Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Ayuh Tambahkan Aplikasi WeChat Ke Telefon Pintar Korang

WeChat

Apa itu WeChat? Bagi yang dah tahu dan dah pun install, baguslah. Bagi yang belum tahu dan pastinya tak install lagi, meh nak habaq. Secara ringkas dan mudahnya, WeChat adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk pengguna berhubung antara satu sama lain secara terus samada dalam bentuk chat (teks) ataupun komunikasi suara. Dan ianya PERCUMA!

Itu secara ringkas. Lebih jelas, korang boleh baca ni:-

WeChat is a mobile phone text and voice messaging communication service. Dibangunkan oleh Tencent. WeChat boleh didapati untuk Android, iPhone, Windows Phone dan juga platform Symbian. Bahasa yang disokong termasuk Bahasa Inggeris, Cina, Indonesia, Portugis, Thailand, Vietnam, Rusia Dan beberapa bahasa lain. WeChat disokong pada Wi-Fi, 3G, dan 4G.

WeChat menyediakan fleksibiliti komunikasi multimedia dan kemudahan dengan mesej teks, mesej suara, broadcast messaging, perkongsian gambar serta video, perkongsian lokasi, serta beberapa kemudahan lain. WeChat turut menyokong rangkaian sosial melalui suapan kandungan yang dikongsi.

Apa yang penting, data pengguna dilindungi melalui on-demand contact list backup and retrieval to/from a cloud-based service (tak reti nak translate ke BM). Ini bermakna, dengan ciri-ciri di atas, WeChat menyediakan platform rangkaian sosial yang lengkap, mantap, dan selamat yang menekankan privasi pengguna dan prestasi tindak balas yang cepat. Cubalah!

Nak cuba? Pergi ke Google Play (jika anda pengguna Android) atau App Store (pengguna iPhone) atau Windows Phone Marketplace (bagi pengguna Windows Phone) kemudian search WeChat. Aku jamin, aplikasi WeChat akan terus dipaparkan untuk korang install. Untuk puaskan hati, baca description dan review terlebih dahulu. Rasa boleh blah, bolehlah install.

Lepas install, korang diminta untuk melakukan pendaftaran. Pendaftaran boleh dibuat dengan dua cara iaitu melalui Facebook Connect dan melalui SMS dimana korang perlu memberikan nombor telefon yang korang gunakan dengan betul (supaya kod pengesahan dapat di-SMS kepada korang). Dalam hal ini, terpulang pada korang nak guna yang mana. Saya? Saya guna SMS.

WeChat

Rasanya itu sahaja yang dapat aku kongsikan pasal WeChat ni sebab citer banyak-banyak pun tak guna juga kalau korang tak cuba sendiri. Betul tak? Dah install, ajak kengkawan install sama, bagi meriah. Bolehlah bermesej (SMS) atau bergayut sambil ber-face to face sampai lebam dan paling penting, FOC. Persetankan pada kos SMS telco yang mahal tu. Huhu..

Ni sket screenshot sebagai contoh:-

WeChat

WeChat
Chat interface yang sedap mata memandang~

WeChat
Option yang ada~

WeChat
Emoticon sebagai penambah perisa~

WeChat
Custom Emoticon yang menarik dan melucukan~

Psstt: Aku tahu, ada lagi app yang mungkin lebih baik daripada app ni (tak perlu aku nyatakan sebab korang pun dah tahu rasanya), tapi disebabkan app tu hanya berfungi pada nombor yang ada dalam contact list (berdasarkan pengalaman) maka WeChat ini adalah solutian’nya dimana korang tak perlu bagi nombor fon sebaliknya hanya bagi ID jika ingin tambah senarai contact.

Nak add saya? Boleh je.. ID azizwan

Actually, saya nak menang iPhone 5 daripada WeChat Malaysia. LOL

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 25 October '12 - Kategori: Information, Personal, Promo

Tagged: , , , , , , .








CommentLuv badge