Beginilah nasib dirimu yang malang oh kembara

Just a rush entri.. Tadi pagi aku follow ayah aku pergi urus dia nyer insurance claim sebab aku nak nengok keadaan kereta kembara dia yang konon’nya rosak teruk akibat kemalangan yang berlaku pada Jumaat lepas (24. Julai 2009).
Macam pernah aku cakap kat entri sebelum ni, kemalangan tersebut disebabkan oleh ketidak-terer’an si peminjam membawa kereta power stering. Tapi punca kemalangan yang sebenar masih juga tidak diketahui sebab si peminjam tu pun tak bagi apa-apa keterangan lagi macam mana kemalangan tu boleh berlaku. Huhu.. So, kalau tuan punya body yang bawak kereta tu terbaca entri ni.. Tolonglah story sket yer. Kami excited nak tau ni.
Ok, tak perlu buang masa sebab entri ni pun just a rush hour entri. So, kat bawah ni la antara beberapa foto keadaan kereta kembara ayah aku yang aku ambil dengan N70 aku (sorry kalau kualiti gambar tak memuaskan hati). Jom layan dan kamu nilai sendiri teruk tak teruk kereta ayah aku tu..





Macam, teruk tak teruk? Kalau nak repair ni, silap2 tahun depan baru nak siap kot. Maklumlah, nak claim insuran pun ambil masa berminggu-minggu. Tambahan lagi si peminjam yang buat kereta tu jadi macam tu takde respon sampai sekarang ni. Macam mana ek, raya dah tak lama lagi ni? Huhu..
Psstt: Dalam perjalanan sebelum nak pergi nengok kereta ayah aku ni, aku ternampak kereta polis versi transformer yang sungguh superb. serius! Kalau nak nengok kereta tu, jangan lupa usya next entri aku yer. Hehe.. Ok, aku chow dulu yer. rush sesangat ni



22 Comments to “Beginilah nasib dirimu yang malang oh kembara”