lebih baik untuk dipilih? Jika soalan ni diajukan kepada Wan yang belum pernah mengalami ‘tragedi hitam’ dengan kedua-dua advertising ni, seriously Wan akan cakap meletakkan iklan Advertlets adalah satu tindakan dan pilihan yang sangat bijak ditambah lagi jika traffik blog sekadar bolehlah macam blog ni. Itu belum lagi kalau blog mendapat impression yang tinggi. Nak dapat RM10 sehari memang no hal lah dengan Advertlets ni. (more…)

Diterbitkan pada 11 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Advertlets, Blog, Make Money | Komen: Ada 40 Comments.