Blog Ini Adalah Blog All In One

Gara-gara Wan mengeluarkan entri ini dan juga ini, ramai (tak ler ramai sangat) yang beranggapan Wan telah mentranformasikan blog picisan ini kepada blog hiburan dan tak kurang juga yang mencadangkan supaya Wan memfokuskan terus kepada blog yang ber’niche’kan hiburan sahaja.
Sebenarnya telah wujud beberapa entri mengenai artis sejak di awal kemunculan blog ini lagi antaranya aksi ning bersama suami dan juga gambar perkahwinan ashraf sinclair. Tapi entah kenapa hanya selepas keluarnya dua entri kat atas tu baru mereka nak kata yang Wan telah melakukan transformasi. Pelik plus hairan seh. Ada sesiapa boleh tolong jelaskan? huhu..
Oleh hal yang demikian, saja Wan tuliskan entri ini untuk memberitahu kepada kamu semua bahawa blog ini sebenarnya tidak pernah memfokuskan kepada niche khusus kerana blog ini hanyalah tempat untuk Wan menuliskan apa sahaja yang ingin Wan tuliskan. Jadi, ingin Wan nyatakan di sini bahawa blog ini adalah blog all in one atau dalam bahasa kurang sopannya iaitu ‘blog sardin’.
Nota kaki: Wan lebih suka bermain dengan keyword berbanding niche kerana niche agak terhad malah memerlukan fokus 100% dan sangat memboringkan



17 Comments to “Blog Ini Adalah Blog All In One”