Setelah sekian lama menggunakan shuttlecock (bulu tangkis) RSL Tourney No. 1 atau lebih familiar disebut sebagai RSL gold yang bagi aku merupakan antara shuttlecock yang terbaik untuk main badminton, dah time untuk mencuba shuttlecock yang lain pula. Mana ler tahu ada yang lebih baik daripada RSL gold tu (atau paling tidak pun sama) dengan harga yang lebih murah. Maklum sajalah, harga RSL gold tu agak mahal bagi aku yang tak berapa nak berduit ni.
Straight to the point… Shuttlecock yang menjadi pilihan untuk dicuba ialah Pro Ace Aero-Tech 75 dan dengan bajet yang ada, 3 tube telah diangkat. Sebagai percubaan, sepatutnya aku angkat 1 tube je tapi entah kenapa hati ni gatal juga nak beli 3 tube terus. Kena pukau oleh jurujual kedai tu agaknya. Huhu.. Harga per tube RM46, murah RM10 daripada harga RSL gold. Beli 3 tube, jimat ler RM30.. Boleh buat bayar sewa dewan untuk beberapa hari. Weee~
Sejak kembali main secara serius, memang tak pernah guna shuttlecock Pro Ace AT 75 ni jadi memang tak tahu langsung tahap performance dan durability’nya. Tapi dari review kat tenet ni dan apa yang jurujual tu cakap, Pro Ace AT 75 ni lebih kurang je dengan RSL gold dan boleh pakai atleast untuk 2 set strong game asalkan tidak main macam budak baru belajar main atau lebih tepat, pukul dia punya bulu. Huhu.. Aku harap review dan apa yang jurujual tu cakap betul.
Aku dah test pukul-pukul shuttle ni, perbezaan yang jelas ketara ialah layer’nya agak berat berbanding RSL gold. Agak tak berapa nak berkenan di situ sebab ianya akan memaksa kita (bagi yang tak pernah guna shuttlecock Pro Ace AT 75 ni) untuk menyesuaikan cara dan kekuatan pukulan yang mungkin tak berapa nak menjadi walaupun speed 77. Bukan tu aje, silap-silap boleh putus string dibuatnya kalau terlebih power buat pukulan smash. Tak pepasal kena restring. Huhu..
Ok la, tu aje nak tulis. Jadi tunggu apa lagi? Jom ler badminton. Shuttle tak perlu risau, aku sponsor. Kita guna shuttle ni. Huhuhu.. Kalau rajin, nanti aku buat full review pulak. Tengok samada boleh blah ke tak shuttlecock Pro Ace AT 75 ni. Kalau boleh blah, bolehlah gunakan terus. Kalau tak, good bye la jawabnya. (more…)
Diterbitkan pada 17 May '12 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan? Kategori: Personal | Komen: Ada telur je..
Ini sangat mengujakan aku bila blog aku yang boleh dikatakan hanya sekadar blog tempelan kat internet ni dicalonkan dalam DiGi WWWOW Awards untuk tahun ini. Tambah mengujakan aku, pencalonan itu bukan dilakukan oleh aku ataupun kengkawan internet aku tapi dilakukan sendiri oleh pihak DiGi WWWOW Awards. Ya, oleh mereka sendiri. Susah aku nak percaya tahu!
Kat bawah ni screenshot emel yang mereka kirimkan kepada aku tapi maaf bebanyak sebab ada beberapa bahagian yang terpaksa diblurkan atas faktor keselamatan dan kesulitannya. Huhu.. Tapi jangan risau, tiada sebarang pertukaran perkataan apatah lagi ayat yang dilakukan. 100% asli.
Mulanya aku takmo submit sebab macam aku nyatakan kat atas tadi, blog aku hanya sekadar tempelan kat internet ni, tidak segah blog-blog popular yang korang sendiri pun tahu rasanya. Jadi, peratus untuk menang tu sangat rendah. Tapi disebabkan diorang hantar emel dua kali, hati ini pun terbuka untuk submit penyertaan dan ianya telahpun dihantar. Harap diterimalah.
Ok la, itu saja yang aku nak ceritakan. Saja nak update blog personal yang dah jaaaarang sangat berupdate ni. Huhu.. Oh ya, seperti question mark kat tajuk tu, adakah blog ini yang dicalonkan dalam DiGi WWWOW Awards 2012 itu? Jeng3.. Selagi tak confirm, tak boleh reveal lelebih. Yay! (more…)
Diterbitkan pada 22 March '12 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan? Kategori: Personal | Komen: Ada 2 komen je..
What! 5 buah telefon pintar Samsung GALAXY Note untuk dimenangi? Biar betul ni? Betul ler, takkan aku nak tipu korang pulak kan. Tapi untuk makluman, bukan aku yang tawarkan 5 buah Samsung GALAXY Note tu, tapi KLIKBOY melalui kempen SHARE & WIN yang sedang mereka jalankan. Aku cuma tolong promosikan je, nak ajak korang join sama. Kot-kot rezeki korang menang, aku tumpang gembira walaupun hakikatnya aku kecewa sebab tak menang. Hee~
Ok! Tanpa membuang masa, ini langkah demi langkah untuk peluang memenangi salah satu daripada 5 buah Samsung GALAXY Note yang ditawarkan oleh KLIKBOY itu:-
Pergh! Tiket penerbangan ke Paris tu, aku sure korang semua nak. Kalau korang cakap tak nak, memang korang tipu ler. Huhu.. Straight to the point, sekarang ni TV9 ada menganjurkan beberapa peraduan yang salah satunya adalah peraduan Cipta Perbualan Romantis antara Ariana & Mikhail yang mana hadiah yang ditawarkan adalah tiket penerbangan ke Paris.
Bagi korang yang masih tak tahu mengenai drama Ariana Mikhail tu, ni sket info untuk korang. Drama Ariana Mikhail disiarkan melalui slot Ratu, setiap Isnin & Selasa, jam 8.30 malam. Pelakon utamanya adalah Nora Danish dan Syed Hussein (Sein). Drama ini mengisahkan cinta pertama mereka yang berlatar belakangkan kota Paris. Lebih lanjut, kena ler tengok. (more…)
Diterbitkan pada 14 February '12 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan? Kategori: Contest, Promo | Komen: Ada 3 komen je..