Akaun eBay Ku Di Suspend

Oh tidak! Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Wan selepas melihat akaun eBay Wan di suspend petang semalam. Apa tidaknya, perjalanan eBay Wan sejak kebelakangan ini nampak agak baik dan lancar dengan adanya pembida untuk item yang Wan senaraikan. Dan sebelum akaun Wan di suspend, sudah ada 4 item yang dibida dan bakal terjual. Tapi apakan daya, mungkin bukan rezeki Wan kerana item yang mereka bida itu telah dibatalkan oleh eBay. LOL
Semua ini gara-gara Wan menyenaraikan item yang mempunyai imej superman di mana imej-imej itu merupakan hak mutlak syarikat perfileman gergasi dunia iaitu Warner Bros. Apa punya warner bros, baru gambar pun dah kecoh. Dah imej-imej tu ada kat internet, mestilah orang akan guna. Lain kali simpan elok-elok kat kocek kau sudah la. Huhu..
eBay pun satu gak, tak patut suspend akaun Wan secara mengejut. Sepatutnya bagi la peluang terlebih dahulu untuk Wan padam saja item-item itu. Rujuk polisi? Dah kau tulis dalam bahasa inggeris, manalah Wan rajin nak baca. Lagipun Wan bukan faham sangat bahasa inggeris ni. Kalau setakat yes, no, first, second tu Wan tau la. Hahaha..
Dan pasal akaun Wan disuspend itu juga telah menyebabkan seorang pembeli ni open disputes & claims kat paypal minta duit dikembalikan. WTF? Mentang-mentang Wan orang baru, kau ingat boleh buat suka hati kau. Kalau kau tak batalkan niat kau tu, bukan susah mana pun Wan nak end communication and escalate to a claim. Lagipun item memang sudah diposkan, tunggu masa nak sampai depan mata kau je.
Pengajarannya di sini, sila jangan senaraikan item yang mempunyai imej yang berkaitan dengan Warner Bros kerana ianya hanya akan menyulitkan proses buat duit kau di eBay walaupun imej-imej itu sememangnya berpotensi besar untuk mendapat bidaan. Oh ya, terlupa pula nak bagi tahu. Akaun eBay Wan digantung selama 7 hari bermula dari semalam. Huhu.. Nampaknya, kena la Wan buka lagi 1 akaun paypal dan 1 akaun eBay untuk backup.
Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23
Memandangkan akaun eBay Wan kena suspend dan kebetulan semalam ada anugerah juara lagu, jadi Wan pun layanlah AJL itu untuk mereleasekan tension. Walhal memang dari awal lagi nak tengok pun. Hahaha.. Secara peribadi, boleh tahan jugalah persembahan kesemua finalis semalam lagi-lagi persembahan awek Wan Stacy walaupun beliau tak dapat apa-apa anugerah. Walau bagaimanapun, ada juga persembahan yang langsung tak boleh blah. Kalau kau tengok, mesti kau tahu punyalah.
Berikut adalah keputusan AJL 23 semalam:
Kategori Etnik Kreatif: Farawahida (Persoalan Cinta)
Kategori Balada: Faizal Tahir (Sampai Syurga)
Kategori Pop Rock: Meet Uncle Hussein (Lagu Untukmu)
*Juga merupakan Juara AJL ke-23
Anugerah Persembahan Terbaik: Faizal Tahir (Sampai Syurga)
Anugerah Vokal Terbaik: Faizal Tahir
Untuk lain-lain video AJL yang ke-23 ini, bolehlah lihat di youtube.
Psstt: Bertuah kau Faizal Tahir, dalam satu malam je kau dah dapat berpuluh ribu. Adakah itu rezeki sebab tak dapat menyanyi kat AJL tahun lepas? Kalau rasa duit tu banyak sangat, jangan la segan-segan minta nombor akaun Wan. Hehehe..
Kompom masalah nie small matter pada dia..


22 Comments to “Akaun eBay Ku Di Suspend”