Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Aku rajin baca blog kau, tapi kan..

Kan dah kena..

Sebenarnya sudah lama aku mahu menulis pasal benda ni tapi bila aku tanya diri aku balik dan merasakan aku masih noob dalam dunia blogging memblogging, macam tak layak pulak untuk aku menyuarakannya kerana aku sedar siapalah aku berbanding mereka-mereka itu dan kau juga mungkin. Tapi atas dasar rasionalisme (adakah perkataan ni?) dan juga pendapat peribadi semata-mata, maka aku gagahi jua untuk menuliskannya di entri ini.

Apa yang mahu aku tuliskan kali ini adalah mengenai keadaan blog yang buat aku tak berapa senang untuk menghadirkan diri sekerap-kerapnya disebabkan beberapa faktor yang mungkin tuan empunya blog terlepas pandang atau saja buat-buat tak nampak. Tapi macam si garfield kat atas tu cakap, “blog aku, suka hati aku la! yang ko sibuk apasal?”. Jadi, entri ini aku tulis sekadar pendapat dan cadangan semata-mata. Langsung tak terlintas nak ‘paksa’ korang untuk follow apa yang aku tulis ni yer.

1. Aku rajin baca blog kau, tapi kan..

Kenapa kau guna template yang menjadikan warna hitam sebagai warna latar? Aku bukanlah anti mahupun fobia kat blog yang menggunakan warna hitam sebagai warna latar kerana warna itu mungkin warna kegemaran si tuan empunya blog. Al-maklumlah, hitam itu Perilly’s menawan.

Black Theme

Tapi kan, bila aku dah masuk ke blog yang ‘all black’ dan baca setiap perkataan yang tertera, tak habis 2 perenggan (itupun kalau bernasib baik) mata aku dah menjerit-jerit suruh aku stop. Kenapa? Itu tak perlu aku terangkan kerana aku percaya kamu tahu yang anak mata akan berubah mengikut keadaan.

Oleh itu, gunalah latar berwarna putih (promo sket: seperti blog ini) supaya anak mata setiap pembaca blog kau berada dalam keadaan santai yakti tidak memaksa mata mereka untuk fokus terhadap huruf dan perkataan yang kau taipkan.

2. Aku rajin baca blog kau, tapi kan..

Kenapa kau pasang widget yang keluarkan iklan pop-up? Tahu tak, iklan pop-up yang keluar tu hanya menyusahkan visitor yang bertandang ke blog kau termasuklah aku. Apa tidaknya, setiap kali aku masuk ke blog yang mempunyai pop-up ads, mesti pc cap ayam aku ni akan hang sekejap disebabkan iklan ntah apa-apa itu. Tu tak masuk lagi kalau iklan yang keluar berderet untuk dipangkah. Bukahkah menyusahkan?

What The F?

Salah satu widget yang aku alert selalu keluar pop-up ads ni ialah widgeo yang mana aku tengok ianya sangat popular digunapakai oleh kebanyakkan blogger Malaysia. Bila aku masuk atau termasuk ke blog yang pasang widget ni, aku akan cuba elak untuk klik kat blog tu supaya pop-up ads tidak membuatkan jiwa aku menjadi kacau.

Tak salah nak bagi tahu kat dunia yang blog kau menerima jutaan visitor dari seluruh pelusuk negara setiap hari tapi elaklah guna widget yang keluarkan iklan pop-up ni sebab banyak lagi widget yang sama fungsi sepertinya. Lagipun iklan yang keluar tu hanya menguntungkan si penyedia widget tersebut dan kau pulak langsung tak dapat apa-apa malah mungkin juga akan merugikan kau. So, fikir-fikirkanlah.

P/s: Ada lagi yang aku nak tulis ni tapi sorry sesangat la yer, aku tak dapat nak habiskan semua kat entri ni sebab ada benda aku nak buat sekarang ni. Nantilah (esok mungkin) aku sambung ye.. Itupun kalau aku rasa nak sambung lah sebab entri ni pun nak tak nak je aku publish. Huhu..

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 30 June '09 - Kategori: Blog, Website

Tagged: , , , , , , , , , , , , , .

25 Comments to “Aku rajin baca blog kau, tapi kan..”

30.06.09 at 03:32
Posted by Anarm

aku pn rasa mcm ko rasa.. paling tak suke yg pop up tu..
bile pop up kuar mmg dgn blog die skali aku tekan X..
dgn pop up tu mungkin die dpt duit.. tp biar kene pada tmpt..
ni tak.. klik je link, kuar pop up.. klik je, kuar pop up..
what the f?

