Cara mudah mendapatkan pelawat blog

Seperti yang kamu semua sediakan maklum, memiliki sebuah blog yang tiada pelawat pastinya akan menghampakan yang teramat sangat. Itu tidak lagi termasuk dengan entri yang tiada pembaca seperti blog yang sedang anda lihat sekarang ini. Oleh itu, di sini Wan nak share kat kamu dengan satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan trafik. Tapi sebelum tu Wan nak ingatkan yang kaedah ini hanya dikhususkan kepada mereka yang masih terkial-kial mendapatkan pelawat untuk datang bertandang ke blog dan juga kepada mereka yang masih tidak tahu mengenai kaedah ini. Kamu yang dah pro dan dah tahu tu, tahniah Wan ucapkan kerana Wan percaya trafik blog kamu semestinya boleh tahan kan. Huhu..
Baiklah.. Cara mudah yang Wan maksudkan di sini ialah submit setiap blog post ke mana-mana social bookmarking yang wujud di luar sana. Tapi di sini Wan hanya akan kongsikan kepada kamu dengan laman social bookmarking keluaran anak Malaysia since blog kamu pun blog BM je kan. Kalau ada blog BI, berapa kerat sangat ler blogger Malaysia yang tulis blog dalam BI kan? Yang tulis BI tu pun kebanyakkan’nya yang target visitor antarabangsa untuk menjana income adsense. Tak gitu? Huhu.. Dan lagi 1, Wan kongsikan laman social bookmarking keluaran anak Malaysia ni juga adalah sebagai menyahut seruan kerajaan iaitu Belilah Sokonglah Barangan Buatan Malaysia. Hahaha..
Sebelum Wan memberikan link social bookmarking buatan Malaysia yang Wan maksudkan, ada baiknya Wan mendefinisikan (chewah) apa itu social bokmarking secara umum. Jadi, kepada kamu yang masih blur apakah bendanya social bookmarking ni, silalah baca yer. Menurut kamus Azizwan, Social Bookmarking adalah sebuah laman yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menemukan, mengirimkan, menyebarluaskan dan memberikan undian (vote) terhadap sebuah artikel yang dihantar ke laman social bookmarking tersebut. Antara contoh laman social bookmarking paling popular adalah Digg.com, StumbleUpon.com dan juga Del.icio.us
Ok, cukup setakat itu sesi pengenalan entri ini dan berikut adalah laman social bookmarking buatan Malaysia yang Wan maksudkan:
1. Negaraku
2. IMCurtain
Jadi apa yang kamu tunggu lagi? Jika anda belum mendaftarkan diri di kedua-dua social bookmarking yang Wan kongsikan kat atas tu, pergilah daftar sekarang dan mulalah submit mana-mana post yang kamu rasakan ianya sangat berbaloi untuk dibaca ramai. Kalau setakat personal post rasanya tak payah ler kot sebab ianya lebih kepada post suka-suka je kan. Tapi kalau nak submit juga, terpulanglah kan sebab social bookmarking tu pun bukannya Wan yang punya. Huhu..
Semoga cara ini bermanfaat untuk semua. Tapi ingat, cara ini hanyalah sebagai kaedah ke-2 sahaja dan peningkatan trafik yang mendadak adalah tidak dijamin. Apa yang penting, entri yang anda tulis itu ada pembaca sudah memadai. Sekian dan Teehee!


aku dah tak tahu nk update apa bro, tu yg tetiba ngupdate benda ni. saja nk bg tau kewujudan negaraku dan imcurtain tu.. mana ler tau kan boleh dpt royalty sekupang dua. hahaha..



26 Comments to “Cara mudah mendapatkan pelawat blog”