Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Betul ke boleh buat duit dengan blog?

Buat Duit Melalui Blog

Salam semua.. Pertama sekali jangan tersalah faham dengan tajuk entri aku kali ni ye sebabnya aku tulis tajuk macam tu bukanlah pulak aku nak tulis pasal betul ke boleh buat duit dengan blog atau nak buat review pasal benda ni. Cuma aku nak lakukan sesuatu berdasarkan dari tajuk tu. Nak tahu apa dia? Teruskanlah membaca yer. Hehe..

Macam ni, memandangkan sudah hampir 1 tahun aku ‘menggatalkan’ diri dengan dunia blogging memblogging ni dan sekarang ni plak dah masuk penggal ke-2 untuk tahun 2009, jadi saja aku nak bereksperimen untuk membuktikan betulkah blog boleh menjana pendapatan since sudah banyak ebook yang aku baca termasuklah teknik menjana pendapatan melalui affiliate yang baru aku download beberapa hari lepas.

Selepas membaca eBook menjana pendapatan melalui affiliate tu, entah kenapa aku terus rasa nak cabar diri aku dan dalam pada masa yang sama, aku mahu mendapatkan jawapan samada betulkah boleh buat duit melalui blog atau ianya sekadar ‘marketing strategy’ untuk melariskan produk lagi-lagi yang berkaitan dengan perkataan buat duit melalui blog itu sendiri.

Oleh hal yang demikian, mulai hari ini aku akan update kesemua hasil melalui blog (blog-blog sebenarnya) yang aku perolehi dari semasa ke semasa kat sidebar bawah sekali tu dan sepanjang tempoh cabaran ini aku sasarkan perolehan sebanyak RM3000 dalam tempoh 6 bulan. Ini bermakna, cabaran ini akan berakhir penghujung tahun 2009 ini nanti.

Pendapatan itu pula hanya akan aku ambil kira dari hasil yang melibatkan blog sahaja seperti program affiliate yang aku sertai, belian iklan (adakah?), contest yang melibatkan blog dan segala-gala yang aku fikirkan masih berkaitan dengan blog. Ini bermakna, jika hasil yang aku perolehi tu dari lain2 sumber walaupun ianya masih melalui internet, tidak akan diambil kira.

Namun begitu, adalah tidak adil jika tidak berlaku proses debit dan kredit dalam cabaran ini. Oleh itu, aku akan tambah tolak darab bahagi semua perbelanjaan yang aku gunakan untuk blog ni antaranya bayaran streamyx (dah sah-sah kena bayar RM91.00 setiap bulan), hosting dan domain, serta perbelanjaan lain yang mungkin berkaitan.

Jika sudah berlaku proses debit dan kredit ni (macamlah aku pakar sangat ngan ekonomi), bolehlah kita lihat hasilnya nanti samada +ve ataupun -ve. Memandangkan aku dah tak tahu nak tulis apa lagi dah.. Jadi dengan ini, aku umumkan bahawa cabaran ini bermula dengan rasminya mulai saat ini. Oh ya, korang taknak buat ke? Hehe..

Psstt: Kalau kau tahu kat mana ada contest yang menawarkan wang tunai sebagai hadiah ataupun mana2 program yang boleh menghasilkan fulus (telah disahkan ianya bukan SCAM), jangan lupa roger kat aku yer.

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 2 July '09 - Kategori: Blog, Make Money, Personal

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

56 Comments to “Betul ke boleh buat duit dengan blog?”

02.07.09 at 07:48
Posted by zulfitry.com

well done bro..semoga berjaya hendaknya..tak buat e-book ker bro? boleh la aku jadi co writer ko bro…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

amin.. actually, aku ada gak bercadang nk buat ebook ni tapi segan la plak plus still noob nak create ebook.. lgpun aku tak berapa sure dengan apa yg aku nak share wlpn aku tau ianya sangat berbaloi utk newbie dan separa oldbie. huhu.. neway, bro je la yg buat.. boleh aku join affiliate jika ada :)

[Reply]

02.07.09 at 07:48
Posted by denaihati

pertama terima kasih banner denaihati tu.

kedua aku memang yakin kita boleh buat duit secara online…kalau susah sangat join je clixsense pasti dapat cuma nak kena rajin je…mengelik iklan.

