Apa yang korang perlu tahu mengenai Facebook

Cakap saja Facebook, Wan gerenti kamu semua especially yang sedang membaca entri ni tahu apakah menatang’nya Facebook tu malah Wan juga percaya ada diantara kamu yang sudahpun mempunyai akaun Facebook. Betul tak? Yang belum ada akaun Facebook tu, sila angkat tangan yer. Jadi senang sket Jabatan Perangkaan nak buat bancian nanti. Hahaha.. Gurau je.
Tapi bila ditanya mengenai latar belakang dan motif Facebook ni diwujudkan, sekali lagi Wan gerenti hampir semua user Facebook terutamanya daripada Malaysia tidak mengetahuinya. Dan tidak ‘terlebih sudah’ jika Wan katakan yang mereka tak pernah pun nak ambik tahu. Yang mereka tahu hanyalah add friend, approve request, main farmville dan segala macam yang ada kat FB tu.
Oleh itu, saja Wan tuliskan entri ni untuk berkongsi kepada kamu semua lagi-lagi buat kamu yang masih tak tahu mengenai Facebook ni dengan membaca apa yang Wan sertakan kat bawah ni. Boleh kan?

*klik sini untuk besarkan gambar

*klik sini untuk besarkan gambar
Macam? Adakah kamu termasuk dalam senarai ‘pembunuh’ saudara sendiri? Actually Wan pun dah ada akaun Facebook cuma tak berapa nak aktif dan kawan pun cuma sekerat dua je since Wan tak approve pun request dari Manusia yang Wan tak familiar malah langsung tak kenal. Huhu.. So, kamu rasa perlukah Wan delete saja akaun Facebook Wan tu?
Tapi rasa sayang plak nak delete sebab kat sana tu je la Wan boleh follow update kengkawan dan bekas cikgu Wan since diorang takde blog untuk Wan follow. Kiranya sebagai tempat untuk keep in touch la tu. Huhu.. So, kalau kamu ada sebarang pendapat pro dan kontra mengenai Facebook ni, sudi-sudi la share kat sini yer. Mana la tau dengan Facebook ni kita boleh guna untuk manipulate depa balik kan. Tak pun kita boleh ‘menyelam sambil minum air’ sesama sebab Wan ada dengar yang kita boleh buat duit dengan Facebook ni. Hehe




<- klik untuk tutup


14 Comments to “Apa yang korang perlu tahu mengenai Facebook”