Ada apa dengan One Drop Perfumes dan Minyak SaudaCare?

Sekadar update suka-suka since takde benda ‘penting’ yang mampu aku kongsikan dengan kamu semua. Huhu.. Tapi aku rasa la kan, entri ni mungkin penting juga kot untuk kamu ambil tahu walaupun entri ni hanyalah entri suka-suka. Tak percaya? Cubalah baca dulu..
Actually, aku baru je beli sepasang One Drop Perfumes versi Celebritie’s Special Set beberapa hari lepas (maybe hari selasa kot) dan dah pun selamat aku terima pada petang semalam sekali ngan hadiah top 1st commentator yang aku menangi kat blog Denaihati (serius, murah rezeki aku kat blog ni) iaitu sebotol Minyak SaudaCare. Thanks kat bro @Zul sebab service yang boleh tahan tip top. Tak sampai 5 hari dah boleh merasa bau One Drop Perfumes. Huhu.. Dan thanks juga kat bro Ilham (dah tau dah nama bro) diatas hadiah Minyak SaudaCare tu. Kalau bermurah hati, hadiah’kan lah lagi yer
Aku beli One Drop Perfumes ni pun just suka-suka je atau dalam erti kata lain sekadar ingin mencuba. Lagipun aku dapat special price, tu yang terus je beli tu. Huhu.. So, saja nak kongsi sket ngan kamu semua apa yang hebat dengan One Drop Perfumes dan Minyak SaudaCare ni, maka lahirlah entri suka-suka ini.
Ada apa dengan One Drop Perfumes?

One Drop Perfumes dihasilkan menggunakan pati minyak wangi tanpa campuran alkohol dan juga air. Ini bermakna, One Drop Perfumes boleh digunakan untuk solat tanpa rasa was-was. Penghasilan kesemua minyak wangi dari One Drop Perfumes ini pula di’inspirasikan daripada jenama antarabangsa dimana setiap kotak mempunyai 8 jenis wangian yang berbeza. One Drop Perfumes menggunakan botol ‘miniture roll on’ bersaiz comel bagi memudahkan minyak wangi dibawa kemana sahaja dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Berikut adalah ringkasan mengenai One Drop Perfumes yang aku salin dari brochure yang disertakan kepada aku:
# Hanya setitik badan mewangi sepanjang hari
# Pati Minyak wangi tanpa campuran alkohol dan air
# Sesuai digunakan semasa solat
# Diinspirasikan daripada jenama antaranbangsa
# 8 jenis wangian berlainan dalam setiap kotak
# Penggunaan botol ‘Miniture Roll On’ yang mudah dibawa
# Bauan yang dikenali ramai tanpa berbelanja ratusan ringgit
# Sekotak hanya RM40-RM45 (Semenanjung) RM45-RM50 (Swak/Sabah)
Kalau kamu mahu tahu lebih lanjut mengenai One Drop Perfumes ni berserta koleksi minyak wangi yang ada ataupun kamu mahu turut sama mencuba kehebatan One Drop Perfumes ni (beli la tu), kamu boleh usya kat blog tuan punya body merangkap taukey kedai di sini. Maybe kamu juga boleh dapat special price seperti aku. Who knows? Hehehe..
Ada apa dengan Minyak SaudaCare?

Seperti yang tertulis pada website www.saudacare.com, minyak Dara Saudacare merupakan produk yang berasaskan Habbatus Sauda 100% yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang telah diperakui akan kebaikannya zaman-berzaman lamanya. Ianya juga adalah keluaran produk Muslim dari Malaysia.
Dari apa yang aku baca kat website tu lagi, minyak SaudaCare ni juga sesuai diambil bagi mengelak dari terkenanya jangkitan H1N1 yang semakin menular sekarang ni. Namun begitu, aku tak berapa pasti samada ianya 100% berhasil since takde bukti saintifik yang mengatakan sedemikian. Tapi kata orang, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. So, takde salahnya kita mencuba daripada langsung tak buat apa-apa kan kerana siapa tahu ianya benar belaka. selain itu, minyak SaudaCare ni juga dikatakan minyak ‘baik punya’ untuk mereka yang sudah berumahtangga lebih-lebih lagi kepada suami (ehem ehem). Jadi, paham-paham la yer. Dan sekadar makluman, rasa sakit gigi aku dah mula kurang selepas aku menggunakan minyak SaudaCare ni. Macam tau2 je kan? Huhu..
Macam biasalah, kalau kamu mahu tahu lebih lanjut mengenai minyak ‘baik punya’ ni dan ingin membelinya, kamu boleh mengusya’nya di sini. Ala, tak rugi mana pun kalau kamu beli minyak SaudaCare ni malah gerenti berbaloi-baloi punyalah. Kalau rokok kamu sanggup berhabis berbelas ringgit sehari, takkan +/- RM40 untuk kesihatan zahir dan batin berkira sangat. Tapi terpulanglah kan since duit tu kamu yang punya. Huhu.. Aku cakap lebih-lebih pun tak guna kalau kamu buat tak tahu je. Tak gitu?
.gif)



23 Comments to “Ada apa dengan One Drop Perfumes dan Minyak SaudaCare?”