Beraya Gaya Mamee
Semasa entri ini ditulis, hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi seluruh umat Islam di Malaysia especially akan berpuasa dan sesudah itu pastinya kita akan menyambut kedatangan Syawal pulak. Ketibaan 1 Syawal pastinya hari yang penuh bermakna buat kita semua kerana ianya sebagai tanda kemenangan kita setelah sebulan berpuasa.

Bercakap mengenai Syawal (raya ler), Wan percaya yang kamu semestinya mahu ianya disambut dengan meriah malah mahu pintu rumah dibuka seluas-luasnya untuk mengalu-alukan kunjungan tetamu lebih-lebih lagi buat sanak-saudara yang jarang bersua-muka dan tentunya rakan-rakan.
Tahun ini, kamu mungkin akan merasai lebih kemeriahan menyambut Syawal dengan Beraya Gaya Mamee bilamana kamu berpeluang untuk membuat Rumah Terbuka yang mana ianya akan dijayakan oleh Mamee Sllrrrp. Segala hidangan untuk Rumah Terbuka itu nanti akan disiapkan sepenuhnya oleh Mamee untuk lebih 100 tetamu. Wow! Meriah tu.
Dan apa yang lebih menarik dengan Rumah Terbuka itu nanti, ianya turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang selebriti antaranya Mila (juara AF5), Hafiz (juara AF7), Aril (naib juara AF7) dan barisan penyampai radio Era. Fuh, gerenti havoc la Rumah Terbuka tu nanti dan Wan pasti Beraya Gaya Mamee tersebut akan menjadi-jadi.
Untuk merasai kemeriah raya yang dibawakan oleh Mamee ini, kamu hanya perlu menghantar sebanyak mungkin e-kad yang disediakan oleh Mamee kepada sesiapa sahaja yang anda kenali. Dengan ini, kamu mungkin akan dipilih sebagai pemenang sekaligus dapat Beraya Gaya Mamee bersama Mamee. Jadi, apa yang kamu tunggu lagi? Hantarkan e-kad Mamee kamu sekarang!
Bagaimana untuk menghantar e-kad?
Untuk menghantar e-kad daripada Mamee ini sungguh mudah dan dibawah ini Wan sediakan step by step ringkas yang boleh kamu follow. Don’t worry la, kat web tu nanti pun ada gak depa tunjukkan macam mana nak hantar e-kad ni. Tak caye? Try ler usya. Hehe..
Ok! Pertama sekali kamu pergi ke http://www.rayagayamamee.com.my/ dan kamu akan nampak page website tu seperti kat bawah ni.

Kemudian, klik pada Mulakan kemeriahan! jika kamu sudah bersedia untuk menghantar e-kad raya kamu kepada teman-teman. Dah klik, kamu akan dibawa ke page berikut:

Sebelum bermula, kamu perlu daftarkan diri terlebih dahulu supaya mudah pihak depa untuk berurusan dengan kamu. Mana ler tau kan, kot-kot rezeki kamu. So, tak ler Mamee nak susah-payah cari nama kamu kat Yellow Page. Itupun kalau ada. Kalau takde? Hehe.. Kalau sebelum ni kamu dah daftar, terus je Log Masuk.
Sesudah itu, kamu boleh pilih mana-mana koleksi e-kad yang mereka sediakan. Samada kamu nak e-kad tradisional ataupun yang bermuzik, it’s up to you kata orang putih. Tapi lagi unik, lagi special la kan. Hehe.. Kat bawah ni antara e-kad yang mereka sediakan:

Dah pilih e-kad, buatlah ucapan Hari Raya dengan gaya kamu yang tersendiri. Sesudah itu, klik Teruskan.

Dan langkah yang terakhir adalah menghantar e-kad tersebut kepada teman-teman. Untuk menghantarkan kad tersebut, kamu perlu mengisi nama dan emel penerima pada ruang yang disediakan. Selain itu, kamu juga boleh muat-turun buka alamat pada emel kamu jika mahu menghantar kepada lebih dari 7 penerima.

Bila dah puas hati, klik ler button Hantar tu dan selesai! Apa-apa pun, Wan dah hantar, korang bila lagi?
Rumah Terbuka akan ditaja oleh Mamee dengan kerjasama Radio ERA pada 3 Oktober depan. Musim raya kamu pastinya akan menjadi lebih bermakna dengan adanya bintang-bintang Akademi Fantasia yang akan turut memeriahkan rumah terbuka tersebut.
Hadiah Khas Untuk Blogger Nuffnang
Jika kamu adalah blogger Nuffnang (yang berstatus glitterati kot), kamu juga berpeluang untuk memenangi RM300 dengan hanya berkongsikan kemeriahan Beraya Gaya Mamee ini dengan pembaca blog kamu. Ianya telahpun bermula pada 7 September lepas dan akan berakhir pada 18 September 2009.
Untuk layak memenangi hadiah tersebut, hantarkan seberapa banyak e-kad kepada rakan-rakan anda. Caranya, rujuk langkah di atas. Sesudah itu, tuliskan pengalaman tersebut di blog anda dengan subjek “Beraya Gaya Mamee”. Bila dah selesai, hantar emel ke rayagayamamee@nuffnang.com dan sertakan permalink entri kamu itu.
Lebih lanjut, sila KLIK DI SINI



12 Comments to “Beraya Gaya Mamee”