[Reply]

Azizwan™ Reply:

pertama.. sama2 bro. well, janji kena ditepati. betul tak? hehe..

kedua.. yg tu memang aku x nafi tp yg ni aku cuma nk bereksperiman utk blog sahaja. nk tgk boleh tak blog aku ni hasilkan fulus. huhu.. neway, thanks sbb sharing clixsense tu.

[Reply]

02.07.09 at 11:03
Posted by azizan4444

aku sebagai newbie berharap ebook dr ko bro.huuu.
semoga berjaya niat murni anda itu sekiranya berkesempatan.peace

Azizwan™ Reply: Jangan letak harapan besar sangat kat aku bro.. nanti aku gila siapa susah? korang juga kan.. hahaha.. anyway, semoga ianya kesampaian juga. insyaAllah.

[Reply]

02.07.09 at 11:13
Posted by tashabella

uitzz..udah tukar tamplate baru upanya..setahu aq memang blog ni le wat duit kalau tahu caranya..cam aq ni wan kurang arif sikitlah bab membuat duit di blog ani..ko tu untung pun inda lanja aq jua hihihi

[Reply]

Azizwan™ Reply:

hahaha.. dah 3 hari dah pun aku tukar. tu la, siapa la yg nak masuk blog aku ni tiap hari kan? sebab tu lps 3 hari baru tau aku dah tukar theme. huhu..

sbb tu la aku buat eksperimen ni coz nak tgk cara mana yg betul utk hasilkan duit dr blog skaligus bolehlah aku improved segala skill yg ada (adakah? huhu..)

psstt.. bila plak aku untung ni? :)

[Reply]

02.07.09 at 13:03
Posted by zelo55

ko mesti bleh bro…
ak knal ko dr dulu sebagai otaimer…
mesti boleh punyelah..
go bro go!

Azizwan™ Reply: adeh bro.. jgn panggil aku otaimer since aku masih merangkak-rangkak lg ni ha.. apa itu IM pun aku masih blur inikan pula nak digelar otaimer.. jauh panggang dr api la bro. huhu.. anyway, thanks a lot 4 the supporter :)

[Reply]

02.07.09 at 18:07
Posted by zool

Hm.. boleh kot.. apahal pun selamat mencabar diri sendiri.. insyallah berjaya.. eh yang aku puji ko je .. diri sendiri tak berjaya lagi,…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

insyaAllah.. anyway, bro pun boleh juga tu.. yg penting sabar + usaha sbb tak berjaya skrng tak bermaksud takkan berjaya utk selama-lamanya kan.. apa yg penting, kerjasama. hehehe..

[Reply]

02.07.09 at 18:41
Posted by zul

bagus bro.. aku pula sekarang ni tengah buat ujikaji boleh ke buat duit dengan twitter.. tricky jugak sebenarnya.. kalau tersilap buat jadi scammer/spammer…

Azizwan™ Reply: bunyi’nya mcm menarik.. nanti jgn lupa share keputusannya yer. excited juga nk tau ni. huhu..

[Reply]

03.07.09 at 07:28
Posted by izzat aziz

gud luck bro.. baguslah start blog bukan kerana duit.. sebab ramai orang yang menulis blog kerana duit lepas tu biasanya bila nampak takde hasil terus berhenti.. tak syok ah gitu.. yang utama kita enjoy berblog.. pahtu income tu akan tercipta sendiri serious.. :grin:

[Reply]

Azizwan™ Reply:

thanks bro. anyway, apa yg bro ckp tu memang ada betulnya dan aku totally agree.. tp dlm enjoy2 berblogging tu biarlah boleh membuahkan hasil, tak byk sikit pun jadilah. baru tambah syok utk terus ber’blogging. hehehe..

