Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

2 Sebab Kenapa Aku Nak Kamera DSLR?

CONTEST GADGET IMPIAN DENAIHATI

Jujur cakap, aku segan sebenarnya nak bagi tahu kat umum lebih-lebih lagi kat blog ni kenapa aku ingin mempunyai sebuah kamera DSLR. Tapi disebabkan aku tersenarai sebagai peserta dalam contest gadget impian yang dianjurkan oleh blog denaihati.com menerusi entri yang aku tuliskan sebelum ini iaitu Gadget Impian Aku (Part 1) maka aku perlu menyelesaikan tugas yang seterusnya. So, nak tak nak aku terpaksa bagi tahu juga.

Baiklah, berikut 2 sebab kenapa aku nak kamera DSLR:

1) Ingin berjinak-jinak dengan bidang photography – Seperti yang aku bagi tahu kat entri sebelum ini, dah lama sebenarnya aku nak beli kamera DSLR ni tapi disebabkan kekurangan bajet, aku terpaksa melupakannya seketika dan sampai sekarang aku masih belum mampu memilikinya. Huhuhu.. Aku nak beli sebab aku ingin berjinak-jinak dengan bidang photography sebab bila tengok orang yang ada DSLR ambil gambar dengan DSLR diorang tu, macam seronok je. Hohoho..

2) Make money with it – Mungkin masih terlalu awal untuk aku memperkatakannya kerana ilmu photography aku sendiri masih zero. Tapi lihat saja para photographer di luar sana, kebanyakkan daripada mereka menjana pendapatan melalui kamera DSLR yang mereka miliki. Kerana itu aku cuba untuk memiliki sebuah kamera DSLR sebagai pelaburan masa depan. Ya, pelaburan masa depan. Siapa tahu suatu hari nanti, hasrat untuk buat duit poket dengan DSLR yang dimiliki tercapai.

Sebenarnya ada beberapa lagi sebab kenapa aku ingin memiliki kamera DSLR. Tapi aku rasa ianya tak berapa perlu untuk aku nyatakan kerana seperti apa yang aku tuliskan kat atas tadi, aku segan nak bagi tahu kat umum. Huhu.. Apa-apa pun, aku harap korang berpuas hatilah dengan 2 sebab yang aku berikan ni dan doa-doakanlah supaya aku dimurahkan rezeki agar dapat memiliki kamera DSLR dalam masa terdekat ni. Boleh kan?

Buat masa ini, saya masih belum memutuskan untuk ‘mengambil’ kamera DSLR jenama dan model apa. Tapi jika diberi percuma atau dalam erti kata lain menang contest Gadget Impian anjuran denaihati.com tu, saya pilih Nikon D90 kerana daripada banyak review yang aku baca, Nikon D90 berjaya menarik minat aku untuk memilikinya. Ini kerana, semua ciri yang ada pada Nikon D90 mencukupi untuk jangka masa panjang.

NIKON D90
Nikon D90

Mungkin ada pakar DSLR atau berpengalaman menggunakan pelbagai model DSLR yang terbaca post ni, boleh tak cadangkan kat aku kamera DSLR jenama dan model apa yang bagus (untuk beginner) atau Nikon D90 sememangnya sudah cukup bagus untuk dimiliki?

Oh ya, sebelum terlupa aku mohon jasa baik daripada anda semua supada dapat tolong tweetkan post ini dengan klik button Tweet dibawah. Kalau boleh, tolong LIKE dan +1 juga. Kerjasama dan jasa baik daripada anda itu saya dahului dengan ucapan terima kasih. <3

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 19 November '11 - Kategori: Contest, Personal

Tagged: , , , , , , .

38 Comments to “2 Sebab Kenapa Aku Nak Kamera DSLR?”

19.11.11 at 11:03
Posted by Fizz.My a.k.a. Mr.Bintang

Perghh!! DSLR haha.. good luck bro.

[Reply]

Azizwan™ Reply:

Fizz.My a.k.a. Mr.Bintang – gadget lain tak berkenan, DSLR je aku berkenan.. hahahaa.. anyway, tq bro :)

[Reply]

19.11.11 at 13:53
Posted by afiqaiman

sama la kita. saya mintak Canon EOS 600D. eh apasal comluv takleh guna ni? dia cakap no longer supported. haish takkan kena pakai premium punya kot hehe

[Reply]

Azizwan™ Reply:

afiqaiman – semoga berjaya dpt canon eos 600D tu.. hik3.. anyway, comluv dah ok dan t/kasih komen :)

[Reply]

19.11.11 at 15:04
Posted by nik

hahaha..itu die.DSLR:)gud luck!

