Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia

5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia

Dah join contest yang Wan buat kat entri sebelum ni? Jika sudah, bagus la dan semoga tekaan yang korang bagi tu mengena dengan tepatnya. Jadi boleh la korang menyarung t-shirt percuma dari Wan itu. Huhu.. Kepada yang belum sertai lagi tu, jangan sia-siakan peluang yang ada kerana siapa tahu t-shirt yang ingin Wan hadiahkan itu akan menjadi milik kamu. Boleh la bawa waktu main futsal buat lap peluh. Untuk join, korang boleh klik di sini.

Ok, kali ni Wan nak share sedikit pengetahuan am kat korang bagi mengetahui 5 tempat yang paling tercemar di dunia. Walaupun entri nampak sangat tak best, tapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi sedikit input. Dan sebelum tu, Wan percaya setiap orang pasti dan sentiasa mengimpikan tempat aman, selamat serta bersih untuk meneruskan survival hidup di dunia ini. Tetapi tahukah korang yang dunia ini sebenarnya sudah jauh binasa dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. So sad.

1. Chernobyl, Ukraine

Chernobyl, Ukraine

Bandar Chernobyl terkenal dengan letupan Reaktor Nuklear pada tahun 80an yang menyebabkan radiasi tersebar ratusan kilometer malah 100 kali lebih besar dari kesan Bom Atom di Hiroshima & Nagasaki. Dengan kepadatan penduduk 135 000 orang, keseluruhan kota Chernobyl telah dikuarantin sehingga kini setelah puluhan tahun masih lagi terdapat “zon berbahaya” seluas 19 batu persegi, di mana tidak ada satu kehidupan yang berada disana.

2. Dzerzhinsk, Russia

Dzerzhinsk, Russia

Dzerzhinsk mempunyai populasi 300 000 orang dan ianya hasil dari pencemaran “Senjata Kimia” Perang Dingin antara US dan USSR, Bandar ini merupakan tempat pengilangan & simpanan terbesar Senjata Kimia tentera USSR. Toxic kimia merebak keseluruh sistem pengairan menyebabkan kadar kematian yang tinggi dihadapi penduduk Dzerzhinsk.

3. Linfen, China

Linfen, China

Linfen China bukanlah satu-satunya bandar yang terkotor di China. Perlombogan arang batu adalah aktiviti utama di bandar ini yang mana ianya menyebabkan sulfur dioksida & Carbon Monoxide ke udara. Kabus perang adalah pemandangan biasa bagi Linfen. Ianya juga banyak memberi efek terhadap pencemaran air di bandar ini.

4. Mailuu-Suu, Kyrgyzstan

Mailuu-Suu, Kyrgyzstan

Bandar Mailuu-Suu, Kyrgyzstan sering dilanda malapetaka. Ianya merupakan salah satu tempat pemprosesan Uranium terbesar di dunia. Pembuatan bom atom adalah tujuan kepada perlombongan Uranium ini. Setiap tahun, hampir 1.96 juta cubic meter hasil perlombongan sisa radioaktif.

5. Norilsk, Russia

Norilsk, Russia

Bandar Norilsk, Russia adalah pusat perlombongan bijih besi terbesar di dunia. Bandar yang didiami puluhan ribu buruh ini hanya untuk satu tujuan iaitu bekerja melombong bijih besi. Mengikut Pertubuhan Kawalan Pencemaran PBB, bahan aktif yang tersebar di udara Norilsk adalah Strontium-90, Cesium-137 and lesser evils, termasuk hydrogen sulfide.

* * *

Oleh itu, alang-alang Wan dah post pasal pencemaran ni, marilah kita semua memberikan sokongan keatas program Earth Hour 2009 pada 28/03/2009 (Sabtu), jam 8:30 malam bagi mengurangkan global warming yang kian meruncing. Apa salahnya kita bergelap seketika demi dunia yang kian musnah oleh pencemaran ini. Untuk lebih lanjut mengenai program Earth Hour ni, korang boleh baca di sini. Sekian

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 23 March '09 - Kategori: Breaking News, Information

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , .

