Beware! Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sedang disiasat oleh BNM

Ermmm.. Kamu tahu tak akan kewujudan Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd kat Malaysia ni? Kalau tahu baguslah. Tapi kalau tak tahu tu, rajin-rajinkanlah diri kamu untuk meng’google ye sebab aku pun malas nak explain latar belakang syarikat ni since aku tak join pun perniagaan diorang. Huhu.. Yer la, aku promote pun bukan aku dapat apa-apa even apa yang aku buat tak pernah minta dibalas. Tapi kata orang, nak buat baik tu pun agak-agak juga la kan. Hehe..
Ok la. Actually aku tulis entri ni sebab aku baru je dengar dari orang dalam Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd (lepas ni aku tulis Asia Ceramic je la ye) sendiri yang Asia Ceramic sekarang ni dalam siasatan Bank Negara Malaysia (BNM). Tapi aku tak sure samada apa yang aku dengar ni betul atau cuma khabar angin semata-mata sebab sebelum aku taip entri ni, aku dah cari kat Berita Harian dan juga Kosmo tapi tak jumpa berita pasal ni. So, anggap je la yang aku tulis entri ni macam cerita kat kedai kopi je atau mungkin ianya kes terpencil macam siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap minuman kesihatan Goji Guarana (nak baca? klik di sini).
Dan aku juga tak pasti sebab apa BNM perlu membuat siasatan keatas Asia Ceramic ni since perniagaan’nya berasaskan trading dan franchise (tolong betulkan kalau aku silap). Tapi sedari awal lagi aku dah agak ada something yang tak kena dengan perniagaan Asia Ceramic ni atau lebih mudah aku cakap sama seperi pelaburan. Sebab tu aku tak join since aku dah 2 kali ter’kantoi dengan ‘pelaburan-pelaburan celaka’ ni walaupun aku agak tertarik dengan konsep perniagaan Asia Ceramic ni.

Ok, kenapa aku samakan Asia Ceramin ni seperti pelaburan? Alasannya mudah.. Kita labur wang banyak ni dan kita dijamin dapat banyak ni. Cuma kaedahnya sahaja berbeza dimana Asia Ceramic ni ada produk dan pelaburan konvensional yang sebelum’nya pula takde produk. Walaupun ada produk, tapi bagi aku secara peribadi ianya tak lebih sekadar mengaburi mata sahaja. Yer la, aku nengok produk seramik diorang pun macam cikai je dan langsung tak setimpal dengan modal dalam RM1k lebih yang dilaburkan. Sebab tu diorang saja buat opsyen ‘jual balik’ sebab diorang sendiri dah tau yang untung lebih penting dari produk. So, no wonder la takde seorang ahli pun yang sertai Asia Ceramic ni ambil produk. Maklumlah, barang-barang tu boleh dapat kat pasaraya dengan harga kurang dari RM300 dan mungkin lebih murah dari itu. Huhu..
Adeh, dah panjang rupanya aku tulis ni so better aku stop sebelum ada orang saman aku nanti. Huhu.. Kalau ada yang rasa tak puas hati kat statement aku ni, ruang komen kat bawah tu sedia terbuka untuk kamu betulkan setiap apa yang aku tuliskan ni. Yer la, aku pun manusia biasa juga dan tak lari dari melakukan kesilapan. Tak gitu? Oh ya, sebelum aku terlupa aku nak ingatkan kepada semua pengedar Asia Ceramic ni agar tidak melakukan sebarang transaksi dan juga tajaan buat sementara waktu sehinggalah berita sebenar dimaklumkan oleh pihak yang terlibat nanti. Kalau nak tahu lanjut, korang call la syarikat dan tanya pasal perkara ni. Kamu yang tak join lagi tu, jangan ngengada plak nak cari nahas. Baik simpan duit tu untuk sedekah kat anak-anak yatim. Kan puasa tak lama lagi. Kalau tak pun sedekah je kat aku. Hehe..
P/s: Kalau ler betul Asia Ceramic sedang disiasat oleh BNM, maknanya akaun semua ahlinya akan dibekukan selama 3 bulan dan dalam tempoh ini juga tiada sebarang transaksi akan berlaku. So, BONUS selama 3 bulan pun takde la jawabnya. Huhu.. Cuma aku boleh cakap, sabar je la ye. Doa banyak-banyak supaya Asia Ceramic sememangnya pada landasan yang betul.
Update: SAH! Bank Negara Malaysia sedang membuat siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan juga anak syarikatnya.



88 Comments to “Beware! Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sedang disiasat oleh BNM”