[Reply]

Azizwan™ Reply:

nik – yup DSLR.. makasih :)

[Reply]

19.11.11 at 18:26
Posted by yanmie

Salam,

wah best jugak kalau dapat DSLR nie, good luck yea :) *Entri terbaru kat yanmie´s [type]: Gadget Impianku Dan Cabutan Bertuah Yanmieonline.com

[Reply]

Azizwan™ Reply:

yanmie – salam.. jeles dgn kak yan sbenarnya sbb dah ada DSLR.. tu yg nak DSLR juga ni.. hehehee.. makasih kak :)

[Reply]

20.11.11 at 23:38
Posted by wazy

Aku pun teringin jugak DSLR ni,banyak model yang menjadi pilihan hati,btw good luck bro untuk contest ni
*Entri terbaru kat wazy´s [type]: iPad 2 Idamanku

[Reply]

Azizwan™ Reply:

wazy – susah2, pilih saja nikon d90.. tp bajet kena lebih sket la.. hehehee.. terima kasih bro..

[Reply]

20.11.11 at 23:42
Posted by zool

oo masuk contest denaihati ek.. aku tak pandai gajet2 ni.. semoga berjaya dapat DSLR nanti
*Entri terbaru kat zool´s [type]: Aerial MyVi hilang

[Reply]

Azizwan™ Reply:

zool – contest denaihati, haruslah masuk.. hik3.. aku pun bkn reti sangat pasal gadget2 ni bro, tp klau dah lama2 guna, jd pandai la tu.. huhu.. anyway, terima kasih bro :)

[Reply]

21.11.11 at 00:01
Posted by Izwan

aku dah lama belajar pasal dslr.. selalu shoot guna kamera pinjam je.. masuk contest pn kamera pnjam.. dapat beli sendiri cukup puas hati.. hahaha..
good luck contest..
*Entri terbaru kat Izwan´s [type]: Panduan Menjadi Pasangan atau Couple Yang Bahagia

[Reply]

Azizwan™ Reply:

Izwan – baguslah dah lama belajar, aku merangkak pun belum lg pasal dslr ni.. huk3.. dpt beli sendiri memang puas hati, tp tu ler, bajet sentiasa mencemburui diri.. huhu..

[Reply]

21.11.11 at 17:12
Posted by Denaihati

Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kerana berjaya menjadi peserta Contest Gadget Impian peringkat 1 dan semoga berjaya. berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t. insyaAllah.

Sentiasalah melawat Denaihati untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.

[Reply]

Azizwan™ Reply:

Denaihati – terima kasih bro.. insyaAllah akan dilawat selalu.. blog hebat tu, mesti kena lawat.. hee..

[Reply]

21.11.11 at 22:04
Posted by chii

haaa…ni mesti nak amik picture gadis cantik ni kan..tu yg xmo share tu..ehehe :p kiddin’ ya

anyway..gud luck from chii

[Reply]

Azizwan™ Reply:

chii – camne tahu ni? dah tahu, jgn bg tahu kat org lain yer.. hik3.. anyway, TQ :)

[Reply]

22.11.11 at 03:24
Posted by titan

aku rasa ko leh menang nih. hehe..
*Entri terbaru kat titan´s [type]: Khairul Fahmi, Asrarudin Omar, Badrol Bakhtiar, Ong Kim Swee. Semua kacak!

[Reply]

Azizwan™ Reply:

titan – boleh menang? hak3.. ni mesti sesaja nak sedapkan hati ni kan? susah la nak menang sbb saingan byk lg2 blog ni tak femes amos berbanding yg lain.. skrng ni, tgk jumlah tweet dan like dah tahu bakal menanggung kekalahan.. sob3..

[Reply]

22.11.11 at 04:50
Posted by Affan Ruslan

Salam. Good luck bro.
D90 dah cukup bagus dah. Ada gak terfikir nak letak DSLR dalam contest tu, tapi sbb bru dpt beli Sony NEX 3 (Alhamdulillah) jadi tukar plan hehe.
*Entri terbaru kat Affan Ruslan´s [type]: Kanada dan Produk Apple – Saya Mahu Macbook Air!