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Anarm itulah pasal.. blog yg ada iklan pop up ni, asal klik je mesti iklan kluar. klik jer iklan kluar.. naik menyampah plak asyik2 nak close iklan tu.. sbb tu lah nak klik read more pun macam nak tak nak je. nasib baik la aku ni x kejam sprt bro. huhu :neutral:

[Reply]

30.06.09 at 05:08
Posted by Mr.Bintang

hehehe.. blog aku camne lak.. ko suke x wan? hehehehe… :oops:

[Reply]

Azizwan™ Reply:

opkos la.. semua blog yg ada kat blogosphere aku akan diusya jika ada entri baru dan percayalah aku tak pernah miss setiap kali our bloggers ada update baru.. that’s mean ‘aku suka BACA’ la tu. huhu.. Cuma samada nk tinggal komen atau tak tu terpulang pd entri. lalala :)

[Reply]

30.06.09 at 08:53
Posted by Luth Textile

samala wan.. aku benci pop-up tu. meng-heng aku punya musang berapi.. aduhaii..

[Reply]

30.06.09 at 09:49
Posted by pjan

hehehe tu dia azizwan dan menyuarakan ketidakpuasan hati dia…
yupp blog yang ada popup advert ni memang aku tak gemar sikit..menyusahkan..

lagi satu blog “tipikal malaysia” yang guna ejaan mengada-ngada..aku ni dah la tua nak baca pun x berapa nak faham..apa menatang la si blogger tu nak cerita..ejaan tungging terbalik..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

senang cerita, pop-up itu menyusahkan.. fullstop. huhu..

aku tertarik dgn word ‘tua’ tu. huhu.. tp kan, betul ke dah tua ni? kalau umur belum lebih 60, masih muda lg tu.. masih boleh lagi kalau nk cukupkan futsal team. hoho.. anyway, berapa umur bro? :lol:

[Reply]

30.06.09 at 10:21
Posted by broSKL

alahai blog aku gelap msti ko x suke kan,..erm xpe la nk buat cmne kn.. :cry:

[Reply]

Azizwan™ Reply:

eh, aku takde ckp aku tak suka blog bro yer dan aku langsung takde announce mana2 blog. huhu.. actually, blog bro pun aku baca juga tau lg2 kalau terserempak promotion bro kat twitter. huhu..

kalau nk guna blog latar gelap ni atau lebih tepat warna hitam, kena pandai guna font colour yg sesuai.. kalau latar dah warna hitam, lpstu guna plak font warna putih.. bukankah boleh buat sakit mata tu? sbb tu ler aku ‘tak berapa’ berkenan nak baca word by word..

psstt: blog bro tu still boleh dbaca dgn lancar sbb font color tak menyakitkan mata dan size pun boleh tahan besar.. cuma kalau boleh, jgnlah letak semua dlm 1 paragraph.. tak comel tau. hahaha..

[Reply]

30.06.09 at 12:13
Posted by denaihati

ada orang kata hitam tu menawan…tapi aku masih lagi suka background putih..tengok je lah kesemua website dan blog top ranking semuanya back ground putih…kekadang mungkin member kita tu buat blog untuk diaorang baca sendiri jadi kalau hitam orang lain susahlah nak baca…maknanya diaorang mencapai matlamat…supaya bagi susah orang lain nak baca…

[Reply]

30.06.09 at 14:23
Posted by azizan4444

setuju sgt ng ko bro. naseb baik blog aku xde semua tu.haaa.
wlpon aku masih baru tp aku x mnt ngn semua widget yang mnyebaakan aku sndri pon ssh nk masuk blog ak.. :lol:

ps:lagi satu yang paling aku x suke..ad lagu..pergh berat gler nk load.

[Reply]

30.06.09 at 19:59
Posted by Khai

aku x bape kisah blog yg kuar popup tu since aku guna plugin prevent popup.. tapi aku lagi kisah kalau ada site yang tulis entri kononnya nak bantu pembaca hebatkan blog, tapi selalunya link2 membantu dia tu adalah link affiliate..

“gila syial aku menyumpah dalam hati”

eh aku nengok BG blog ko ni pon macam hitam je wan.. dark colour je.. ape yg putihnye?

