Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Apa Itu Blog Sampah? Beritahu Saya Boleh?

Blog Sampah

Ok! Jujur aku cakap yang aku tak tahu apa itu blog sampah seperti yang dah banyak aku baca kat banyak blog sejak kebelakangan ni sampai aku tertanya-tanya, macam manakah rupa blog sampah yang diorang maksudkan tu. Adakah macam sampah yang aku selalu nampak kat tong sampah tu?

Aku ada dengar orang cakap yang blog sampah tu adalah blog plagiat dan ada juga yang cakap blog sampah adalah blog yang tak berinfo yang kiranya blog tu di’update ikut suka hati si pemilik blog la. Contoh paling mudah, blog personal. Selain tu, blog yang entrinya ditulis pendek seperti meng’update status kat Facebook dan twitter juga dikatakan sebagai blog sampah dan banyak lagilah. Tapi betul ke blog sampah adalah seperti itu?

Memandangkan aku tak tahu macam manakah rupanya blog sampah tu (maklumlah, aku ni kan noob), jadi aku tulis post ni untuk minta jawapan daripada korang kot-kot korang tahu blog sampah tu macam mana. Adakah blog sampah tu macam blog aku ni, macam blog mamat ni, macam blog orang ni, blog yang memaparkan gambar-gambar lucah, blog yang penuh dengan gambar bogel atau macam mana? Please tell me ya!

NOTA KAKI: Secara peribadi, aku tak suka bila ada blogger yang men’cop blog orang lain sebagai blog sampah hanya kerana blog tersebut tak menepati kriteria sebagai blog untuk bacaan beliau. Kalau tak suka sekalipun, janganlah cakap blog tersebut sebagai blog sampah dan dengan bangganya tulis kat blog. Bukankah ‘lebih bijak’ kalau dendiam je. Takdelah aku tertanya-tanya sampai perlu tulis post pertanyaan ni.

Baca ni juga: Susulan Pertelingkahan Antara Blogger2 Melayu – Yoycullen

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 7 May '10 - Kategori: Blog, Freedom Talk

Tagged: , , , , , , , , , , .

47 Comments to “Apa Itu Blog Sampah? Beritahu Saya Boleh?”

07.05.10 at 04:40
Posted by mie

gue pun xsure…
ada ke blog sampah???
ada juga juri untuk blog…hehehe

wow!! keyword menarik…
hohohoo
*Entri terbaru kat mie´s blog: :: bila panda mula berbicara :: My ComLuv Profile

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@mie ~ ntah la bro.. aku pun tak tahu sbb tu aku tanya ni.. bukan apa, byk dah aku baca kat blog2 ckp “blog sampah”

[Reply]

07.05.10 at 05:35
Posted by PisangPanas

Ntah, buat apa nak cop blog orang cmtu? dah nama blog dia,lantak dia la nak buat apa..

blog aku blog sampah gak ke?

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@PisangPanas ~ betul.. dia punya blog dia punya sukalah nak buat apa.. kalau tak berkenan, diam-diam sudah. tak payah la nk cop blog tu blog sampah ke apa.. kan senang!

blog pisangpanas blog sampah? apa itu blog sampah? aku tak tahu. huhu..

[Reply]

07.05.10 at 07:09
Posted by Dauspozi

haha… blog aku blog sampah, ada ke otai nk mengata aku?… jangan berani… tp blog sampah wujud ke?, rasanya x kot… x payah ler panggil blog sampah, boleh je sebut blog kurang berinfo… betul x?
*Entri terbaru kat Dauspozi´s blog: Alexa Dauspozi (Dot) Com: 338,086 My ComLuv Profile

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Dauspozi ~ blog sampah memang tak wujud daus.. cuma blogger2 perasan bagus dan bajet OTAI je yg sesuka hati cop blog org sebagai blog sampah. maklumlah, OTAI vs bukan OTAI, mestilah OTAI yg menang.. sudah terang lg benderang. tak payah nk suluh2 dah. huhu..

apa2 pun, setuju dgn term yg ko bg.. tp sebaiknya, tak payah la nak mengata yg buruk2 pasal blog org lain melainkan dgn izin :)

[Reply]

07.05.10 at 09:17
Posted by Mr.Bintang

sebenarnya aku dah taip komen tadi.. tp terlalu panjang da macam 1 entries la plak.. hehe.. rasanya lebih baik aku nak update terus kat blog aku sebagai menjawab persoalan entri di sini.. boleh kan? lalalala.. :D

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Mr.Bintang ~ ok takpe.. aku tunggu entri bro tu :P

[Reply]