24 Comments to “5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia”

23.03.09 at 02:33
Posted by Kill-Vearn

perghhhh gile la reaktor nuklear meletop kat Chernobyl, Ukraine tuh… bia betol sampai lani takleh duduk agi.. fuh dasat²… ko rasa sampai bila ek takleh lepak sana? hehehe… leh wat trip blogger usha sana kan.. lepak² main futsal… hohoho… akhir kata mmg best ko bg pengetahuan am pada smua agar kita lebih tahu kesan pencemaran ni… sokonglah earth hour… malaysia nya bile ek…

[Reply]

23.03.09 at 10:30
Posted by Mr.Bintang

Malaysia nye same la… nak support earth hour? jom pasang Earth Hour Plugin.. Bile sampai masa tu.. blog kite tutup lampu ooooooo.. hahaha.. aku da pasang… kekeke..

[Reply]

23.03.09 at 11:34
Posted by mie

mmg truk pencemaran kat chernobyl, ukraine…
kalo xsilap,da trip lawatan ke sana…
maybe untuk tgk kesan2 pencemaran…
tp smpi skrg mmg tmpt tu xberpenghuni..
isk isk…

[Reply]

23.03.09 at 17:50
Posted by x-po

xda org yg berkuasa ke yg nk ttp sume kilang2 tu? pelik btl dunia ni..dah tau sah2 bg pencemaran, arah ttp je la..pe ssh..ps2 slhkn manusia yg xreti jg alam sekitar..hmpeh

[Reply]

23.03.09 at 18:15
Posted by Raja Kamil

Info best. Thumb up ! Teruskan menulis entry yg penuh info.

[Reply]

23.03.09 at 22:20
Posted by KNizam

yang chernobyl tuhmmg teruk giler ah. aku tengok dokumentari kat natgeo mmg horror. masa nak tutup that kilang dia main letak keluli je. sapa2 yang buat kerja siap kena sign untuk tidak mendakwa kerajaan lagi. memang sedih kan

[Reply]

23.03.09 at 22:38
Posted by zool

Waduh2.. memang takut bile tgk gambar tu..
tapi kat Malaysia pun makin teruk sekarang ni

[Reply]

23.03.09 at 23:03
Posted by edwin

quarantin tu berkesan ke? bukan kah udara atmosfera sentiasa tersebar mengikut putaran bumi. so mana-mana negara pun terkena dengan pencemaran ini.

p/s: kecuali mereka tutup keseluruhan bandar tu seperti kelambu.

Azizwan™ Reply:

Betul udara dapat mengalihkan kesan radiasi nuklear tu tp mungkin ianya akan mengambil tempoh yg agak lama (100 atau 1000 tahun mungkin) utk mengalihkan keseluruhan kesan tersebut. Jadi, apa salahnya sediakan payung sebelum hujan?

p/s: kalau waktu jerebu, tak payah pasang kelambu pun jerebu akan berkepul-kepul mcm dpasang kelambu.

[Reply]

24.03.09 at 01:08
Posted by cik peanut

wah..kotor teramat sangat…
yek3x…
pix nom satu tu, macam lokasi pengembaraan citer hantu..
seram jje nengok…

Azizwan™ Reply:

Huhu.. kamu dah guna emel lain yer X-(

[Reply]

24.03.09 at 01:32
Posted by loq

nasib baik kg kumpai tak tersenarai…
mwahaha

[Reply]

24.03.09 at 05:05
Posted by Jaws

huhu..
bahaya tol..
mari kita selamatkan bumi tercinta kita nih..
support earth hour!!!