[Reply]

Azizwan™ Reply:

hitam yg aku maksudkan kat sini bkn utk BG theme tu tp yg kat area kita baca entri ni ha.. aku tak tahu apa namanya jd aku tulis je warna latar dgn harapan korang faham apa yg cuba aku smpaikan. huhu..

kalau BG tu colour apa skalipun aku tak kisah sbb takde sape yg publish entri kat area tu. hehe.. anyway, adakah aku perlu bg contoh versi screenshot supaya kau x confius khai? :)

[Reply]

30.06.09 at 21:12
Posted by pjan

azizwan..
aku dah 30 la bro tua dah ni…haha lagi 20 tahun jadi michael jackson la aku :grin: :grin:

Azizwan™ Reply: 30 bro cakap tua. dah tak betul agaknya bro ni. huhu.. 30 tu masih muda lg la, boleh lg menjalankan proses pembiak-bakaan dengan hebat dan jayanya (apakah?) hahaha.. faham2 sendiri sudey :)

[Reply]

01.07.09 at 19:46
Posted by Kujie

Lor..satu sebab je ke
ingat ke ade senarai ” suka tak suka”
boleh lah kutip tips :mrgreen:

[Reply]

02.07.09 at 08:51
Posted by HuRuL_AiNi

blog yg pakai chatbox/cbox pun selalu keluar pop-up…siapa yg pakai chatbox tu bertukar la ke shoutmix….hehe

p/s: kenapa aku rasa font kat sini mcm x brapa sesuai…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

p/s: oh, ya ke? huhu.. aku pun rasa benda yg sama la. cam lain je kan font blog ni. erm, mcm mana nk tukar ek? tp aku tgk smart je. lalala..

[Reply]

03.07.09 at 11:02
Posted by Kill-Vearn

hoho 1st of all tahniah sbb dah tuko theme blog neh… mcm kenai aje la theme neh.. huhu…

aku sangat menyokong ape yg ko tulis wan.. blog yg sakit mata n kua byk pop-up mmg akan straight aku pangkah berbanding blog yg lambat loading mcm blog aku yg berat tuh.. hahaha…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Kill-Vearn: tq bro atas ucapan tahniah tu. appreciate sangat2. hehe.. yo la, mesti la bro kenal theme ni.. kan dah tulis kat footer tu. siap ada link’nya lg. lalala.. jgn bro ckp ni theme khai yg punya sudah. hahaha.. jgn marah yer khai.

kebetulan bro ckp pasal loading, aku nk tanya la.. masih tak blog ni susah bro nak tembus?

[Reply]

03.07.09 at 11:28
Posted by HuRuL_AiNi

aku x tau function reply tu berfungsi x….aku reply sini je la…

font ni mcm pecah…jenis font dah lawa…x yah tuka….try tukar size font…besarkan sikit….try & error la….supaya x blur :neutral:

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@HuRuL_AiNi: function reply kat blog aku ni memang bengong.. ingat dah nak tukar guna brian threaded comment tp aku tak jumpa2 plugin tu utk direct install. huhu..

apa2 pun.. tq sbb bg pandangan dan cadangan.. nanti aku tukar mana yg patut dann tgk jd ke tak. yay!

[Reply]

06.07.09 at 01:10
Posted by cik peanut

wah..terasa ke lubang jantung lah… :shock: hehehhe..dulu blog peanut pun warna hitam..sebab nak nampak kool je..hehehhe…oh ye yang sal kuar iklan entah menda2 tu pun peanut menyampah..buang mase je nak pangkaah2x menda alah tu..

[Reply]

07.07.09 at 13:14
Posted by ibnmasir

sorila ak bce sambungan baru bace yg ini, hehe.. terluah juga di hati kan… ni mcm tema blog denaihati je, yagn terbuku di hati, he.. :mrgreen:

Azizwan Reply: Hahaha.. ye tak ye pulak kan? :razz:

[Reply]

[...] adalah entri sambungan untuk entri yang aku tulis beberapa hari lepas. Kalau nak baca, bolehlah klik di sini. Kalau taknak baca, terpulanglah kan. Aku langsung takde hak nak paksa korang untuk membacanya. [...]

07.08.09 at 11:13
Posted by naz

hahah. sangat setuju. antara shoutbox yg selalu kluakan popup –> cbox

[Reply]








CommentLuv Enabled