[Reply]

03.07.09 at 08:16
Posted by stop dreaming start action

wah sudah banak donk dapat duitnya, jangan lupa traktir kita makan yah

[Reply]

03.07.09 at 08:25
Posted by Mr.Bintang

wahh.. siap meter kat sidebar.. nak target weyh? joom.. aku pun nk wat gak.. tp camne eyk nak wat blog yg boleh kuarkan duit? huhuhu.. kebanyakan yang aku jumpa… Affiliate, IM, dan teknik² yg ntah pape.. x yah gtau pun aku tau.. hahaha..

tp tu la.. smua tu aku dah muak.. maybe aku ni dungu lagi bab tu n malas nk teruskan.. sbb nmpk mcm x de makne buat smua tu.. gile lah..

baik aku cari wet paki nuff.. masalahnya.. siapa je dtg blog aku… hampeh.. x kan nak tambah satu lagi blog bab artis yg smmgnya popular skrg ni.. dah berlambak dah…

hurmmm… niche ape nak wat agi eyk? smua dah kene conquer.. siot.. hurmmm……………

[Reply]

Azizwan™ Reply:

hahaha.. saja aku buat tu bro sbb nk tgk brapa yg aku dpt. yer la, hasil yg aku dpt sblm ni smua hilang mcm tu je. that’s mean aku tak tau byk mana aku dpt dr blog ni. huhu.. jd lps ni boleh la aku catat brapa2 yg aku dpt. yay!

byk cth blog yg boleh hasilkan fulus slain yg bro sebut kt atas tu. msalnya dr bakat ‘graphic editer’ yg bro ada tu. takkan bro masih x nmpak peluang yg dah terhidang dpn mata? malah boleh bg pulangan yg lumayan setiap bulan. hehe..

nuffnang aku pun sama gak, tak berapa nak jalan.. newbie yg blogging tak smpai 6 bulan plak dah boleh cashout diorg punya komisyen. huhu.. apa2 pun, aku cadangkan bro buat blog yg bernichekan PORNO. hahaha. lari..

[Reply]

03.07.09 at 09:11
Posted by catzer

Good luck itu jerk yg aku boleh ckp :D

Pastikan ko punya target tu dlm masa beberapa bulan min 3 bulan konsistent develop content dan generate traffic. money will flow to your account soon. :mrgreen:

[Reply]

Azizwan™ Reply:

insyaAllah catzer..

thanks 4 advice.. anyway, yg tu aku dah set sbagai sasaran aku. mklumlah, content dan trafik itu penting supaya duit itu bisa mengalir ke akaun dgn lancarnya. hehehe.. jd utk itu, i will do my best about it to get it. ahakz :)

[Reply]

03.07.09 at 11:11
Posted by Adry

Aku blogging just for fun… ada duit nuffnang untuk bayar hosting tiap tahun… tu jer..

[Reply]

03.07.09 at 11:46
Posted by buaya

salam ziarah..
dijemput menjadi follower sy yer..

[Reply]

03.07.09 at 22:15
Posted by Khai

Woot.. nice dude.. good luck to you… ala 3k je wan.. u can do it lah kan…. insyaAllah

p/s: dgt cakap “catzer” tu.. :grin:

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Khai: insyaAllah.. tp klau stakat dr blog je, memang susah nk dpt angka tu even tempohnya 6 bln. lainlah cam blog ko. huhu.. apa kata ko bg aku letak ads adsense aku kat semua oh oh kau tu. yay!

p/s: itu sdh pasti :)

[Reply]

03.07.09 at 22:47
Posted by keiroro

hohoho….

rm 3000 target dlm masa 6 bulan….

boleh ke ?

hopefully capai sasaran tu… gud luck!

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@keiroro: boleh tak boleh tu blakang kira sbb rm3k ni pun just target je. kalau tercapai, alhamdulillah.. kalau tak. nk buat mcm mana kan? maybe ‘buat duit dengan blog’ itu dgn sesuai utk aku. huhu..

anyway, insyaAllah and thank you so much..

[Reply]

04.07.09 at 09:50
Posted by rohaizad

Kalau nak diikutkan, memang boleh sebab blogging kini bukan seperti apa yang kita lihat pada 6-7 tahun yang lepas.

Yang penting, kita tahu di mana hendak “mengorek” lubuk duit lebih-lebih lagi di medan blogging antarabangsa.

:arrow: Kisah Kejayaan yang mungkin boleh motivasi kita semua.

Good luck Aziz!!! :D

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@rohaizad: thanks for sharing bro.. actually, blog bro menjadi salah 1 blog rujukan aku mengenai buat duit secara online ni lg2 yg berkaitan dgn blog :D

[Reply]

04.07.09 at 14:44
Posted by kisahsensasi

kalau minat dalam dunia blogging….boleh blajar personal coaching ngan bro rohaizad….