07.05.10 at 10:40
Posted by apiih

huhuhu..blog sampah??tak baik cakap macam tu tau,org berblog pon dah kire bagus daripada x blog langsung,sesungguhnya,setiap blog ade kelemahan dan kehebatan die sendiri..jangan kite memperlekehkan sesuatu blog tue..huhu..aku tak kire la blog die sampah ke,cikai ke,udoh ke,boring ke,aku tetap terjah..xde komen menda tak baik pon..huhuhu
*Entri terbaru kat apiih´s blog: Tulang Manusia Dijadikan Seni My ComLuv Profile

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@apiih ~ memang tak baik pun bro.. tp ada je yg rasa apa yg diorg buat tu betul. sbb tu term ‘blog sampah’ ni tetiba wujud..

mcm bro ckp, setiap blog ada pro dan kontra’nya.. klau rasa tak best, diam2 sdh. sbb solution’nya mudah je.. tak payah layan. hbis citer?

btw, aku tabik spring kat bro sbb rajin menerjah :)

[Reply]

07.05.10 at 11:35
Posted by Shahrul

Sampah adalah barang terbuang. Mana ada blog sampah. Kalau blogger tu plagiat, ckp je la blog plagiat. Kalau blog x de info, lantak dia org la. Dia x suka baca, mungkin ada org lain suka baca.
*Entri terbaru kat Shahrul´s blog: Robocon 2010 Malaysia Kembali Lagi My ComLuv Profile

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Shahrul nice point bro.. dan memang betul, kalau dia tak suka, tak semestinya semua org tak suka.. sbb tu aku paling menyampah bila baca entri yg tiba2 ada tulis like “bla bla bla tp blog sampah”.. apa motif tulis mcm tu? dah rasa diri hebat? come on la.. jgn rasa diri tu hebat boleh buat apa saja. takut nanti, apa yg kita cakap tu akan menepek kat muka sendiri..

[Reply]

07.05.10 at 19:50
Posted by Wan Perlis

panas ni
aku dah baca entri yoy
kena tanya khai ni camna blog sampah
blog tu akan sampah bila entrinya menfitnah org seperti blog abusyafiq,blog menghina agama

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Wan Perlis ~ panas ke bro? rasa mcm sejuk je. hehee :)

[Reply]

Azizuan Reply:

fitnah orang jadi sampah? what the? tak faham aku..
*Entri terbaru kat Azizuan´s blog: Ukur Populariti Blog Dengan Popuri My ComLuv Profile

[Reply]

07.05.10 at 20:36
Posted by nizam6281

Bagi aku ada blog sampah :
Blog yang hina agama orang lain
Blog yang membawa permaslahatan kaum
Blog yang didirikan untuk porno tapi pemilik Islam

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@nizam6281 ~ kalau sbb ni blogger cop blog org lain sebagai blog sampah, maybe boleh diterima pakai. tp, dr apa yg aku baca dan berdasarkan pemahaman sendiri, ianya bkn ditujukan kpd blog2 sprt diatas.. kan ada yg tak kena di situ?

[Reply]

mokteh Reply:

kalau aku boleh like komen ko ni kan bagus

[Reply]

07.05.10 at 23:26
Posted by zaiMi

bagi aku blog yang cakap blog orang lain sampah tu la blog sampah sebenarnya. jadi tak perlu nak kutuk blog lain. masing2 ada cara sendiri nak tulis blog. kalau rasa tak boleh terima baca je la blog lain. kan?
*Entri terbaru kat zaiMi´s blog: Video Dan Lirik Lagu Kantoi Whatever My ComLuv Profile

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@zaiMi ~ yup.. baca blog lain adalah penyelesaian yg terbaik dan tak perlulah nak tulis kat blog (bg yg ada blog)..

[Reply]

marki Reply:

haku xpeduli sangat pasal benda neh..selagi dia tak claim benda tue dia punya kira OK lar .. jgn dia copy bulat2 dari A sampai Z kemudian claim dia punya..huh!
*Entri terbaru kat marki´s blog: Tugas dan cabaran penguatkuasa undang – undang (Part 1) My ComLuv Profile

[Reply]

07.05.10 at 23:32
Posted by etomyam

setakat ni tak pernah jumpa pulak blog yg boleh dianggap sampah, kecuali kalau blog tu memang cerita pasal sampah sarap yg banyak kat atas jalan atau cara nak buat tong sampah hahaha…. :D

aku rasa sepatutnya semua blogger sama2 bantu membantu, bukan sibuk cari musuh sana sini
*Entri terbaru kat etomyam´s blog: Tutorial : Bagaimana Mengubah Feedburner Email Subscription My ComLuv Profile

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@etomyam ~ hee.. kalau yg tulis pasal sampah tu, memang tak dinafikan yg blog tu adalah blog sampah.. tp sampahnya bkn satu penghinaan sprt blog-blog yg dilabelkan sbgai blog sampah oleh kebanyakkan blogger skrng ni.

apa2 pun.. bantu membantu, itulah yg terbaik..

