4 Sebab Kenapa Aku Suka Sertai ‘Blog Contest’

Wah! Lama blog ni tak berupdate yer. Huhu.. Jadi bagi mengelak ianya terus dibiarkan tanpa sebarang update dan sebelum ianya bersawang, ni aku update sket dimana aku nak bagi tahu kat korang 4 sebab kenapa aku suka sertai blog contest. Yer la, kalau korang nengok sendiri kat blog ni, rasanya tak terkira kot dah berapa banyak blog contest yang aku sertai. So, inilah masanya nak bagi tahu kat korang kenapa aku join contest-contest tu. Kalau rajin, jom la baca yer. Hee..
1. Aku nak menang hadiah
Ok! Jujur aku cakap yang point utama aku sertai mana-mana blog contest adalah sebab aku nak menang hadiah. Yer la, siapa tak mahu menang hadiah lagi-lagi kalau hadiah tu baik punya. Misalnya macam contest ni dimana hadiah yang ditawarkan berupa sebuah laptop. Bila dah hadiah gempak macam tu, mestilah nak sertai punya. Sama ada dapat atau tak tu, itu belakang kira.
Dan nak bagi tahu la yang sepanjang aku menyertai blog contest, ada beberapa kali jugalah aku menang hadiah yang besar punya antaranya contest ni dan juga contest ni. Kedua-dua hadiah tu aku dapat dari contest yang dianjurkan oleh tuan punya blog yang semakin hebat dan mantap sekarang ni, siapa lagi kalau bukan DENAIHATI. Makaseh yer bro.
2. Boleh update blog
Ya, aku suka sertai blog contest sebab ianya membantu aku untuk mengupdate blog yang jarang berupdate ni. Maklum sajalah kan, aku ni bukannya banyak idea nak mengupdate blog selalu. Jadi bila dah terserempak dengan mana-mana blog contest time tengah kehabisan modal untuk update blog tu, haruslah aku sertai. Hohoho..
3. Boleh dapat linkback / trackback
Kebiasaan’nya, penganjur contest akan mengupdate senarai penyertaan berserta dengan link pada blog mereka. Sebagai contoh, korang boleh lihat kat sini. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa aku suka menyertai blog contest.
Seperti yang korang (blogger) sedia maklum, linkback atau trackback merupakan satu perkara yang menguntungkan kepada sesebuah blog kerana dengan adanya linkback atau trackback ni, ianya sedikit sebanyak menaikkan saham blog tersebut. Selain itu, linkback juga akan mempengaruhi PR blog. Yang ni aku tak mahu ulas pepanjang sebab aku sendiri pun tak tahu nak terangkan kelebihan linkback atau trackback ni. Kalau korang rajin, korang boleh baca ni Linkback
4. Dapat tolong-menolong sesama blogger
Yup! Selain berpeluang untuk memenangi hadiah, tujuan aku menyertai blog contest juga adalah untuk membantu blogger (penganjur contest) dalam mempromosi blog mereka walaupun aku tahu pelawat blog ni berapa orang je dalam sehari. Yang ni tak perlulah aku cakap panjang lebar. Cukup setakat korang tahu yang aku suka sertai contest sebab dapat tolong blogger. Itu sudah memadai walaupun aku tak menang apa-apa hadiah. Barulah aktiviti blogging semakin meriah. Tak gitu?
* * *
Okeh, dah cukup 4 sebab dan tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya mengupdate blog. Huhu.. Alang-alang korang dah baca entri ni, apa kata korang pula yang share kat aku dan semua kengkawan sebab anda sertai blog contest. Mesti korang ada sebab mengapa korang join contest tu. Takkan sesaja punya. Yang tak suka join contest tu, mari turut serta kongsikan kepada kami kenapa korang jadi lagu tu. Mesti ada sebab’nya kan?
Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca. Hee..
, hampir sama jer sebab kita join contest..



32 Comments to “4 Sebab Kenapa Aku Suka Sertai ‘Blog Contest’”