[Reply]

Azizwan™ Reply:

Affan Ruslan – salam.. saya pun rasa D90 dah cukup bagus.. malah lebih dr cukup utk aku yg baru nak berjinak-jinak ni.. tp klau guna bajet sendiri, dpt canon 1100d pun jadilah.. huhu..

[Reply]

22.11.11 at 22:14
Posted by zie fauzi

dulu pun teringin sgt dgn DSLR sebab pengaruh kwn2… tp sampai sekarang xdpt2 lg sebab kurang gemar bergambar… kamera digital yg dh ada tu pun cukup kot…
Btw, good luck yer… Semoga dapat apa yg diimpikan…
*Entri terbaru kat zie fauzi´s [type]: Gadget Impian | Anda Penentu Impian Ibu Alya

[Reply]

Azizwan™ Reply:

zie fauzi – ok la tu dah ada kamera digital.. tp klau ada rezeki lebih, why not cuba yg baru plak kan? i mean, DSLR.. hehehee.. btw, terima kasih :)

[Reply]

zie fauzi Reply:

ermm…rasanya sekarang mcm tak perlu kot… melainkan kalau minat nak bergambar atau ambil gambar tu ada..maybe satu hari boleh dapatkan satu… bila tu x tahu la..
*Entri terbaru kat zie fauzi´s [type]: Gadget Impian | Anda Penentu Impian Ibu Alya

[Reply]

23.11.11 at 21:05
Posted by paihujey

moga dapat apa yang diingini tu..good luck bro..
*Entri terbaru kat paihujey´s [type]: Giveaway Jersi Bola Sepak

[Reply]

28.11.11 at 16:17
Posted by sari

dasat la kat sini
dah klik2 smua
gudluck jugaks
tq :D

[Reply]

01.12.11 at 12:04
Posted by balqis

yang elok untuk beginner nikon D3100. kalau canon plak yang untuk beginner EOS 1100D. cube survey, harga pon tak mahal sangat budget RM2000+- je.

[Reply]

01.12.11 at 16:16
Posted by Mohd Isa

klu dapat leh la aku jd model ko yerk…hehe
*Entri terbaru kat Mohd Isa´s [type]: Wordless Wednesday – Semangat 1Malaysia

[Reply]

03.12.11 at 17:55
Posted by Bumilangkawi

Gud luck ya.. :)

Belanja sy Like @ Bumilangkawi Homestay

[Reply]

04.12.11 at 01:05
Posted by ariff

singgah jap. seminggu lagi ni. Tingkatkan usaha..
*Entri terbaru kat ariff´s [type]: Hujung Tahun Dividen Pun Masuk..

[Reply]

04.12.11 at 11:59
Posted by kakyong

singgah datang support.. gud luck
*Entri terbaru kat kakyong´s [type]: Gadget Impian kakyong[dot]com©

[Reply]

05.12.11 at 14:55
Posted by n@n@

dh like fb, rt, g+ and komen

gud luck

[Reply]

06.12.11 at 16:20
Posted by UpProfits

Dh vote..Like, G+1, RT & komen..Good Luck! tolg gak yer..

[Reply]

08.12.11 at 22:59
Posted by arrizz

waa dslr..moga berjaya bro!
*Entri terbaru kat arrizz´s [type]: Wordless Wednesday – Cara mudah guna chopstick

[Reply]

25.12.11 at 03:36
Posted by Cik Peanut

teringin nk kamera dslr, tapi x mampu. sob2.
*Entri terbaru kat Cik Peanut´s [type]: [Day 3#30 Days Kpop Challenge: My ultimate k-pop Guy Bias]

[Reply]

05.01.12 at 14:24
Posted by Anuar

Semoga berjaya mencapai impian untuk memiliki Camera DSLR.. Kena rajin join segmen yang dibuat dari kalangan rakan-rakan blogger ni..

Kata org dapat kumpul duit sikit2 pun jadilah.. Insya Allah satu hari nanti berjaya juga saudara membeli camera yang diidamkan..
*Entri terbaru kat Anuar´s [type]: Pemenang Pertandingan Blog Paling Popular Mengikut Kategori

[Reply]








CommentLuv badge