
Tak sangka pulak aku yang Advertlets sungguh baik hati bagi aku produk Dashing For Men. Bagi senyap-senyap pulak tu. Nak buat surprise ke bro Josh Lim? Tapi hari jadi aku lama lagi la. Tiga bulan lagi. Ke ada maksud tersirat yang aku kena fahamkan sendiri? Huhu..
Ok lah.. Sepatutnya benda ni aku dah post’kan semalam. Tapi sebab kamera kehabisan bateri (dah tu bateri simpanan pun takde) untuk ambil gambar, terpaksalah diperam sekejap. Nasib baik tak jadi jeruk. Kui3.. Disebabkan sudah sedikit basi, nak taip entri pasal ni pun aku dah rasa malas. Jadi hanya gambar-gambar sahaja yang dapat aku tunjukkan untuk tatapan korang (beserta sedikit cadangan yang ntah bernas ke tak). Kalau rasa nak layan, silakan. Tak nak layan, boleh duk diam-diam. OK? (more…)
Diterbitkan pada 29 January '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Advertlets, Picture, Review | Komen: Ada 15 Comments.
Diterbitkan pada 4 August '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Advertlets | Komen: Ada 11 Comments.

Ya, memang terlalu ramai blogger yang mengatakan bahawa Advertlets adalah scam dan kalau korang search keyword Advertlets scam kat Google tu, berlambak blog (blogger) yang menulis mengenainya. Kalau korang nak baca satu-satu, silap-silap satu minggu pun tak habis baca kot. Huhu..
Tapi walaupun ramai blogger yang kata Advertlets scam, aku tetap kata tidak (buat masa sekarang). Kenapa? Sebab dari cashout aku yang pertama dulu (rujukan Oh! Advertlets.. Sayang korang) dan cashout-cashout (boleh macam ni?) yang seterusnya, kesemua bayaran diterima dengan jayanya.
Sebagai bukti, korang nengok sendiri koleksi emel pembayaran daripada Advertlets yang aku tempekkan kat bawah ni. (more…)
Diterbitkan pada 30 July '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Advertlets | Komen: Ada 31 Comments.

Ya! Advertlets sememangnya sebuah local advertising network yang boleh dipercayai untuk korang menghasilkan pendapatan daripada blog korang dengan meletakkan iklan mereka. Ini kerana, aku telah menerima payment yang keberapa kali ntah selepas payment pertama suatu ketika dahulu (bunyi macam dah berkurun je. huhu..) yang juga merupakan versi post mortem. So, terima kasih bebanyak kat Advertlets especially kat Josh Lim selaku founder sebab bagi aku duit. Hehee..
Walaupun Advertlets ni boleh dipercayai, tapi (ada tapinya) satu yang aku tak berapa nak berkenan dengan Advertlets ni ialah tempoh yang mereka ambil untuk membuat bayaran begitu lama yang kadangkala membawa ke bulan yang seterusnya (senang cakap, dari 45 hari kepada 75 hari). Dan sebab ni la aku kadang-kadang jadi tak sedap hati dengan Advertlets ni. Yer la, sape tak risau kalau apa yang sepatutnya kita dapat akhirnya jadi angan-angan Mat Jenin saja. Rugi la kan? (more…)
Diterbitkan pada 17 March '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Advertlets | Komen: Ada 34 Comments.

Hahaha.. Rasa pelik pulak. Duit cashout dari Advertlets dah pun masuk ke akaun bank siap Wan dah announce lagi kat sini tapi cek pula baru sampai petang tadi. Tak ke pelik tu? Takkan la depa nak bayar double kat Wan pulak kan? La ni Wan ingat nak cuba tunaikan cek tu, kot-kot depa belum lagi batalkan. Kalau dapat, kan rezeki tu. Hahaha.. Nasib baik kat tempat Wan ni takde bank. So, simpan je la cek tu sebagai koleksi.
Ok la, Alang-alang Wan dah dapat cek dari Advertlets ni walaupun Wan tau yang ianya dah tak laku, so Wan saja tulis entri ni sebab nak buka sket mata para blogger yang selama ni fobia dengan Advertlets ni. At least, mereka akan sedar bahawa Advertlets tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Maksud Wan, Advertlets juga sama seperti advertising network yang lain yang mana mereka akan tetap membayar ‘earning’ kepada publisher cuma masa yang diambil oleh Advertlets ni sedikit lama berbanding yang lain.
Oleh itu, kepada kamu yang baru berjinak-jinak ngan Advertlets ni, Wan nak nasihat sket. Kalau dah berjaya buat cashout pertama, tunggu tempoh bertenang yang depa syaratkan iaitu dalam 30-45 hari selepas cashout. Kalau dah lebih 45 hari tapi status masih unpaid, hubungi Advertlets elok-elok. Tak pun kamu tanya terus kat big boss depa siapa lagi kalau bukan @joshlim. InsyaAllah depa akan reply dengan kadar segera. Lepas tu tunggu la cek sampai ke tangan kamu atau duit akan dimasukkan terus ke akaun. Huhu..
Apa2 pun, kamu baca apa yang blogger kacak ni cakap pasal Advertlets ni (more…)

Diterbitkan pada 21 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Advertlets | Komen: Ada 30 Comments.