[Reply]

06.07.09 at 07:48
Posted by mohdhafizulfarid

nanti bila ko dah success dah dapat duit tu, leh ar ko tolong aku lak.aku dari dulu nk try buat duit dari blog.

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@mohdhafizulfarid: aku pun masih dalam fasa study lg ni bro.. nk tgk cara mana yg betul utk buat duit dr blog ni. apa2 pun, kalau betul dah sukses, insyaAllah aku akan tolong sesiapa sahaja yg memerlukan pertolongan. yay!

[Reply]

06.07.09 at 16:40
Posted by pear

pergghhh…bole la ko ajar aku yek…aku tak brapa pandai bro

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@pear: hahaha.. aku pun baru nak belajar bro inikan pula nk ajar org pulak.. nanti jd mcm ketam mengajar anaknya jalan lurus, siapa yg susah.. bro juga yg susah. huhu.. apa2 pun, sama-samalah kita try and error. kalau berhasil, baru kita kongsikannya. boleh kan?

[Reply]

06.07.09 at 23:23
Posted by acadterror

semoga berjaya dan jgn lpe kongsi2 ilmu bile dah bejaye ye :D good luck

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@acadterror: eh, acad kan dah terror sbb tu org panggil acadterror kan? hehehe.. gurau je. apa2 pun insyaAllah aku akan kongsikan sbarang ilmu yg aku dapat dr eksperimen ni dan terima kasih atas ucapan pembakar semangat itu.. semoga bro pun akan berjaya juga dlm segala hal.

[Reply]

08.07.09 at 09:19
Posted by mangkuk.com

:neutral: :smile: salam tuan tanah…kamo sht? thanks for share maklumat ni…terer la kamo bro… semoga kamo berjaya di mana jua kamo berada… selamat

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@mangkuk.com: salam.. alhamdulillah, aku sihat je.. anyway, ur welcome and good luck to you too :)

[Reply]

10.07.09 at 14:32
Posted by friendly

cuma satu jak teguran aku nih….
blog ko ni aku tengok 100% berbahasa melayu…
so, paham2lah tentang penggunaan google adsense tu yer..
untuk mengelakkan akaun google adsense ko tu kena banned, pengunaan google language adalah tidak di galakkan….
sekian…. :grin:

Azizwan says: terima kasih atas info to bro (aku agak je laki), aku hargai sangat2

[Reply]

[...] aku dengan mendapatkan report dari Justin Michie ini. Sekurang-kurangnya dapatlah aku mencapai target aku untuk menjana pendapatan melalui blog picisan aku ni. Dan kepada kamu yang ada akaun paypal tu, [...]

25.07.09 at 13:17
Posted by borzack

memang boleh sangat buat duit dgn blog. pendapatan blogging aku tahun lepas (walaupun baru setahun lebih berkecimpung) cecah US5,000++ ok la tu kan :)

[Reply]

28.07.09 at 16:09
Posted by boss

rm3000 dalam 6 bulan.. he he.. boleh.. sapa kata tak boleh..
aku sendiri dah buat lebih rm3000 SEBULAN.. aku sekrang target nak dapat rm10000 sebulan pulak.. jum join ilmu2 yg aku akan bagi kat http://www.hujanbatu.com

[Reply]

Azizwan™ Reply:

gilos, rm3k sebulan hanya dr blog.. byk siot.. ni memang dah tahap terer yg teramat sangat ni. taknak share ilmu ke since aku nk dpt rm100 sbln pun payah? hehe :)

[Reply]

boss Reply:

Hasil berkat usaha.. sendiri.. dan rajin membaca.. tapi aku bukan nak eksen la.. semua ni aku blajar sendiri.. takde tok guru pun.. google sana sini.. kena rajin.. beb kalau nak listkan banyak sgt la beb.. ko rajin2 la gi blog aku tu.. http://www.hujanbatu.com dan subscribe RSS dia ok..

Tapi aku tgk ko dah ada permulaan yg baik.. tgk dah ada pun blog dot com ko sendiri.. dah ada iklan2.. ada adsense.. dah hebat gak ni.. Nasihat aku banyakkan membaca.. info2 buat online income dari internet ni..

