Berhenti Minum GOJI Sekarang!

Sekadar update ringkas.. Selepas Wan membaca blog ondscene di entri ini, maka mulai saat ini Wan dengan kacaknya menegah korang daripada meminum GOJI yang kononnya bisa membuatkan si burung kesayangan menjadi kuat dan gagah perkasa.
Ini kerana, daripada apa yang Wan baca dari blog ondscene itu ada menyatakan bahawa serbuk GOJI yang telah diproses itu mengandungi ‘sildenafil’ yang mana ianya adalah bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin iaitu Viagra. What the fish? Patut ler pakcik-pakcik kat kedai kopi cakap benda ni boleh membangunkan si burung yang sedang tidur. Alahai..
Dan untuk makluman, penggunaan dan pengambilan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor adalah sangat bahaya kerana ianya boleh menurunkan tekanan darah serta menyebabkan masalah pernafasan tertahan. Malah ianya juga boleh membawa kesan yang sangat serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut.
Oleh itu, andainya korang adalah antara mereka yang mengedarkan produk ini, Wan berharap agar korang berhenti seketika daripada mengedarkannya walaupun Wan tahu ianya sesuatu yang sukar untuk diterima. Tapi demi kebaikan semua, anda telahpun berjasa sebenarnya. Dan yang masih lagi terhegeh-hegeh dok cari benda alah ni, sudah-sudah la. Burung kalau dah lama terbang pandai gak berhenti rehat bang oi. Jadi, faham-faham saja la yer.
Untuk lebih lanjut mengapa korang perlu berhenti drpd mengambil minuman ini sekarang, bolehlah membacanya di sini.
Nota Kaki: Kes mengenai GOJI ini masih dalam siasatan dan penulis cuma menyarankan kepada orang ramai supaya tidak mengambil minuman tersebut selagi ianya tidak disahkan bebas dari sebarang kandungan ‘sildenafil’ dan dimaklum selamat dari pihak berwajib. Harap maklum!



48 Comments to “Berhenti Minum GOJI Sekarang!”