[Reply]

08.05.10 at 17:01
Posted by aizuddin

bagi aku, blog tu takkan jadi sampah selagi blog tu diterima orang dan dihargai. Walaupun ia hanya copy paste dan diberi credit, tapi tak yah lah sampai 100% copy..buat lah ayat sendiri baru best..
*Entri terbaru kat aizuddin´s blog: 10 Sebab Kenapa Aizuddin Menggunakan Internet My ComLuv Profile

[Reply]

08.05.10 at 23:42
Posted by x-po

tp kalau blog tu mmg copy paste org punya, aku rs layak kot dipanggil blog sampah

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@x-po ~ layak ek bro? bkn apa, kadang2 ada yg copy paste tu sbb tak mahu apa yg cuba dikongsikan tu lari dr mksud asal.. yer la, kadang2 silap satu perkataan boleh menjadikan ianya terpesong dan sebagai langkah selamat, better copy paste juga..

bro, aku ada soalan nk tanya ni.. apa pendapat bro dgn blog yg copycat idea org tanpa sebarang kredit? blogger tu hanya olah ayat ikut sedap dia sdangkan idea asal adalah dr blogger lain. yg ni tak sama ke dgn ‘copy paste’ tp vesri copy paste idea org? harap bro sudi jwb. huhu..

[Reply]

marki Reply:

itu bukan copy and paste..itu copy and rewrite .. xde masalah semua itu .. dalam assignment pun mcm tue juga apa .. lecture bagi 1 tajuk ramai2 buat assigment tue . .point semua sama olahan berlainan .. hehe
*Entri terbaru kat marki´s blog: Tugas dan cabaran penguatkuasa undang – undang (Part 1) My ComLuv Profile

[Reply]

mokteh Reply:

bagi aku ada masalah.
ok…how to say this…
kadang2 ada sesetengah asgmnt yang pensyarah pandang pada isi/idea dalam memberi markah.
apa jadi kalau aku dapat satu isi/idea yang memang best lah untuk diulas…pastu kawan aku sedap2 je copy isi/idea yang aku penat2 perah otak fikir tu pastu olah la guna ayat dia
pastu bila dapat markah, kawan aku tu punya markah lagi tinggi dari aku
bengang tak??

10.05.10 at 14:23
Posted by Syafrizal

Blog plagiat memang banyak rasanya. Tak berminat nak baca blog plagiat.
*Entri terbaru kat Syafrizal´s blog: Buktikan jika mee segera tidak mudarat dengan ujian makmal My ComLuv Profile

[Reply]

11.05.10 at 01:27
Posted by marki

blog sampah neh ialah blog yg telah ditinggal lama sebab tak diupdate dan tuannya tunggu masa mahu membuang blog ke dalam tong sampah sebab tak digunakan lagi..hehe..betul ke ?? :P
*Entri terbaru kat marki´s blog: Tugas dan cabaran penguatkuasa undang – undang (Part 1) My ComLuv Profile

[Reply]

12.05.10 at 04:22
Posted by mokteh

berblogging ni bagi aku takde spesifik rules
jadi sukahati pemilik blog tu lah nak bercakap pasal apa pun
kita sebagai readers tak layak nak melabel satu2 blog tu sebagai blog sampah
org berblogging banyak sebab…untuk kepuasan diri..dan mungkin juga kerana duit…
sebab mereka berblogging ni memang berkait dengan isi blog dan gaya penulisan blogger tersebut

senang kata, jangan semudah itu nak melabel satu2 blog tu sebagai blog sampah or such things sebab memang takde spesifik rules in blogging
*Entri terbaru kat mokteh´s blog: Adam Lambert, Iron Man 2, Dan Setahun Yang Lalu My ComLuv Profile

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@mokteh ~ 100% SETUJU! memang tiada spesifik rules dlm berblogging.. sbb tu aku pun jadi pelik bila ada blogger yg menjadi hakim dlm menentukan hala tuju sesebuah blog.. tulis itu tak boleh.. tulis ini tak boleh.. semuanya kena ikut kehendak beliau yg konon’nya dia sajalah seorang pembaca blog tu.. sengal!

[Reply]

13.05.10 at 17:13
Posted by rama

Wow, postingan yang sangat kontroversional sekali ya..

Hmm.. saya sependapat dengan abang Azizwan. tapi saya rasa kita tidak perlu mengkritik blog milik orang lain. Biarlah Orang itu yang mengembangkan kreatifitas dirinya melalui blog mereka sendiri.

Salam kenal dari Indonesia

Rama Juanda

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@rama ~ benar.. kita sememangnya tiada hak untuk mengkritik blog milik orang lain lebih-lebih lagi dengan apa yang dituliskan dan disampaikan pada blog tersebut.. kerana itu saya menekankan “kalau mahu baca, silakan baca.. kalau tak mahu, diam-diam sudah”.. jangan sampai mengatakan blog orang lain sebagai BLOG SAMPAH.

