azizwan(dot)com dah kembali seperti biasa

Alhamdulillah.. Setelah lebih kurang 2 minggu blog ini gagal diakses disebabkan berlakunya masalah yang tidak dapat dielakkan pada server provider, akhirnya ia berjaya juga dipulihkan seperti sedia kala setelah beberapa ketika ianya menjadi Kota A Famosa a.k.a pusat tinggalan sejarah.
Pada awalnya aku tak expect ianya masalah yang serius sebab benda-benda macam ni biasa berlaku kat mana-mana hosting berbayar even ianya adalah server paling profesional yang wujud kat atas muka bumi ni. Tapi bila dah berlarutan sampai 3 hari, tak senang duduk juga dibuatnya. Aku pun cuba la tanya kat owner kenapa boleh jadi macam ni. Tapi sedihnya.. YM takde respon, SMS tak berbalas dan calling hanya si gadis operator je yang jawab. Kecewa bukan kepalang dan sakit hati semestinya ada. Tapi nak buat macam mana, hanya itu je yang mampu aku buat. Takkan plak aku nak berhabis beratus riggit beli tiket flight semata-mata nak jumpa pihak server untuk dapatkan jawapan.
Tunggu punya tunggu, masih takde jawapan sehinggalah server berjaya dipulihkan lebih kurang seminggu kemudian. Time tu terubat la sedikit luka dihati sebab dah boleh masuk ke blog sendiri. Tapi terkejut beruk siot bila blog yang dah berisi tiba-tiba kosong seperti baru diwujudkan. Terdetik kat hati, what the fish? Walaupun aku tau kandungan blog aku ni tak sehebat blog kau, tapi siapa tak sayang dengan benda yang dihasilkan oleh diri sendiri tiba-tiba hilang macam tu saja. Sekali lagi aku cuba tanya kat pihak server samada database aku masih ada dalam simpanan mereka sebab aku tak buat backup, namum semuanya masih sama seperti yang dah aku tulis kat atas. Apa yang boleh aku lakukan, hanya tunggu.. tunggu.. dan tunggu..
Pejam celik, pejam celik.. Akhirnya keajaiban berlaku pada malam semalam apabila blog ini kembali seperti biasa setela database berjaya di’restore semula oleh pihak server. Alhamdulillah. Hanya itu mampu aku ucapkan. Dan aku rasakan seperti mati hidup semula bila apa yang aku harapkan terlaksana. Terima kasih banyak-banyak kepada pihak yang terlibat kerana korang peka terhadap kehendak pelanggan korang. Cuma aku harap dilain masa, korang tingkatkanlah ‘customer services’ korang kerana ianya sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Jangan biarkan pelanggan bertukar angin disebabkan ketidak’profesionallan korang. Harap korang baca ini.
Dan buat masa ni, aku belum bercadang untuk berpindah ke hosting baru walaupun aku sudah berkira-kira untuk melakukan itu. Biarlah aku bersama hosting ini untuk 3 bulan lagi sehingga tarikh langganan aku tamat kerana sekarang ni aku takde duit untuk berpindah ke hosting lain. Ada sesiapa nak sponsor (belanja) aku? Hehehe.. Oh ya, aku harap aku menang contest yang telah dianjurkan oleh denaihati supaya aku boleh dapatkan hosting baru. Yay! Kepada semua rakan semaya, aku harap korang dapat support semula blog aku ini sebab tanpa korang siapalah blog ini kan walaupun aku tahu blog ini adalah blog yang paling hampeh pernah korang lihat. Huhu..
Oh ya, sejak blog ini pernah menjadi Kota A Famosa, banyak pula carian keyword tersebut masuk ke blog ini. Apa yang depa cari pun aku tak tahu. Oleh itu, bagi tidak menghampakan mereka yang membuat carian untuk Kota A Famosa tersebut, di bawah ni aku bagi 2 keping gambar bagaimana rupa Kota A Famosa itu kot-kot korang nak tengok gambar Kota A Famosa. Hehehe.. Layankan sajalah yer..


Last but not least, jom pakat ramai-ramai mulakan langkah pertama menjana pendapatan melalui internet dengan memuat-turun eBook percuma yang ditulis oleh internet marketer Malaysia iaitu Raja Kamil di sini. Di samping itu, korang juga berpeluang menjana pendapatan dengan PPL yang dibuat oleh beliau. Jadi, apa tunggu lagi? Download la sekarang. Hehehe..



14 Comments to “azizwan(dot)com dah kembali seperti biasa”