Ok tip utk ko aku sesuaikan dengan blog ko ni.. iklan sidebar tu ko gantikan dengan 125×125 punya size.. letak sepuluh tempat.. RM10 satu kali sepuluh dah.. seratus dah.. amacam ok?

[Reply]

[...] terlupa.. Pada bulan lepas aku dapat hasilkan income berjumlah RM265.00 hanya melalui blog untuk experiman aku. Banyak tak banyak tu kamu tentukan sendirilah yer since aku bukannya pakar pun bab-bab buat duit [...]

14.08.09 at 23:00
Posted by Precious

Uhhh … haku baru masuk program wang masyuk Dana Raya .. Ko pernah dengar? 3, 4 kawan blogger haku kata mereka dapat pulangan berganda (lebih dari berganda). Modal RM5 jer … tapi leh dapat puluh2 or ratus2, ribu2 haku belum dengar … jenguk ler blog haku kalu nak tahu lebih lanjut. Haku tak pernah dapat duit banyak2 dr blog (Nuffnang ada ler 7, 8 hinggit) … Haku harap yg ini menjadi … Amin!!

[Reply]

28.08.09 at 16:14
Posted by nuaeman

Jemputlah masuk contest di blog aku semasa Ramadhan ni.. hadiahnya taklaa banyak mana.. cuma kalau ko berminat.. bolehlah join :)

salam singgah

[Reply]

06.09.09 at 22:01
Posted by gudluck

gud luck la yer… aku pon nak buat blog gak nnti. nnti bole tukau2 link yer.. gudluck.com ok ke?

[Reply]

30.09.09 at 15:03
Posted by Adney

x silap aku sikit mase lagi Aku nak wat contest kot… X taw la… Cube tanye die……

[Reply]

19.10.09 at 04:03
Posted by hamran

cuba tengok yg ni ok ke program cari duit
http://kliks.my/emyjuita

[Reply]

17.12.09 at 12:32
Posted by arrizz

dah dwld ebook tue..nak try laa wt duit gne blog ne..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@arrizz tahniah dan semoga berjaya.. yg penting, kena usaha. hehee..

[Reply]

[...] to the point. Misi gagal yang aku maksudkan di sini adalah mengenai cabaran buat duit melalui blog yang pernah aku canangkan sebelum ini. Kalau korang mengikuti blog aku ni sejak 6 bulan lepas, [...]

07.02.10 at 12:43
Posted by imran

Terima kasih di atas entri yang menarik ini. Kena banyak mencari ilmu mengenai perkara ini

[Reply]

13.04.10 at 11:22
Posted by mat

kompom .. mmg boleh buat duit dengan blog tiada keraguan .. cuma persoalanya bagaimana? :D

[Reply]

10.05.10 at 23:12
Posted by Mr ProPiTo

memang blog boleh buat duit, dulu saya tak tahu benda ni. harapkan Nuffnang sahaja yang 1 bulan dapat only 50.. adoi.
sekarang ni kalau kita tahu ape keperluan alam maya dan mempergunakan peluang.. kita akan lihat pendapatan melalui blog.. :)

bagus la azizwan, best review kamu memaparkan tentang benda ni.. memang boleh jana duit dengan blog, cume kita kena pandai dan rajin menkaji
*Entri terbaru kat Mr ProPiTo´s blog: Contest Review Blog Zon Bebas My ComLuv Profile

[Reply]

28.06.10 at 13:12
Posted by syuk

salam ad wat blog tapi xpenah dpt income pom

[Reply]

23.07.10 at 21:13
Posted by Rabia Sensei

Bersemangat lak dsys bila baca impian buat duit dengan blog. Asalnya saya dulu buat blog sebab personal. Then, lepasa tu for fun. Tapi bila dah dengan nuffnang, oklah, dapatlah gak sikit. hehe. Good lucklah! samal2lah kita yerk
*Entri terbaru kat Rabia Sensei´s blog: Tips Menarik Dari Johan Raja LawakMy ComLuv Profile

[Reply]

01.09.10 at 18:21
Posted by intanberlian

hmm menarik.. banyak gila dapat eh.. duit raya =D
*Entri terbaru kat intanberlian´s blog: Akibat terkena sumpahan ibu- sengsaranya aku bagai nak tercabut ajal!My ComLuv Profile

[Reply]








CommentLuv Enabled