Apa-apa pun, terima kasih di atas kunjungan dan komen’nya ya :)

[Reply]

14.05.10 at 17:28
Posted by zuls

sama gak bro, aku tak suka cop mengecop ni…
tak kemana pun.. tak jadi lagi bijak pun.. tak dapat lagi banyak duit pun.. tak naik gaji pun..
*Entri terbaru kat zuls´s blog: Blog Anda di label? My ComLuv Profile

[Reply]

15.05.10 at 11:25
Posted by mohdisa

ini yang paling aku tak suka, kutuk mengutuk antara blogger. tak kisahlah blog yang digelar blog ‘sampah’ tu, tetap blog. jadi, rasanya tak perlulah nak cop blog milik orang sebagai blog ‘sampah’. seolah-olah blog sendiri blog yang hebat. no body perfect ok. tak kisahlah blog tu post artikel plagiat pun. ia tetap sebuah blog, tak kisahlah entri di pendek walaupun sepatah. ia tetap blog, sepatutnya kita support blogger tersebut dengan memberi komen membina, bukan melabelkan dengan ‘blog sampah’. macamlah blog kita hebat sangat.
*Entri terbaru kat mohdisa´s blog: Hidup Untuk Memberi : Jom Menang Acer Aspire One My ComLuv Profile

[Reply]

15.05.10 at 20:47
Posted by Amir Said

melabel2kan blog orang lain sebagai sampah sangatlah tak bermoral. kan?
*Entri terbaru kat Amir Said´s blog: Sinar FM Kini Radio No. 1 di Malaysia My ComLuv Profile

[Reply]

20.05.10 at 18:12
Posted by BAGAK

tulislah blog walaupun anda berkongsi ilmu hanya dengan sebaris ayat.

[Reply]

23.05.10 at 10:21
Posted by dhiyafaris

blog sampah adalah blog yang telah dibuang kedalam tong sampah.
HAHAHAH.
:p *Entri terbaru kat dhiyafaris´s blog: Gino dah besar! My ComLuv Profile

[Reply]

06.06.10 at 00:23
Posted by shuk

sebaik-baiknya diam je :) sy buat blog pun sekadar suka2, hobi, kongsi2 pe yg sy tahu~
*Entri terbaru kat shuk´s blog: Si Pungguk: Setia tapi…Pemalas! My ComLuv Profile

[Reply]

07.06.10 at 03:09
Posted by Aku dan kamu..

[...] ini dibuat bagi menjawab persoalan yang sering bermain-main di minda teman sepermainan kita semua. Aku tak tahulah apa yang aku [...]

[...] Edisi mati kutu malas memikirkan topik yang berleluasa, lebih2 lagi isu2 negatif yang sering disalah tafsir. Masing2 punya masalah dunia, masalah sendiri, masalah peribadi. Terima kasih kepada sahabat Azizwan yang bersependapat dengan aku. [...]

12.06.10 at 03:58
Posted by Syafiq Zainal

Pada pendapat saya.. ia depend pada masing2..
Saya pula tak fikir yg wujud blog sampah.. kembali semula pada zaman dulu bagaimana org berblogging dan apa tujuan org yg nak buat blog tu..

Diary?
Plagiator? heh heh
Infomer?

bla bla.. :)

Syafiq…

[Reply]

13.06.10 at 17:06
Posted by Edisi Mati Kutu-Segmen Bersama Komentator.

[...] Edisi mati kutu malas memikirkan topik yang berleluasa, lebih2 lagi isu2 negatif yang sering disalah tafsir. Masing2 punya masalah dunia, masalah sendiri, masalah peribadi. Terima kasih kepada sahabat Azizwan yang bersependapat dengan aku. [...]

18.06.10 at 03:30
Posted by hellioz

blog gwa la blog sampah tuyh

gyahaahahhaha~
*Entri terbaru kat hellioz´s blog: Bukan Lagi Live Blogging MengarutMy ComLuv Profile

[Reply]

22.06.10 at 19:22
Posted by AyieBlog

Salam,bro ayie suka entry yang bawah sekali,jangan anggap blog orang lain sampah,kalau tak suka diam-diam sudah,jangan cepat melenting kerana hal remeh,maybe dengan entry tersebut blog si tuttttttttttt akan naik traffic nya. hehehe :)..
*Entri terbaru kat AyieBlog´s blog: Edisi Pandang Kehadapan…My ComLuv Profile

[Reply]

15.07.10 at 18:45
Posted by therband

aku pun tak setuju bro…xde idea ciplak skit2…hehe..tp jgn melampau sdhh…
*Entri terbaru kat therband´s blog: Macam Mana Final Piala Dunia 2010 Kalau Die ni Jadi PengadilMy ComLuv Profile

[Reply]








CommentLuv Enabled