[Reply]

24.03.09 at 05:15
Posted by Khai

eh, macam pernah ku baca entri ni.. kat esempoi kot.. info yang sama.. pasal pollution ni gak.. pe pun guys, mari ber’earth hour!! hehehe

[Reply]

24.03.09 at 11:18
Posted by Shaffik

Wei bukan setakat tercemar..malah kotor 2 bandar nie…geli pulak aku tengok

[Reply]

24.03.09 at 14:09
Posted by pakdi

seram doh… ni yang kena tutup lampu jugak ni…

[Reply]

25.03.09 at 02:29
Posted by ilhamputra

selamatkan bumi kita.banyak sangat dah kerosakan di muka bumi ini

[Reply]

25.03.09 at 10:05
Posted by shafie[dot]biz

pergh gile ko..ader gak tmpt mcm tu erk..x der penghuni…aku rase hantu pon x nak duk situ..lagi 1 aku mmg sokong kat ko…marilah kiter ramai2 menyokong earth hour…dunia dah tua la…mari selamat kan dunia…

[Reply]

25.03.09 at 15:43
Posted by hydir

mmg merbahaya radioaktif pada manusia dan alam sekitar
harapnya kita manusia yg di kurniakan akal akan dapat memastikan perkara tersebut tidak berlaku dan dalam keadaan terkawal

Safety First!
Go Green!

[Reply]

25.03.09 at 20:44
Posted by nuwa

Nasib tempat buang sampah kat kepong tak masuk skali..hehehe…

[Reply]

25.03.09 at 20:45
Posted by hazman aka species1980

Tempat yang memang tak selamat langsung untuk melepak mahupun bersiar siar….

[Reply]

25.03.09 at 22:36
Posted by fazrewl

Mari kita musnahkan tempat yg menyebabkan bumi kita sakit… he he..

[Reply]

26.03.09 at 10:05
Posted by HuRuL_AiNi

salam…
urm…kesiannye…huhu…sbb tu la kita jangan nak pertikaikan usaha earth hour ni…kalau x nak buat pun, at least jgn pertikaikan kesan 1 jam ni…hehe
bila baca ni, teringat aku 1 crita jepun, Long Love Letter a.k.a Drifting Classroom..dlm drama tu diaorang tunjuk konon2 kesan pencemaran di masa depan sampai satu tahap manusia hampir pupus & yang tinggal ialah manusia yang telah dimutasi jadi makhluk yg dh x macam manusia kesan dari pencemaran. memang sukar sangat bila bumi jd teruk mcm tu…huhu…
**aku bersedih di pagi raya**

Azizwan™ Reply:

aku sokong.. kalau tak terlintas pun nk support earth hour ni, jgn la pertikaikannya. berkesan atau tdk itu belakang kira, yg penting ada usaha yg dilakukan drpd just tgk bumi ni terus mengalami pemanasan global ditambah lg dgn pencemaran.

yg cerita jepun tu aku tak prnah tgk tp bila ckp manusia akn dtng adalah manusia yg telah dimutasi, seram siot aku mndengarnya. klau la benda tu betul2 terjadi, aku hrap masa tu aku sdh tiada. tak nak aku hidup ngan manusia yg dah dimutasi wei.

psstt: dah raya ke?

[Reply]

26.03.09 at 14:17
Posted by cik peanut

peanut gune email yang same loh..
nape ye>

[Reply]

26.03.09 at 15:43
Posted by nbie89

mister azizwan, napew x wat kiraan dari 5 ke 1…mungkin lebih excited nak klik continue reading…huhu[idea sahaja]

huhu…klu lar daku menang kontest tuh, bukan wat lap peluh…wat tido lar…boley mimpi berblog-blog..

waaa, india x termasuk…baru tenok citer mumbai, kotor gak lar…huhu[pendapat]

Azizwan™ Reply:

huhu.. bagus idea kamu tp nk buat mcm mana, dah ter-post. lgpun berapa kerat sangat la yg excited nk baca benda ala ni. huhu.. aku dah tgk citer slumdog millionaire, memang kotor siot. tp klau nk compare ngan pencemaran yg mcm kat atas tu, rasanya india masih terkawal. tu sbb tak masuk carta. he3

btw, jwpn yg kamu bg mcm takde harapan je utk menang. hahaha.. tp tkpe, kita tunggu dan lihat keputusannya nanti :)

[Reply]

28.03.09 at 00:41
Posted by nbie89

hohoho…fokuskan jer yang excited nak baca…macam cik nbie89…
ni blog kamu..cerita kamu…yeaaahhhh~
tagline baru nie…ngee=P

[Reply]








CommentLuv badge